Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Thursday, March 3, 2016

Semalam interview, harini terus masuk suratkhabar Sinar Harian

Pantas betul kan..
Saya dapat makluman yang artikel akan keluar 2-3 hari lepas interview, rupanya keesokannya juga keluar.
Saya tahu pun sebab rakan-rakan usahawan yang whatapps dalam group.

Btw "harini" tu merujuk kepada tarikh 7 Februari 2016 yang lepas....
Sehari sebelum cuti Tahun Baru Cina baru2 ni..
Backdated punya story lah ni..hihi....
Baru sempat lahhhh....



Dalam Sinar Harian tu, ada cerita CocoDamia tentang bagaimana Pensijilan Halal mampu membantu para usahawan untuk berkembang lebih jauh dan lebih global lagi.

Walaupun terdapat banyak kerenah, birokrasi serta kos-kos yang terlibat semasa permohonan Pensijilan Halal, namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk memilikinya. Malah lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.


CocoDamia antara produk tempatan yang mendapat sambutan. Bahkan makin produktif melebarkan sayap ke Negara-negara Asean. Insyallah, makin lama makin teguh. Terima kasih juga kepada Matrade Wilayah Selatan atas sokongan dan perkongsian ini.

Untuk pembelian produk-produk CocoDamia, boleh layari www.cocodamia.com atau hubungi sahaja 
010-6468383. Pencarian ejen-ejen di seluruh Malaysia, Singapore, Brunei dan Vietnam masih diteruskan untuk memenuhi kapasiti permintaan dan kemudah capaian produk2 CocoDamia.

Don't hesitate hubungi kami ya!

Terima kasih Allah.

Saturday, February 6, 2016

Selesai sesi interview bersama Sinar Harian pagi ni.


Selesai sudah sesi interview bersama Sinar Harian pagi ni.

Btw balik je Ayah Damia dari Brunei, memang kesibukan berganda-ganda. Terutama ada 2 sesi interview dari Sinar Harian dan Akhbar Brunei yang nak buat coverage tentang Produk Halal Bumiputera yang eksport ke Luar Malaysia.

Dah tolak sebenarnya untuk interview ni hari khamis lepas dengan alasan tak sempat dan banyak kerja lain, tapi semalam jumaat call lagi nak interview.
Habis tu semalam pula sibuk dengan payaslip dan urusan bank sebelum staffs semua bercuti panjang kan. Postponed pagi ni pula. Ni pun mood ting tong ting tong nak interview sebab mood cuti-cuti kan.

Tapi last2 muhasabah diri adalah sebab tu kenapa Allah memilih kami untuk interview harini. Kalau dah berkali-kali tolak, tapi rezeki tu tetap juga, adalah tu Allah janjikan sesuatu yang lebih baik kan.

Ok. Meh kita pulun jawab soalan3 dari wartawan Brunei pula. Dengan harapan selesai semua, dapatlah bercuti dengan tenang...(Tipuuuu...Urusan kerja tak pernah habis pun)

P/s: Banyak lagi email2 yang nak jadi ejen dan pembelian borong tak dijawab lagini. Sebarang pembelian borong, boleh hubungi 010-6468383. Untuk pembelian runcit, sila layari www.cocodamia.com


Terima kasih Allah..
Terima kasih Sinad Harian..
Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan dan menyokong CocoDamia dan Pusat Bahasa Pelangi..



Thursday, October 2, 2014

CocoDamia sebagai Jajan IQ & Minda || Harian Metro 30 Sept 2014


Alhamdulillah, sekali lagi Allah bagi peluang kepada CocoDamia untuk mempromosikan produk Coklat IQ dan Krukk Krakk dan akan ada beberapa lagi produk baru yang sedang R&D sekarang ni. Terima kasih kepada Harian Metro serta wartawan yang sudi menemuramah  kami. Sesungguhnya publisiti melalui media massa sebegini dapat membantu org ramai mengenali produk kita sekaligus mendapat respond ramai.


Amboii. Bukan main lagi staffs saya happy masuk suratkhabar ya. Diaorg kata ya lah selalu Puan je masuk TV dan akhbar2. Kalini mereka turut mendapat tempiasnya. Sampai ada kenalan mereka yang whatapp dan sms mereka untuk beli produk CocoDamia. Terkejut pun ada. Hihi.. Ini dinamakan aura bos tempias pada pekerja.


Insyallah semoga produk CocoDamia dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang makan secara istiqamah serta menambah nilai kepada masyarakat sekeliling. 

Untuk menjadi ejen dan stokis produk laku keras ni, boleh hubungi 010-6468383 atau 010-6018383. Insyallah dengan publisiti yang tak henti2, produk memang so larisssss.

P/s: Semalam dapat sms dan whatapps dari wartawan RTM yang CocoDamia keluar Galeri Nasional. Mujur dapat rekod walaupun tgk melalui handphone. Nanti tunggu upload dalam You Tube dulu ya.




Tuesday, September 30, 2014

Makan sambil baca akhbar ada muka sendiri


Take 5 sekejap setelah penat ke hulu hilir.

Baru sempat baca akhbar Harian Metro ni kat Kedai Arab Al-Hanin di Nusa Bestari. Mujur ada akhbar Harian Metro. Yang ayah damia beli pagi tadi tak sempat baca lagi sebab saya tak sempat pun masuk office lagi.

Terima kasih kawan2 yang tag saya di FB dan whatapps saya pasal cerita CocoDamia dalam akhbar Harian Metro pagi2 lagi. Segala keprihatinan anda semua saya hargai.

Laa, ada 2 cerita rupanya pasal CoCoDamia. Satu dalam kisah gerabak keretapi yang bersama media. Lagi satu dalam kisah khas CocoDamia sebagai Jajan IQ dan minda.

Ok, izinkan saya makan dulu. Lepas ni banyak lagi tempat nak kena saya pergi. Esok saya ada big program di PUJB Bandar Baru Uda. CocoDamia sebagai hos utk program ni.

Thursday, August 28, 2014

27 Ogos - Berita Nasional TV1 - CocoDamia di Agrobazaar Singapore



Lahirnya CocoDamia kerana Pusat Bahasa Pelangi!
Bukan senang nak menyakinkan orang akan keberkesanan dan kebaikan produk kita. 
Tapi Allah jua yang maha mengetahuinya.

Sebelum mula jual dalam pasaran, naik muak students2 saya makan coklat free ni sebab nak dapatkan hasil testimoni yang berkesan. 

Kini CocoDamia telah berada di Pasaran Singapore melalui Agrobazaar Malaysia di Jalan Sultan Gate.

Selain dari Singapore, boleh juga didapati di Negara Brunei.

Insyallah akan tembusi negara-negara Asean lain dalam masa terdekat ini.

Semoga mendapat sokongan yang padu dari kalian semua untuk menembusi pasaran Malaysia, Asean dan sekaligus negara-negara lain.

Liputan dari Berita Nasional TV1 - 27hb Ogos 2014
CocoDamia,
010-6468383

p/s: Berminat jadi ejen atau stokis? Atau trading nak masukkan ke kedai-kedai?
 Boleh call/sms/wechat 010-6468383


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Keluar TV3 dan TV1


Kelmarin ayah damia keluar dalam berita jam 9 pagi TV3 dan buletin utama TV3. Walaupun sekali imbas je keluar, tapi ramai betul perasan ya bang. Sampaikan gi meeting semalam pun bukan main lagi orang tegur ya. Walhal keluar sekali imbas je. Ya lah ya lah abang femes. Siap ada ramai lagi tolong rekodkan ya.


Dan semalam giliran saya pula keluar TV1 untuk berita wilayah jam 5 petang dan berita nasional jam 8 malam. Sedih sungguh sebab kedua2 slot tu saya tak tahu pun akan keluar dan memang time tu pun tengah driving. Nak tengok ulangan berita kat web TV1 pun tak boleh. Ke saya tak tahu cam mana.... Hihi..


Alih-alih pagi ni ada seorang pegawai FAMA post kat FB ayah damia video berita yang keluar TV1 semalam. Alhamdulillah, dapat jugalah tengok. Sebenarnya nak tengok part interview mana yang keluar. Punyalah panjang sesi interview tu. Yang tang "cocodamia sedap" tu juga lah yang keluar TV ya. Tak pe, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. 

Kalau nak tengok youtube tu, boleh taip tajuk seperti diatas ya. Bolehlah dengar apa yang saya cakap mengenai CocoDamia. Yang pasti sedap! Aaamiin..

P/s: Tengah kursus untuk Matrade Exporter Forum di Pan Pacific Hotel.

Wednesday, August 27, 2014

CocoDamia dalam liputan Agrobazaar di Harian Metro 26/8/2014


Alhamdulillah, selesai sudah lawatan pagi tadi dari wakil-wakil agensi Lembaga Persatuan Peladang, FAMA, Veterinar dan S/U Jab. pertanian HQ untuk urusan MAHA 2014 yang bakal diadakan pada bulan November nanti.

Lepas tu saya bergegas pula ke Bandar untuk urusan2 lain.

Manakala ayah damia pula memang dari awal pagi ada meeting dengan Jab. pertanian dan seterusnya meeting dengan Entrepeneurs Development Centre (EDC) untuk pemilihan produk. 


Straight to the point, Seawal pagi semalam dapat call dari rakan usahawan lain cakap cocodamia dalam berita jam 9 pagi semalam, lepas tu dapat juga whatapps bertalu2 dari rakan2 usahawan lain. Tapi saya dan ayah damia tak sempatlah pulak nak tgk berita tu. Nak tgk ulangan kat Tonton pun tak ada. 

Lepas tu petang semalam ada kawan whatapps saya cakap "eh ni bukan gambar uols naik keretapi kat kluang tu ke?"... Ya lah.. Berdezup gi cari Harian metro petang semalam.


Tak pasti suratkhabar apa lagi yang keluar dan akan keluar. Yang dah dapat schedule dokumentari TV Al-hijrah sahaja.
Walaupun nama cocodamia coverage nya tak besar dan gambar pun kecil je, itu pun dah cukup bangga. Bayangkan, dalam banyak2 usahawan yang masukkan produk dalam Agrobazaar, hanya CocoDamia dan Fatihah Frozen sahaja yang dijemput turut serta dalam tour ini. Terima kasih Ya Allah.



Perasmian Agrobazaar oleh Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapore yang akan diadakan petang ini di Singapore.


Gambar saya bersama ayah damia masa keretapi menjemput kami di  Stesen keretapi Kluang.


Gambar atas tu kecik. Ni hah gambar sebenar kami masa di Stesen Keretapi Kluang.
Semoga Allah permudahkan dan perlancarkan lagi urusan CocoDamia pada hari ini dan masa-masa akan datang.

Friday, June 6, 2014

Perkembangan COCODAMIA dalam Akhbar Berita Harian ini (6.6.2014)


Seawal pagi dah dapat whatapps yang mengujakan.
Terima kasih kawan-kawan.

Alhamdulillah, rencana perkembangan Coklat CocoDamia dalam Berita Harian hari ini (6.6.2014) pada muka surat 36 dan 37.

Bukan senang nak senang. Semuanya bermula dari bawah sehingga mencapai tahap hari ini. Dan masih terus berlari mengejar kejayaan di peringkat yang lebih global. 

Dengan Doa yang ikhlas, usaha sebaik mungkin, istiqamah mengejar impian dan tawakal yakin pada rezekiNya, Insyallah tiada yang mustahil kan.


Start Small, Dream Big!

Terima kasih kepada pihak FAMA Lembaga Pemasaran, Jabatan Pertanian, PUJB dan agensi-agendi MOA yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami. 

Terima kasih jua kepada wakil Berita Harian kerana berminat menulis artikel tentang usahawan Bumiputra dan produk IKS.

Dan paling tak lupa terima kasih kepada para stokis, pengedar dan agen CocoDamia serta Krukk Krakk. Tanpa anda tidak mungkin CocoDamia meniti dari mulut ke mulut.


Currently berada di Lembaga Koko Nilai. Tunggu staffs masuk kerja jam 2:45 petang nanti untuk berurusan. Fuhhh dekat almost 1 jam sesat kat Nilai nak boleh sampai sini.

Dah check out hotel di Kuala Lumpur. Sambung Check in di Morib pula selepas selesai urusan CocoDamia disini.

Percayalah,
CocoDamia,
~ Bukan sekadar coklat biasa ~

Monday, March 3, 2014

CocoDamia Kebanggaan Zamzarina dalam Inspirasi Dapur


Inspirasi Dapur
Edisi ke 2
Sepatutnya gambar Cover Story gambar saya..
Tapi disebabkan gambar yang saya hantar walaupun dah 2 kali photoshoot low resolution, maka tak adalah muka saya jadi Cover story ya....^_^


Semestinya Business saya kebanggaan saya!


Seperti yang selalu saya beritahu sebelum ini,
CocoDamia - Bukan Sekadar Coklat Biasa.


Untuk cerita dan image yang lebih jelas, boleh baca di

"Keusahawanan adalah satu kemampuan mentafsirkan persekitaran, mengenal peluang, mengguna bahan, menjalankan projek, membesarkan kekayaan dan mengalakkan kebajikan sosial"
                                                                                                            
                                                                                                                                1MET -FAMA




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, January 12, 2014

Johor Negeri Coklat!




Alhamdulillah, semoga ia menjadi pembakar semangat dan perkhabaran baik untuk team CocoDamia. Kena lebih rajin, explore dan "menjemput rezeki" yang telah ada. Yang "dicari" hanyalah keberkatan setiap inci rezeki yang kita jemput. 

Terima kasih kepada semua yang telah menyokong produk CocoDamia samada secara langsung atau diam-diam. You know who you are! Terima kasih jua kepada pelanggan yang setia dengan CocoDamia yang tak jemu2 repeat order dengan kami. Stokis, pengedar dan agen juga banyak sangat membantu. Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Ya Allah, Izinkanlah CocoDamia menjadi Hub Produk Coklat BUMIPUTERA dan ISLAM yang berdaya maju dan mampu seiring dengan produk Coklat yang gah berada di pasaran. Sesungguhnya kuasaMU tiada had batasnya. Terima kasih Ya Allah.




Friday, April 13, 2012

Harini dan semalam, saya dalam Harian Metro!!!


Pagi2 ni, terkejut dengan alert whatsapps..
Rupa2nya ayah damia kat office hantar gambar kami yang terselit kat Harian Metro harini - 13/4/2012
Owwhhh...gambar yang untuk Pencarian Pasangan Glamour bersama Scha dan Awal di Alamanda tempoh hari...walaupun kecil jer gambar tu, tetap teruja yer...hehe.
Cam tak mana satu gambar ibu dan ayah damia??
Yang kat tepi sekali tu...
Tu Bio-Essence buat contest baru...sesiapa yang nak join cepat2 join..
Boleh bertemu live ngan Scha dan Awal masa perkhawinan mereka nanti..
Ibu tak join lah..nanti susah pulak nak gi events cam tu bawak anak2 kecik ni kan..
Selalunya events2 cam ni budak2 berusia 12 tahun tak dibenarkan bawa...


Ni pulak dalam Harian Metro semalam - 12/4/2012
Actually iklan ni memang dah lama dalam Harian Metro..
Since Mac lagi dah ada..
Tapi selalu jer tak dapat naskah yang ada muka sendiri..
Asyik tgk gambar pemenang lain jer..
So semalam kebetulan tertengok gambar ni kat kedai makan bawah office..
Siap minta lagi tu keratan akhbar yang ni dgn tokey kedai.....hehehe...mekaceh..

p/s: Jangan lupa saksikan NONA Ahad ni - 15/4/2012 jam 2 petang yer...confirm Ibu dan Aleesya keluar NONA utk episod ke-5 ni...

p/s: Dah undi belum 3 kisah bijak tu??? Cepat2 tinggal 17 hari jer lagi masa untuk mengundi...mana tahu mungkin ada rezeki kamu, kamu dan kamu ke kan....Insyallah..


Monday, April 9, 2012

Me in Metro with lovely mother - 7/4/2012

 Ibuku Inspirasiku

 Pengalaman ibu banyak memberi sumber inspirasi kepada saya..

Keluarga bahagia saya!!!

Full Article:

p/s: Alhamdulillah atas kurniaanNYA...
Bersyukur atas apa yang saya ada sekarang..
Semoga saya tidak terus alpa dan leka dengan nikmat sementara yang dipinjamkan kepada saya dan keluarga...

Tuesday, March 6, 2012

FAREEDA kena saman 1 juta!!!

Pengusaha butik saman pesaing RM1 juta


2012/03/06

SHAH ALAM: Pengusaha sebuah butik pakaian wanita di Bangi, dekat sini, memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menuntut ganti rugi RM1 juta daripada seorang lagi pemilik butik kerana mendakwa perniagaannya difitnah defendan. 

Nor Ainna Ibrahim dan suaminya, Azman Salleh, yang mengusahakan Butik Mama di Bandar Baru Bangi, melalui Syarikat Mama Secret Industry milik mereka, memfailkan tuntutan itu terhadap pemilik sebuah lagi butik, Faridah Zakaria, yang juga beroperasi di Bandar Baru Bangi kerana defendan dikatakan menuduh dan memfitnah plaintif menerusi laman sosial, Facebook, dengan mendakwanya menjual produk tudung ditiru daripada defendan.
Tuntutan itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan Adnan Sharida & Associates pada jam 11 pagi semalam.
Mengikut notis berkenaan, defendan membuat satu halaman peminat di Facebook bertujuan memasarkan produk keluarannya. 

Pada 9 Ogos 2011, plaintif menerima e-mel daripada defendan dan menuduhnya menjual produk tudung ditiru daripada defendan dan meminta plaintif menghentikan penjualan produk itu. 

Plaintif pada hari sama membalas e-mel itu dan mengatakan produk didakwa itu bukan ditiru kerana kedua-duanya berbeza. 

Plaintif mendakwa, defendan secara tidak benar dan berniat jahat memaparkan status membabitkan plaintif yang tidak benar dan berunsur fitnah dalam halaman peminat defendan. 
Terkilan dengan tindakan defendan, plaintif menghantar emel kepada defendan, memintanya memadam semula dan menghentikan usaha menyebarkan fitnah berkenaan tetapi tidak mendapat maklum balas. 

Plaintif juga mendakwa menerima laporan dan aduan peniaga produk Butik Mama yang memaklumkan mereka diugut defendan menggunakan pelbagai medium termasuk e-mel, SMS dan di halaman peminat peniaga produk daripada plaintif bagi menghalang mereka terus menjual produk Butik Mama.


p/s: Wallahualam....Bumi ALLAH ni luas...Rezeki ada di mana-mana jika kita berusaha dengan gigih disamping berdoa kepadaNYA...



Tuesday, October 25, 2011

Kebaya Zarina Ayu News on UTUSAN MALAYSIA

Pagi2 lagi dapat sms dari my students dengan ucapan TAHNIAH..
Kemudian disusuli dengan rakan2 pula..
Jiran2 pun tak lupa mengucapkan tahniah juga..
Alhamdulillah...
Bukan senang nak senang..
Langkah untuk mengorak lebih jauh dengan produk sendiri..
Hanya Allah dan diri ini sahaja yang tahu pahit getir, ribut taufan serta penat lelah dalam menghasilkan produk sendiri ni..
Apa2 pun dorongan dari keluarga, rakan2 serta jiran2 dan peminat2 FB kebaya zarina ayu collections amatlah dihargai..


Untuk artikel penuh..
Boleh klik link bawah:

Dan yang paling penting, doa, sokongan serta nasihat daripada suami tersayang adalah penguat semangat ini..
Kami sama2 menangis, sama2 bertegang urat, sama2 ketawa, sama2 tabah menghadapi segalanya utk berada pada tahap ini.
Setelah 8 tahun kami sama2 membangunkan perniagaan kami sendiri, kini kami mula mengorak langkah yang lebih berani dengan membuka rangkaian perniagaan baru...Semoga segala urusan kami dipermudahkan dan diperbanyakkan rezeki utk kami sama2 membantu yang memerlukan...amin amin Ya Rabbana Alamin...

p/s: psttttt...modal sebenar yang dikeluarkan adalah LEBIH dari RM40K....




Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Friday, July 8, 2011

Kisah Benar dan ngeri || Pelajar dirogol, ditikam, dibunuh, dipotong badan dan dibakar.

Fuhh memang seram tau pabila dapat tau kisah pembunuhan ni dari mulut kawan-kawan mangsa pembunuhan tu sendiri tau...kawan-kawan mangsa tu means kawan2 yang satu sekolah dengan mangsa...kebetulan pulak kawan2 mangsa adalah students yang belajar kat centre ibu...apa lagi..tanpa perlu banyak tanya, diaorg yang bercerita sendiri sebab memang kes ni dah 2-3 hari masuk suratkhabar pun..cuma ibu jer tak berapa alert sgt..bila diaorg dah bukak citer pasal pembunuhan ni...barulah sibuk2 nak amik tau kan...huhu

Memang tragis dan ngeri pembunuhan tu..
Dari sumber yang dicerita..
Mangsa tingkatan 4, 
Balik 2 pagi selepas main futsal ngan kawan2nya..
Pastu pakwe budak tu hantar lah balik mangsa ke tempat tinggal mangsa..
Katanya tinggal kat kuarters tempat keje
Otw nak ke rumah tu..
Ader india 1-2 org (tak sure bilangan sebenar), rogol si mangsa..
Kemudian lepas rogol kena tikam dan bunuh..
Bukan setakat tu ajer..
Lepas bunuh boleh pulak kerat si mangsa kepada beberapa bahagian..
Pastu utk mengelirukan pihak berkuasa...bahagian yang dipotong dibuang berasingan dan dibakar..
Nauzubillah....
(Itu apa yang didengar dari mulut budak2 yang berceritalah..kesahihan cerita tak pasti 100%)



Semalam sempatlah ibu buka FB mangsa tersebut..
Sebab ader few of students ibu yang memang friends ngan si mangsa..
Memang cantik rupa si mangsa..
Tapi dari gambar2 dalam FB tu, nampak si mangsa agak seksi...
Apa2 pun...kita yang hidup ni hanya mampu sedekahkan AL-FATIHAH utknya..
Semoga tenteram dan aman DISANA...
Marilah sama2 kita sedekahkan mangsa AL-FATIHAH..

Ni petikan cerita yang copy paste dari HARIAN METRO...


BUKTI ...anggota forensik membawa tulang mangsa 
ke Hospital Sultan Ismail, semalam. Gambar kecil (kiri) Nurrahayu Qomarodin dan Umidah Setu.
BUKTI ...anggota forensik membawa tulang mangsa ke Hospital Sultan Ismail, semalam. Gambar kecil (kiri) Nurrahayu Qomarodin dan Umidah Setu.
JOHOR BAHRU: “Tolonglah, kami merayu kepada pihak berkuasa supaya mencari kepala arwah secepat mungkin, kami reda dengan apa yang berlaku tapi tidak tenang selagi belum dapat mengebumikan jasadnya,” kata ibu mangsa pembunuhan kejam Nurrahayu Qomarodin, 16, atau Ayu.
Umidah Setu, 49, berkata, mereka sekeluarga yakin kecekapan polis menjalankan siasatan, namun berharap pihak berkuasa dapat menemui kepala arwah anaknya secepat mungkin.
Katanya, sikap dan kelakuan Ayu sebagai anak tiada cacat celanya dan disifatkan sangat baik serta mendengar kata.

“Ayu sangat manja, mukanya tidak pernah masam sebaliknya hanya tersenyum manis. Jika kena marah, arwah tidak akan melawan sebaliknya lebih suka berdiam diri dan menurut perintah kami.


“Arwah juga ringan tulang kerana suka membantu orang dan kadang-kadang tolong kami menjual air minuman dengan menaiki van di kawasan berdekatan,” katanya.


P/S: Biarlah kita mengongkong kebebasan anak2 sedikit...supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku...kadang2 hairan dengan sesetengah sikap ibu bapa yang terlalu mengikut kehendak anak2 dan ikut kepala anak macam balik malam, pakwe hantar balik dan so on....uishhh...zaman ibu dulu jangan haraplah budak lelaki dapat telefon ke rumah..siap interview panjang jela...jangan haraplah nak ikut ke mana2 lawatan sekolah unless ke penjara dan pusat serenti...dan macam2 jangan lagi lah masa zaman ibu sekolah2 dulu...




 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Wednesday, June 15, 2011

Pusat Urut Gay Diserbu


Macam-macam hal sekarang ni...
Selalu baca atau dengar berita pasal pusat urut "batin"
Iaitu dimana perempuan/ pendatang asing digunakan untuk bukan tujuan mengurut semata2..
Tetapi ader agenda tersembunyi disebaliknya...

Tapi sungguh ler tak sangka rupa2nya ader jugak pusat urut gay yer...
Haishhh...tak dapat bayangkan cam mana tu...
Ader jugak yer yang berselera "songsang"
Details baca kat bawah...
Di petik dari My Metro

JOHOR BAHRU: Permintaan tinggi di kalangan lelaki berselera songsang di bandar raya ini dan negara jiran menyebabkan seorang lelaki tempatan membuka tiga cawangan pusat urut refleksologi yang turut menawarkan perkhidmatan ‘istimewa’ kepada pelanggan sejak setahun lalu.
Malah, pusat bertopengkan khidmat urutan sejenis itu langsung tidak mendatangkan syak kerana membabitkan golongan lelaki. 
Tidak hairanlah dengan hanya RM35, lelaki bernafsu songsang di bandar raya ini boleh melampiaskan nafsu dengan melanggan tukang urut lelaki yang menawarkan pakej istimewa.

Difahamkan, pelanggan dihiburkan urutan istimewa sambil menonton tayangan video cakera digital (DVD) serta gambar lelaki memberahikan di sebalik tabir setiap bilik serta bayaran ekstra dikenakan untuk pakej tertentu.



Bagaimanapun, kegiatan pusat itu terbongkar apabila premis berkenaan diserbu sepasukan anggota penguat kuasa imigresen Johor, malam kelmarin.




 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Sunday, May 15, 2011

Pemain-pemain bola sepak kelantan BERSOLAT

 Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.
b_250_200_16777215_0_https___lh5.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TcRElXIXhyI_AAAAAAAAIN8_SWpGfhw7vG4_06052011957.jpg b_250_200_16777215_0_https___lh3.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TcREmDUKOVI_AAAAAAAAIOA_1o_39UsTmHc_06052011958.jpg b_250_200_16777215_0_https___lh4.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TcREfaYq0ZI_AAAAAAAAINk_OZiXCh5liTc_06052011951.jpg b_250_200_16777215_0_https___lh5.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TcRElXIXhyI_AAAAAAAAIN8_SWpGfhw7vG4_06052011957.jpgb_250_200_16777215_0_https___lh4.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TcREhS5eBFI_AAAAAAAAINs_PuiAVw5i4vg_06052011953.jpg b_250_200_16777215_0_https___lh3.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TcREjKCyqOI_AAAAAAAAIN0_0hFkrJ7uUTY_06052011955.jpg
<Klik untuk zoom besar> Gambar oleh Afendy Latif
Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.
Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)
Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan).
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya.
(QS Asy Syams 91:8).
Khusyuk di dalam solat itu mudah.
Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu
(QS: Al-Baqarah
 2:185)

SUMBER: SINI

p/s: Peringatan utk diri sendiri ni...tak kira di mana jua, tak kira sesibuk mana, SOLAT jangan dilupakan...



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!