Showing posts with label staffs. Show all posts
Showing posts with label staffs. Show all posts

Monday, October 3, 2022

Hargai staffs selagi ada..



Hargai selagi ada..


Sibuk dah tentu...


Tapi jangan lupa dengan yang selalu ada...


Hi-tea di Impiana Hotel Senai..
Sempena ada staffs yang akan sambung belajar dah next week...


Terima kasih semua staffs CocoDamia & GO JB Chocolate yg sentiasa memberi komitmen terbaik semasa menggalas tanggungjawab...

Sedikit imbasan memori:
Waktu ni, 29/9/2022 (khamis) ada Edutour...
Tapi Tadika tu datang lambat 1 jam pula..
Kitaorg dah resah sebab booking hotel pukul 3:30 petang..
So terpaksalah kami pun lambat juga kemas2 basuh2 semua..
Dekat pukul 4 baru siap mengemas..
Dengan nak solatnya, tukar baju kat officenya, make up nya..
Finally sampailah hotel pukul 4:30 petang..
Orang hotel dah runsing kami tak sampai2 lagi...hihi..

Begitulah kerja dan kehidupan ini..
Kadang2 apa yang dirancang tak sama dengan apa yang berlaku kan..
Janji enjoy...



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, April 13, 2022

Iftar bersama staffs di Trinidad Suites Puteri Harbour


8/4/2022 - Jumaat - Ramadan Day 6

Iftar bersama staffs yang sentiasa bersama Pusat Bahasa Pelangi dari sebelum Covid, semasa Covid dan hinggalah saat endemik ini. Terima kasih semua 🌹..

Rezeki kami dapat Iftar dalam suasana umpama cafe ini kami yang punya 😁. 
Tiada guests lain selain group kami 10 orang dan sepasang couple.
 Syokk sembang2 buat macam rumah sendiri 🤭. 
 
Btw nak book untuk 10hb sebenarnya. Tapi fully booked lah pula. 
So kami decided tarikh Iftar  diawalkan pada 8hb yang mana itulah hari pertama hotel ini buka untuk orang ramai berbuka puasa.

Konsepnya disini adalah semi buffet. Main course akan dihidangkan di setiap meja. 
Manakala appetiser, dessert, aneka mee, bubur lambuk, minuman dan makanan ringan lain adalah secara buffet. Main course akan bertukar setiap minggu. 
Makan macam ni pun dah kenyang sangat2. Yang penting tak membazir dan tak payah kesana kesini sangat untuk mengambil makanan (dasar malas bangun, hahaha).

Review:
Foods 4/5 ⭐. 
Layanan 5/5 ⭐.
Tempat 4/5 ⭐. Kapasiti tak luas sangat utk ramai orang. Tapi open space.
Surau 5/5 ⭐. Ni paling puas hati. Sebab bilik hotel dijadikan surau. Luas dan selesa. Kena ambil kad access untuk naik lift ke bilik.
Parking 5/5 ⭐. Banyak boleh parking depan hotel atau basement.
Harga 5/5 ⭐. Sangat berpatutan untuk konsep semi buffet ni. Hanya RM49/person. 
Siap free voucher lagi tau! Tapi tak sure sekarang ada lagi tak promosi voucher tu.

Sekian review ikhlas dari saya..

P/s: Dulu nama hotel ni Somerset. Baru ni pengurusan baru ambil alih dan tukar nama hotel. Kalau siapa2 biasa makan kat MANA CAFE, hah mesti tahu lokasi hotel ni..

#ramadanday6
#iftar2022
#ramadanbuffetjb
#ramadanbuffet
#ramadanbuffetjohor
#trinidadsuitesputeriharbour


Tak ada orang lagi masa ni, so ambil kesempatan posing sana posing sini..


Sudut buffet


Sudut buffet


Sudut buffet


Ingatkan kami terlebih awal sampai, rupa2nya memang group kami je yang ada dengan 1 couple lagi.


Syokk ada ulam-ulaman dan pelbagai ikan kering ni..
Sis siap ambil makan budu tau..


Ok posing lagi..


Budak kena paksa ambil gambar...
Makin besar makin susah nak bergambar..
Tu pakai baju ibu..apoooo? Muat dah weiii anak2 ibu pakai baju ibu..
Aleesya tadi pun pakai baju ibu juga..


Halah halah my handsome boy..
Rasmi baju raya buat iftar..


Dalam pukul 7, main course akan dihidang..


Antara lauk pauk kami haritu adalam Siakap sweet sour, masak lemak cili api udang galah, ayam panggang dan sayur goreng...cukup mewah dah haihh...


Pasangan baru kahwin bulan 11 tahun lepas..
Siapa sangka jodoh bertemu di Pusat Bahasa Pelangi.
Sorang Alumni, sorang lagi staffs kami hingga kini..


3 set semuanya hidangan kami..


Say cheese..
Tudung biru depan sekali tu pun staffs juga...haha
Ayah dia bayar gaji untuk buat nota, buat poster, jaga sosial media etc..


Bos besar sedang meeting supaya semua staffs lebih bersedia untuk kelas fizikal selepas raya nanti.


Macam biasa, acara bergambar ramai2 sebelum pulang..


Nak buat tik tok, tapi boss besar tak dengar arahan...kui kui..


Ruang solat yang sangat selesa..
Diberi 1 card access untuk naik lift ke bilik solat..
Perempuan solat dalam bilik master bedroom..


Manakal lelaki solat kat hall..


Memang selesa dan sangat mewah tempat solat pun..
Diberi suites 23 bilik siap 3 toilet..



Last but not least, buah apa ni siap jeruk dengan kulit2 dia..
Kalau termakan mau luka lidah nanti..
Buah kelubi atau buah salak erkk?









:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, May 5, 2021

Buffet Ramadan 2021 di Johor || Hotel Seri Malaysia


30 April 2021.
Ramadan yang ke 18.
Berbuka bersama dengan staffs..
Lokasi yang menjadi pilihan buffet ramadan adalah di Hotel Seri Malaysia..


Both Damias..
Kebetulan sebelum datang sini ada appointment kat UTC buat IC Ayyunie..
Dah remaja dah awak Ayyunie..
Teringat masa mula2 ibu menulis dalam blog ni masa awak kecik usia baby lagi...huhu.


Halah halah..
Daim pun puasa penuh tau..
Tapi tak hari2 lah..
Ada juga hari yang dia kecundang..


One for the album..


Masuk IG Story ke tu???


Sabar menanti waktu berbuka...


Me..
Wajib lah posing kan..


Lambat lagi ke berbuka ni..


Menu pertama yang saya makan selepas kurma dan air..
Sup Gearbox..
Haha..padahal semalamnya tu dah masak bihun sup tulang utara..
Tetap mencari sup juga ya...
Sedappp..


Kambing golek..
Kalau garingkan sikit lagi tu lagi sedap..


Untuk yang nak tahu harga buffet ramadan di sini..
Sempat lagi nak pergi tu sebelum berakhirnya ramadan 2021.


Ada macam2 lagi juadah yang disediakan.
Dari steambot, nasi minyak, nasi beriani, ulam-ulaman, gorengan panas2, aneka air berbalang2 pilihan dan lain-lain. Boleh jengok2 video di atas ya.

Happy watching..



p/s: Surau disediakan. Wajib bawa telekung dan sejadah sendiri ya. Better ambil air wuduk siap2 lah kat rumah. Dan better juga solat awal which means lepas minum air dan makan kurma, solat terus. Kalau tak jem surau nanti. Dan semestinya SOP janganlah diabaikan ok...




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, August 8, 2019

Makan-makan sempena habis Intern/Praktikal


Throwback cerita 26hb Julai haritu..


Makan2 sempena ada pelajar intern dah habis intern selama 6 bulan kat CocoDamia..
Dan kebetulan ada staff lama tu pun nak berhenti sebab dapat kerja baharu.
So kita raikan sekaligus..
Sanggup masing2 tengahari tu alas perut makan pisang goreng je...
Semata-mata nak makan besar waktu dinner haritu..hihi


Sambal udang petai, sedap tapi agak kepedasan lah juga..


Ulam-ulaman dan tempe goreng sebagai penyeri lauk2 yang ada..


 Asam pedas isi ikan..
Tak pedas sangat pun..
Just nice je rasanya...


Kailan goreng ikan masin ni tak sempat pun saya rasa..
Tapi licin..
Sedap lah tu..


Asam pedas kepala ikan..


Ya Ampunnn..
Yang ni sumpah sedap giler..
Sotong masak telur masin..
Selalu sotong tu goreng celup tepung dulu kan..
Ni tak..
Dah try masak menu ni kat rumah..
Memang sedapp ah..
Recommended..


Ayam goreng serai berempah..
Yang ni pun recommended..


Yang dirai, Lisa..
Akan berpindah tempat kerja nanti setelah hampir 1 tahun kerja dengan CocoDamia....
Good luck Lisa..


Habis je edutour sesi petang haritu, solat, tukar baju ikut tema (tema kurung je sebab susah nak nampak semua pakai baju kurung time kerja) dan semua bergegas ke sini..
Mana tak gegasnya..
Perut masing2 menahan kelaparan kan..
Puas hati licin habis semua atas meja...


Good food, nice view..


Dan ini, pelajar intern yang dirai..
Tapi tak datang pun sebab last day intern tu MC pula suspek denggi..
Alahai kesiannya..
So kitaorg tolong makan untuk awak ya..

Gambar kat atas tu bersama dengan Pensyarah Latihan Industri dari UPM sebaik sahaja selesai memantau dan menyelia pelajar intern.

p/s: Mana2 pelajar yang nak buat permohonan Intern dengan CocoDamia, boleh emailkan ke cocodamia@yahoo.com ya.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::