Showing posts with label Photoshoot.. Show all posts
Showing posts with label Photoshoot.. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

R&F Tanjung Puteri persis Bali


Wahhh cantiknya!!!
Macam kat Bali.
Amboi...Bali pun tak pernah sampai, ada hati cakap R&F Tanjung Puteri ni persis Bali ya.

Ya lah, dengan gazebo-gazebo serta kerusi santai yang begitu indah dengan alunan kain kelambu yang ditiup angin, serta tilam-tilam dan bantal yang empuk menghadap laut (muara sebenarnya), membuatkan pengunjung yang datang kat sini terasa bukan di Johor. 

Saya tersenyum lebar apabila ada sebuah keluarga cina yang datang ke sini bercakap sesama mereka 
"nanti engkau upload gambar, janganlah cakap kat johor, engkau tulis kat oversea, bukannya org tau" (setelah diterjemahkan dalam bahasa melayu).

Haha, betul juga. Since ni tempat masih baru, tak ramai lagi yang tahu tempat ni. Lagipun rata-rata yang datang sini pasti tidak akan melepaskan detik merakamkan gambar untuk dijadikan kenang-kenangan. Cuma pantai peranginannya yang masih banyak perlu diperbaiki lagi. Sure lah pantai di Bali lagi cun kan.



Kebetulan masa kami pergi tu hari ahad, makanya Ayyunie lah sekaki dengan kami. Kakaknya Aleesya sekolah seperti biasa. Ada banyak replika-replika seafood kat situ. Mula-mula Ayyunie takut nak pegang2 replika tu, takut hidup katanya. Lepas saya pegang baru Ayyunie berani nak pegang. Tu pun hujung-hujung je. Sotong kurita adalah dalam 5-6 ekor kat situ.


Oh ya kebetulan cuaca terik yang amat. Sempat singgah Petronas beli air untuk minum menyejukkan kehausan tekak. Sambil-sambil tu apa lagi, berphotoshoot bagai lah kan kat tempat cantik macam ni.


Cantikkan tempat rehat ni. Damai je rasa. Masa kami pergi tu tak ramai orang, so memang best lah!


Ambil kesempatan bermanja-manjaan dengan Ayyunie.


Sambil bercerita lucu dengan Ayyunie.


Dan kadang-kadang merenung masa depan sambil minum Ice Lemon Tea..;-))


Ya Allah, cantiknya pemandangan kat sini.
Rasanya malam-malam lagi cantik dengan kilauan lampu ni..


Tak habis-habis minum ice lemon tea ya.
Dah itu je prop yang ada. Hihi..


Walaupun panas terik yang amat, masih sempat bagi senyuman paling manis tuh ;-))


Ni kat tempat rehat bahagian lain pulak.
Haishh memang kat R&F ni mewah tilam dan bantal lah.


Then kami terus berjalan menyusuri laluan yang ada.
Memang cantik kiri kanan dengan kolam dan lansdkapnya.


Kat tempat sini view betul-betul menghadap muara. Dan memang nampak pun Singapore kat depan tu.


Kat hujung sekali ada playground.
Apa lagi, walaupun panas terik, ia tidak mematahkan semangat Ayyunie nak main kat playground tu.
Ya lah ibu pun faham, budak umur 5 tahun lah katakan.


Mainlah dik sampai puas, bukan ada budak lain pun. Hihi..
Ya lah, budak2 lain kan sekolah.


See, cantikkan view kat sini.


Ehem..ni apa kes berdating berdua-duaan atas kerusi rotan comel ni.
Ya Allah selesa sangat kerusi ni.
Bagi chance lah kat kami dating sekali sekala ya.
Credit to Ayyunie tolong snap gambar ni dengan DSLR.


Oppsss ada lagi gambar dating ya.
Tak pe ni last dah gambar kami berdua-duaan.


Kelihatan ada 2 buah boat yang terikat rapi nun di jeti sana.


Ok, kat situ juga ada sebuah bangunan besar yang kelilingnya penuh cermin gelap. Apa lagi selfie lah kan. Hikss.


Nak lepak-lepak minum2 kat sini pun boleh. Dalam bangunan tu ada jual minuman. Tapi masa kami pergi tu tutup pula. Ataupun masih belum beroperasi, tak sure.


See, cantikkan.
Haishh, ada peluang harus datang lagi ke sini.
Tak pe dekat je.


The signange.


Kalau ada budak ramai ni, mesti masing2 teruja nak duduk atas cengkerang ni kan.


Oh ya, dari tempat kita parking kereta, kena jalan kaki ke stesen buggy ya.
Lepas tu Buggy akan hantar kita kat staion di atas.
 Then kena turun tangga yang bayak baru sampai kat tempat persis Bali tadi.
Tapi tak jauh pun sebenarnya. Saja pihak R&F ni nak bagi kita feeling-feeling pelancong sebab siap ada perkhidmatan buggy lagi.


Hihi, sempat saya snap.
Nasib tak kena tinggal.


Yang ni buggy perhiasan punya. Boleh posing dalam ni sampai puas ya.

Btw sebenarnya kami ingat nak ke tempat 3D ART  kat dalam bangunan R&F ni, entah macam mana syokkkkkk sangat berphotoshoot, boleh tak ingat pula nak ke situ. Ok, harus datang ke sini lagi ya bawa Aleesya pula.

Then balik dari sini, terus kami ke Restoran Selasih untuk lunch.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, November 25, 2013

Wajah kita sama dengan ayah atau ibu? Kenapa???


Ye ke sama macam ibu?
Gambar semalam ni. Dah lama tak photoshoot Aleesya. Makin besar makin malu katanya. Kadang2 ikut mood juga nak bergambar.


Ye ke sama macam ayah?
Gambar malam tadi dinner kat Pizza Hut. Ayyunie as usual memang sentiasa ceria dan happy!

" Allah Taala tidak mencipta wajah aku persis ummi dan ayah semata atas alasan saintifik. Aku percaya wajah aku dilukis begini supaya tiap kali aku renung cermin, aku nampak ummidan ayah. Lalu tidak kira kemana sahaja aku pergi, dan manusia apa aku jadi, aku membawa ummi dan ayah bersama".

" Dan bila kita semakin tua, wajah kita semakin iras ibu bapa, kerana pada waktu itu mereka mungkin sudah tiada, dan Allah tahu kita rindu, kita perlu lihat wajah mereka".

Monday, February 27, 2012

Panggilan untuk shooting

 AMBOII AMBOI..
Dah macam retis fofular dah asyik panggil shooting jer..
Hehehe..tak adalah..gurau jer..
Btw jumaat lepas dapat call daripada Planet Film utk hadir shooting sekali lagi..
Kali ni utk TVC pulak...means TV Commersial..
Katanya kali ni utk buat iklan susu Dutch Lady pulak..
Wahhh..baru 2 minggu lepa shooting ngan TV3..
Kalini shooting ngan production house pulak..

Sedikit Info..
Planet Film ni adalah sebuah Production House yang terkenal dan terbesar di Malaysia.
Untuk iklan2 terbaru yang dibuat adalah Nescafe, Kotex dan lain2..
Boleh jengok2 kat Planet Film punya website yer..
Untung ko Aleesya..kecik2 dah boleh shooting..
Ibu ni tumpang 2 kaki jer lah yer..hik hik..

Actually sepatutnya semalam ada briefing kat Planet Film..
Tapi yang duduk luar KL tak yah gi..
Sebab nak jimat kos dan masa kot..
Sebab rabu ni kena gi shooting lagi..
Apa2 pun dah dapat info serba sedikit dari workshop ngan finalis semalam..

Alahai..kalau buat semalam pun, belum tentu dapat pergi jugak..
Sebab ayah damia ada Job amik gambar Post wedding ler..
Takkan nak tunda kan sebab kita dah set time lama tuuuu..
Ada hikmah rupanya kami tak yah gi semalam..

Lately, rasanya macam tak cukup masa jer 24 jam 7 hari..
Dah tak tahu mana weekends, mana weekdays dah..
Janji ada kerja jalan..
Baju2 Kebaya Zarina Ayu Collections pun dah banyak stok baru yang siap..
Tapi nak snap2 gambar DUTA Zarina Ayu tu masalah..
Sebab sibuk kerja, sibuk kelas2 luar, sibuk shooting sana sini, sibuk buat homework..
Ni next week dah start ujian sekolah Aleesya pulak..
Mudah-mudahan ALLAH permudahkan segala urusan kami harini, esok dan masa2 akan datang..

Apa2 pun SYUKUR YA ALLAH sebab limpah kurnia REZEKI yang tak terhingga daripadanya..
Semoga aku dan suamiku tidak lalai dalam mengerjakan yang WAJIB dan SUNAT kepadaMU




Gambar2 kat atas adalah hasil snap2 Khai Mohd Photography semalam..
Hasil suntingan dan editing??? Biasalah...siapa lagi..pastu cam mana tak sibuk??huhu..

p/s: Bila mau pergi shopping baju2 plain warna pastel ni bang???? Masa oh masa!




Friday, January 20, 2012

Pengalaman indah buat kami || Ibu pun jadi terkenal kot..

Rabu lepas, kami dapat invitation dari Dutch Lady utk sesi fotografi para pemenang..
Dipendekkan cerita, sesi kami bermula jam 4 petang...
Tapi disebabkan kami sampai awal jam 2 petang, dan kebetulan finalis pemenang utk slot masa tu pun tak ada, maka kami dapat buat photoshoot dulu...
Ini tempat bukan calang2 punya studio utk fotografi..
Walaupun tak ada signboard bagai studio tu dan terletak pulak area kawasan industri.
Tetapi kerja2 kat dalam studio ni sgt memikat hati..
Banyak bilik2 kecil yang mana kebanyakan pereka grafik sedang menghasilkan grafik dan imej yang berasaskan produk iklan seperti 100 plus, Trudy & Teddy serta iklan2 besar yang lain..


Kami sampai tempat ni100% ikut arahan GPS..
Rupa2nya dekat jer ngan Ikea n The Curve Damansara tu....
Ayah damia confius..kenapa tulis " Mom Photoshoot??"
Agaknya si ibu pun kena jadi bijak jadi terkenal jugak lah nampaknya...
(wink wink)


Maaf!!! Gambar photoshot ibu n aleesya tidak dibenarkan di publish di mana2 sekali pun..
Kena tunggu official announcement dan leaflet dari Dutch Lady..
So, nantikan gambar awesome ibu n aleesya yer..
Serius!! Ibu dah tgk gambar2 tu semua....macam tak percaya jer kan..AWESOME!!
Owh yer..setiap pemenang kena ikut gaya yang ditentukan oleh pihak studio..
Siap ada presentation lagi pemenang ni kena buat gaya macam ni, pemenang tu kena buat gaya macam tu..
Apa2 pun sgt kesian sebab ayyunie asyik2 cakap "ibu nak make up, ibu nak jadi model, ibu nak amik gambar"..
Gambar kat atas tu nak amik hati dia lah tu....tak pe ayyunie..next time peluang utk ayyunie pulak yer..amin..


Sesi interview dengan wakil Dutch Lady..
Handsome pulak adik yang interview ibu ni..
Nasib ibu tak ada adik pompuan..
Kalau tak leh kenen-kenen kan..hehe..
Banyak juga soalan2 yang ditanya..
Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..


Aleesya yang lepas habis photoshoot..
Ralit bermain dalam playroom yang disediakan..
Apa2 pun sambil bermain, dia sedang diperhatikan oleh wakil2 Dutch Lady...

*Rezeki Allah utk menguji hambanya...kita hanya usaha sahaja utk 

dapatkannya...hanya 

Allah yang tentukan menang atau kalah..

p/s: Kami tak boleh cerita lebih2...apa2 pun tunggu official announcement dari 

Dutch Lady...kenangan terindah buat kami semua...amin amin


Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Tuesday, December 20, 2011

Photoshoot || Like mother like daughter

Ada ke sesiapa yang tak suka photoshoot??
Rasanya rata2 pun mesti suka photoshoot kan..
Ibu lagi ler suka posing2 ni..
Rupa2nya menurun ke anak-anak pula suka posing2 depan kamera...
Kebanyakan pose2 pun ibu tak payah bagi arahan dah kat aleesya suruh pose..
Memang dia automatik yang akan buat pose ikut keselesaanya sendiri..
Tak caya?? Jom tgk!!!









So cam mana???
Ok tak Aleesya bergaya depan lensa kamera???
Owhhh yer...nak tgk ibunya pulak pose ke???
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Amacam??? ada style tak??? 
Boleh jadi Guru Posing Contoh tak???
Muahahahahaha...



p/s: Uolsss suka photoshoot tak???



Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!