Monday, October 13, 2014

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan segar di Restoran Selasih, Persada Johor


Semalam berkesempatan makan tengah hari di Restoran Selasih, Persada Johor.
Kebetulan saja round-round sekitar JB, jenuh pula fikir nak makan kat mana.
Last2 pilih makan kat sini.
Walhal baru je minggu lepas ada program Rakan Muda Usahawan Tani di Persada Johor.

Menu pilihan kami kali ini ialah set Asam Pedas Kepala Ikan.
Mula-mula saya nak pilih isi ikan, sekali ayah damia cakap 
.."kepala ikan lah sedap, boleh sedut mata"..
kiki

Ok lah ok lah, saya tak kisah. Apa pun makan.
Dan waiter minta kami pilih ikan apa. Ikan semua segar2 dalam akuarium.
Semestinya kami pilih ikan merah.

Masa waiter tu tangkap ikan dalam akuarium, Ayyunie siap tanya

'Kenapa orang tu tangkap ikan guna kayu (penyauk) tu ibu"

Saya jawab 
"sebab kita nak makan lah ikan tu".

Ayyunie tanya lagi
" ibu tak kesian kat ikan tu erkkk".

Adoilah anak! Nasib awak tak sekolah semalam, boleh ikut kami ke hulu hilir ya.
Jenuh nak melayan pertanyaan Ayyunie.


Layan upin ipin sementara tunggu makanan sampai.
Peak Hour, waktu lunch.
So boleh terimalah makanan lambat sikit sampai.


Yang ni paling tak boleh.
Tak boleh apa? Tak boleh makan.
Pahit betul walhal baru gigit secuit je.
Cam manalah erkk org yang pandai makan keropok ni.
Eh keropok binjai kan tak silap namanya.
Ke apa namannya?
Ayyunie siap terkebil2 mata menahan pahit makan keropok ni.
Btw ini complementary, bukan kami order.


Yeayy, makanan kami dah sampai.
Set asam pedas kepala ikan ni didatangkan bersama dengan telur dadar, tempe goreng...


...dan sayur masak lemak nangka.
Saya seorang je makan sayur nangka ni, sebab ayah damia dan ayyunie tak pandai makan.


Anak dara tolong bubuh nasi untuk ibu dan ayah.


Dan kami add on buah-buahan campuran sebagai dessert.
Gambar tak sempat snap sebab cepat sangat dimakan oleh kami bertiga.

Alhamdulillah, Syukur dengan nikmat Allah.


Post a Comment