Friday, October 3, 2014

Program sharing ilmu " Rancangan Perniagaan vs Realiti Perniagaan" bersama CocoDamia


Alhamdulillah, selesai sudah program bersama para pelajar dari IKM Jasin jam 5 petang pada hari rabu lepas (1 Oktober 2014) dan CocoDamia merupakan hos atau pun tuan rumah untuk program tersebut.

Sebenarnya pihak CocoDamia menerima banyak email dan surat lawatan ke kilang CocoDamia dengan objektif memberi pendedahan dunia realiti perniagaan serta pendedahan pemprosesan dan pembungkusan sesuatu produk. Namun jujurnya kami terpaksa hold kan dulu penerimaan lawatan tersebut atas sebab kapasiti ruang yang agak terhad serta sebab2 lain.

Namun setelah perbincangan dilakukan bersama pihak Entrepenuer Development Centre (EDC), kami sepakat untuk usahasamakan program2 seperti ini. Sekaligus dapat memperkenalkan produk2 usahawan Johor yang lain kepada pengunjung serta peserta lawatan.


Peserta lawatan dijangka tiba jam 11 pagi di EDC, namun disebabkan sesat, jam 12 tengahari baru sampai.


Pihak EDC memberi ucapan kedatangan kepada para peserta serta briefing apa fungsi EDC secara amnya. 

Kemudian sesi memperkenalkan usahawan2 lain yang dijemput untuk sama2 memeriahkan majlis ini.

Selepas sesi briefing bersama usahawan2 lain, peserta makan tengahari dan solat. 


Org kuat EDC bersama CocoDamia.


Jam 2 petang, sesi bersambung. Kalini CocoDamia pula yang bertindak sebagai hos.


Semoga sesi sharing temubual bersama pemilik CocoDamia, Puan Zamzarina Zakaria dalam "Rancangan Perniagaan vs Realiti Perniagaan" dapat memenuhi objektif program serta pencetus inspirasi dalam semangat keusahawanan.


Percayalah! "Realiti" memerlukan pengorbanan berbanding "Rancangan" yang penuh imaginasi.

Walaupun babak menitis air mata hampir terjadi, namun cepat2 kami semua tune mood kepada happy. Kalian semua memang cool!


Yang paling penting, sungguh teruja melihat keasyikan pelajar2 dalam demo membuat coklat. Masing2 tak sabar tunggu giliran nak buat coklat.


Lepas ni uolss semua bolehlah berniaga coklat ya. Please jangan ambil nama "cocodamia" dan "krukk krakk".. Hihi..


Pensyarah pun teruja juga nak buat coklat. Berebut2 cedok coklat bersama staffs CocoDamia.


Selfie tetap selfie ya.


Yeayy dah siap keluarkan dari Peti ais. Masing2 tak sabar nak rasa ni. Sekali dah rasa.. "Urmmmmmm.. Betullah CocoDamia bukan sekadar coklat biasa" kata mereka.


Berebut2 masing2 ambil coklat.


Sesi bergambar wajiblah kan!


Habis sahaja bual bicara dan demo coklat, masing2 dibawa keluar ke mini showcase untuk melihat produk2 usahawan lain serta membeli produk2 yang dibawa oleh usahawan2 terpilih. See! Terujanya masing2 nak beli Coklat IQ dan krukk krakk!


Terima kasih kepada semua pelajar dan para pensyarah yang beli produk CocoDamia. Uols sangat awesome! Niat hanya untuk pameran sahaja, namun tak sangka sampai 2 katon habis. Kan rezeki itu rahsia Allah.


Alhamdulillah, Syukur dengan rezeki Allah. Sedikit sebanyak program ini juga dapat menambah nilai kepada usahawan2 lain.


Acara majlis penutup sebelum mereka bergerak balik.

Bukan setakat yang beli sahaja, malah setiap dari mereka turut mendapat cenderahati dari CocoDamia! Masing2 happy!


Ucapan penutup dari wakil pensyarah IKM Jasin.


Sesi bergambar bersama team CocoDamia, usahawan2 lain, pihak EDC dan rombongan dari IKM Jasin sendiri.


Semuanya sungguh sporting. Siap beratur bagai nak bergambar dengan pemilik CocoDamia ni. 

Maaf dipinta seandainya ada kekurangan dari pihak CocoDamia atau saya sendiri. Semoga sharing kali ini membawa manfaat kepada semua pihak termasuklah team CocoDamia sendiri!

P/s: Ada sesiapa nak buat lawatan atau bual biacara bersama CocoDamia? Emailkan pertanyaan anda kepada cocodamia@yahoo.com.





















No comments: