Tuesday, October 28, 2014

Bestnya Ayyunie dapat banyak hadiah...


Cepat-cepat update.
Sementara tunggu ada org nak datang jumpa kejap lagi..
Cerita tentang Produk Anak Johor Fest yang diadakan pada hujung minggu baru ni di Persada Johor.
Biar gambar bercerita je lah ya cepat.


Mula2 sampai, sambil2 tunggu YB datang merasmikan event ni, ada beberapa wartawan datang interview saya. Ehem, saya dan kamera kan tak dapat dipisahkan. Hihi, Allah bagi anugerah kat situ. 
Antaranya wartawan dari Utusan Malaysia, Sinar Harian dan Star. Bila keluar cerita tu masih tak tahu lagi ya. 

Lepas tu ada majlis perasmian oleh YB Jais. Lepas perasmian YB jalan-jalan ke booth sambil mengenali produk Usahawan Johor. No worries, YB Jais memang kenal CocoDamia sebab produk CocoDamia kan ada kat EDC. Dan office YB pun memang kat EDC. 


Dan macam biasa, kalau event macam ni tak sah tak ada pertandingan mewarna kan.
Both Damias dah banyak pengalaman masuk pertandingan mewarna ni.
Cuma dapat top 3 baru sekali dua sahaja.
Yang lain biasanya saguhati sahaja.
Tak pe lah janji anak2 terhibur dan isi masa lapang.
Mana nak seni kalau ibu ayah pun kurang seninya.
Lagilah ibu manalah ambil subjek Seni masa SPM.


Ayyunie ambil hadiah saguhati.
Azza Elite yang bagi hadiah.


Aleesya pula ambil hadiah saguhati.


Hari kedua event.
Ada mascot IKS Mart pula.
First time tgk mascot ni.


Ayyunie dalam acara jawab soalan animasi.
Hurmm, kalau tanya pasal upin ipin budak mana tak tahu kan.
Dapat hadiah lagi!


Ayah damia bersama Mascot IKS Mart.


Lepas tu ada lawatan dari YB Adun Nusajaya pula.
Hihi YB kawasan perumahan dan office saya tuuuu..
Lama juga kami berbual ilmiah masa tu.


Bergambar kenangan bersama YB Adun Nusajaya serta bahagian korporat.


Shasha Meletop ajak kanak2 naik pentas menari Chicken Dance.
Aleesya tak ada. Ahad kan sekolah.
Untung Ayyunie tak sekolah hari ahad.
Dapat hadiah lagi kan!


Ni pula Ayyunie dapat hadiah saguhati sebab masuk pertandingan mewarna lagi.
Untung Ayyunie. Macam2 dapat.
Alat2 tulis tak yah beli dah. Satu beg dapat.
Buku2 nota nak buat tulis notes atau conteng2 pun banyak.
Komik pun dapat.
Makanan pun dapat.
Macam2 lagi lah.
Pendek kata walaupun hadiah saguhati pun berbaloi-baloi.

Ok itu je lah..

p/s: Satu kelemahan saya tak reti betul nak bergambar dengan artis. Orang lain punyalah sakan bergambar ngan retis, saya buat donno je...hihi..Berkesampatan solat betul2 sebelah Nurkhairiah dan Ekin Mawi. Pun reti senyum je. Dengan Ibu Wan Maimunah sempatlah berborak2 kejap. Dengan Ayu Raudhah sempat lah tegur masa dia tengah BF kan anak dia. Putih gebu youuu...














No comments: