Alhamdulillah..
Nikmat berbuka semalam..
Sempena puasa sunat Arafah..
Walaupun ada percanggahan yang mengatakan hari wukuf sepatutnya ikut di Mekah, manakala Jakim Malaysia pula mengeluarkan kenyataan wukuf adalah pada 4 Oktober 2014, namun saya lebih beratkan ikut hari wukuf di Mekah. Tak salah pun kalau puasa kedua2 hari tersebut. Tak rugipun.
Disebabkan semalam Aleesya turut berpuasa penuh, maka kami bawa dia berbuka di Thistle Hotel. Ayyunie tak puasa. Alasan sebab tak sahur. Tu lah kita kejutkan tak nak bangun.
Kami sampai ngan2 waktu maghrib. So kami terjah bahagian dessert dulu ya. Beraneka kek dan kuih muih menjadi permulaan buka puasa kami.
Kemudian kami makan salad buah-buahan.
Then barulah makanan berat. Macam2 lauk juga ada. Siap ada patin masak lemak cili api. Tapi kami tak makanlah. Kami bukan pencinta ikan sungai. Makanan pun boleh tahan sedapnya. Ater hotel 5 bintanglah katakan.
Ayah damia yang menemani Aleesya ambil makanan.
Kemudian saya dan ayah damia gilir2 untuk solat di tingkat 2. Tempat solat pun selesa sangat. Siap ada bathtub lagi. Hihi..
2 beradik yang sangat happy. Sambil makan sambil tengok ikan sambil tengok orang mandi pool.
Macam-macam lauk ada!
Lepas solat sambung makan lagi.
Ayyunie makan sup tulang sampai bermangkuk2.
Kami sedondon!
Teman gomol dan buli ayahnya..
Ambil gambar kat luar pula.
Ayyunie siap tanya, kenapa kita tak mandi pool kat sini. Datang makan je? Ayoyoyoyo..
Pandangan Glass Restaurant dari luar.
Sayang mereka bertiga ketat-ketat.
Di lobby Thistle Johor Bharu.
Tq Aleesya tolong snap.
Ayah Damia parking kat Valet.
P/s: Alhamdulillah, semalam betul2 doa mustajab untuk dipermudahkan rezeki kami sekeluarga. Masa saya call untuk buat reservation, cashier restaurant bagitau bayaran untuk kanak2 6-12 ahun adalah RM45++. Sekali masa saya nak bayar, cashier lain cakap tak payah bayar. Saya dah confius. Sebelum balik saya panggil cashier lain pula nak bayarkan untuk Aleesya, cashier tu pun cakap tak payah bayar. Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga berbuka free di hotel Thistle semalam. Saya dan ayah damia semestinya ditaja oleh HomeSoy Malaysia.
No comments:
Post a Comment