Saya betul-betul JATUH CINTA dengan masjid ini. Walaupun jauh dari rumah, tapi boleh dikatakan beberapa hari berturut2 dah saya solat kat sini. Kebetulan cuti sekolah kan, so boleh lah ke Masjid ni otw nak ke JB.
Alhamdulillah, malam tadi saya sampai lagi disini. Bagi menyambut Tahun Baru 1436 Hijrah beramai-ramai.
Renungi masa lampau dengan MUHASABAH dan ISTIGHFAR.
Hadapi masa depan dengan ILTIZAM dan HIJRAH.
Insyallah semoga kehidupan kita semua lebih baik dari kisah2 semalam.
Selesai sahaja solat berjemaah dan baca doa ramai-ramai, sambutan diteruskan dengan ceramah agama. Alhamdulillah banyak benda dalam kehidupan harian saya yang perlu diubah dan diperbaiki lagi. Ya lah, untuk menuju angan2 ke Syurga, banyak jalan dan usaha yang sungguh2 perlu kita lakukan. Ada masa nanti saya ringkaskan muzakarah dalam majlis ilmu malam tadi.
Alhamdulillah, selesai sahaja semua, terus bergegas ke Persada untuk set up booth sempena "Produk Anak Johor Fest" yang diadakan bermula pada hari ini sehingga esok (26/10/2014). Mula2 masuk dewan lagi semua dah pandang kami sekeluarga. Ada yang panggil saya hajjah, ada yang panggil ayah damia haji, ada yang tanya kami balik KT berapa... Oh indahnya panggilan itu semua. Semoga Allah makbulkan dengan cepat dan penuh keberkatan. Aaaminn..
Banyak produk2 usahawan dibawah bumbung FAMA Johor serta vendors yang menjual pakaian dan aksesori pakaian serta tudung. Semalam sempat tegur Ayu Raudhah yang sedang BF kan anaknya.
Selain dari artis2 yang menjadi vendors, ada juga artis jemputan yang datang buat persembahan.
Semoga kedatangan Tahun Baru Maal Hijrah 1436 ini membawa 1001 keberkatan rezeki yang melimpah dan penuh istiqamah kepada saya dan keluarga serta team kerja saya.
Insyallah. Jadikan kisah2 lama sebagai tauladan, dan kisah2 baru sebagai pengalaman.
Salam Maal Hijrah semua!
No comments:
Post a Comment