Showing posts with label beli online. Show all posts
Showing posts with label beli online. Show all posts

Sunday, September 19, 2021

Changing tent for dressing room



Berbaloi2 beli khemah tinggi ni.
Tambah2 lagi musim sekarang ni trend orang suka berpiknik dan berkhemah.
Boleh standby siap2 simpan dalam kereta. 
Kot2 lah tempat kita pergi tu tak lengkap kemudahan kan.
Dan tak adalah bersesak2 tunggu giliran.


Selain sebagai changing tent, boleh juga dijadikan sebagai tempat solat incase emergency.


Ni semalam dah rasmi khemah tinggi ni masa pergi picnic by the river.
Memang senang dan membantu..
Lepas naik je dari sungai, bilas badan, tunggu air kering sejat...
Terus masuk dalam khemah tinggi ni untuk tukar baju dan bersiap..
Cuma kalau nak lagi kukuh tak nak khemah terbang, kena ikat kat pokok2 atau tali bawah tu tindih dengan batu besar..


Ni video unboxing dan details...
Happy watching...







:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, November 25, 2020

Ikan Laga dalam Self Watering Pot









Yang bawah mainan Daim..
Yang atas mainan ibu..
Senang daun ketumbar, daun sup & akar kesum yang balance2 tu masuk je dalam Self Watering Pot ni. Nanti pandailah membesar sendiri. Setakat nak masak petik2 depan mata tu lepas lah juga. 

p/s: Ramai sangat yang tanya beli kat mana.
Ada juga yang ingat saya buat sendiri..haha..rajin bebenor...
Beli je kat Shopee pee pee..
Search keyword "self watering pot"
Happy hunting...





::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, March 10, 2020

Birkershire Whole Fruit Slow Juicer


Apa beza slow juicer dengan fast juicer atau blender2 juice yang lain?
Bezanya adalah slow juicer ni memerah juice dari buah tanpa menggunakan bilah pisau macam blender2 juice lain. Dan slow juicer ni hanya ekstrak juice dari dalam buah sahaja.  

Slow juicer ni bagus sebab nutrisi buah dari slow juicer ni lagi senang diserap oleh badan kita. So kesannya kulit dan badan kita akan lebih cepat terima vitamin atau nutrisi dari buah2 atau sayur2 tersebut. Bukan sahaja sihat, malah kulit pun makin cantik. InsyaAllah..

Dan yang paling senang sekali, kalau beli whole fruit slow juicer ni, dah jimat masa nak potong2 buah/sayur dan jimat masa dah nak basuh2 pisau dan alas pemotong. Just basuh buah dan masukkan terus dalam slow juicer sahaja. Tapi kalau diameter buah tu terlebih besar, tetap kena potong juga untuk memudahkan lagi proses memerah juice tu.

Saya kalau tak minum juice pagi2, pasti akan minum juice malam2. 
Kesannya juga pagi2 esok saya akan membuang. Kiranya macam detox lah kan.
Kalau tak 3 hari sekali baru membuang...ngeh ngeh..

Oklah, tu sedikit perkongsian dari saya since ada yang tanya best ke tak guna slow juicer ni, nampak mudah, senang ke nak basuh, brand apa kak ayu beli, bla bla bla..
Harap memberi manfaat kepada yang ingin tahu..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, September 23, 2019

Harum Manis Surabaya

Haihhh..sibuk2 ni kita beli buah online je lah..
Sebenarnya terpengaruh dengan Sheila Rusly yang beli Harum Manis Surabaya ni..
Tu yang terjebak beli sekali.


Selain beli Harum Manis Surabaya, selit juga sekali beli buah Tin (Black Fig) dan juga Kiwi Berries..


Ni rupa Kiwi Berries lepas dipotong..
Selalu saiznya agak besar kan..
Ni comel2 je saiznya..
Sedap lemak2 manis..
Tak cukup anak2 3 orang tu makan sebekas...


Ni pula rupa buah Tin yang telah dipotong.
Nampaknya anak3 tak berapa suka makan yang fresh ni..
Sebab diaorg kata rasa biji2 dalam mulut..
Ayah Damia pun tak berapa suka..
Nampaknya kitalah kena habiskan makan ni..


Dan ni lah rupa isi dalam Harum Manis Surabaya..
Tak pasti kenapa nama Surabaya..
Mungkin ditanam di Surabaya kot.
Harga sebiji RM12.
Kalau beli sekotak ada 12 biji lagi jimatlah sikit..

Rasa memang lemak2 manis lah..
Manis yang sampai ke tekak rasanya..
InsyaAllah...boleh repeat order lagi yang ni..


Alamak, sorrylah Daim...
Tersalah fokus pula..
Hihi..

Mana2 yang berminat nak dapatkan buah-buahan premium ni, boleh lah tengok2 IG: Freshvalet ya..
Nanti ada juga disertakan no contact ejen2 bagi sesetengah kawasan..
Senang sekarang..
Semuanya dihujung jari sahaja..



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, September 4, 2019

My Personalized Bag Unboxing





Nak juga ada pengalaman buat video unboxing..ngeh ngeh...
Special sebab bag ni customized nama sendiri kat bag tu..
Rasa  sangat berharga walaupun begnya tak adalah sampai ribu riban...


Ni hah bag nya..
Nama Coley bag..


Ni pandangan belakangnya..
Beg ni jenis bucket style..
So ruang dalam amat lah luas..
Puas hati macam2 boleh letak..


Ada banyak colour sebenarnya..
Ntah kenapa berkenan warna brown ni..

Sesiapa nak beli bolehlah jengok2 kat website sometime.asia tu..
Ada macam2 jenis bag...
Tapi hati berkenan kat pattern Coley ni..
Yang penting dapat customized nama sendiri gitu..
Dan yang lagi best sebab harga mampu milik..

Happy watching uollss..





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, September 1, 2016

Jatuh Cinta...


Jatuh cinta dengan siapa pula?
Jatuh cinta dengan tudung-tudung Sofea Rose sudaaaa...
Lagi2 lah ada Merdeka Sale ni..
Grab 3 helai terus..


Hurmmm...
Nampaknya kena tambah rak-rak tudung lagi ler...
Tak habis2 lagi sindrom Obses Shopping Online ni..
Tapi dah kurang sikit ni...start dah boleh keluar rumah..hihi

Thursday, May 19, 2016

Berbelanja ke jalan yang benar...ngeh ngeh ngeh..


My latest obsession..

Hari2 masuk office mesti ada parcel atas meja..

Kadang2 dari Pos Laju, kadang2 dari City Link, kadang2 dari Skynet dan selalunya dari GDEX.

Makin hari makin besar parcelnya....:-)

Semuanya untuk baby DM dan masa berpantang nanti.

P/s: Lately, suami sibuk nak bawa isteri gi shopping macam ni lah.. Kita klik2  aje. Dia lagi suka. Jimat masa jimat tenaga. Duit semestinya tak jimatlah sebab tolong bayarkan. Mekasih... Tapi pulangannya berganda2 kan sebab berbelanja ke jalan yang benar...ngeh ngeh ngeh...

Thursday, February 18, 2016

Mula-mula beli 1, pastu beli 2 kemudian beli 3..

Apalah yang saya beli sampai 3 biji tu?
Mentang-mentanglah nama intelligent rice cooker, sampai 3 biji dibelinya. Padahal sama je dengan digital rice cooker sekarang.  


Mula-mula saya beli untuk diri saya masa Bulan Januari lepas. Saya beli pun sebab utamanya kerana saiz yang sangat kecil, ringan dan mudah untuk dibawa travel kemana-mana. Lagipun cover bahagian luar tu bersifat penebat elektrik dan selamat untuk dihandle jika terkena air ataupun selamat untuk anak-anak saya gunakan (in-case).

Bukan itu sahaja, memang sangat sesuai juga untuk kegunaan saya masa dalam pantang nanti dan juga masa baby kecik saya dah start makan nanti, bolehlah masak bubur atau sewaktu dengannya dalam portion yang lebih kecil ni. Tak lah membazir nanti sebab boleh terus ON-THE-GO mini rice cooker ni.Yang penting RINGAN. Ya lah dalam keadaan berpantang nanti mana boleh angkat barang berat-berat kan.

Masa bercuti di Pulau Tioman minggu lepas pun, saya dah masak macam-macam dalam rice-cooker ni. Masak nasi semestinya. Kapasiti 2 liter. Sesuai untuk 4 orang dewasa makan sekali masak. Selain tu saya pun dah try rebus spagetti, maggie dan juga masak mushroom sup dalam rice cooker ni. Memang convenient sungguh lah. Bayangkan ayah damia masak mushroom sup dalam periuk ni, angkut naik bot tengah laut dan bawa ke Marine Park. Selepas 3 jam kami snorkelling di Marine Park tu, mushroom sup still panas lagi walhal tak keep warm atau pasang plug tu. So memang berbaloi sangat beli.

Masa saya mula-mula beli dulu, harga adalah RM97.00. Tapi INGAT, masa beli tu kena pilih betul-betul periuk ni yang DWI BAHASA iaitu Bahasa Cina dan English, serta plug pin Malaysia punya (rujuk gambar diatas). Ada yang harga murah sikit tu plug pin China dan tulisan tu tak ada dalam Bahasa Inggeris. Memang jenuh ler nanti nak guna.

Lepas tu awal Februari haritu, saya pun belilah periuk ni kali ke-2 untuk mertua saya pula. Kebetulan masa ayah damia di Brunei, mak mertua saya pula minta belikan periuk yang kapasiti kecil dan tak melekat apabila masak. Manalah ayah damia sempat nak belikan. Lalu saya pun syorkan belilah periuk ni. Hantar whatapps gambar, bagi mak mertua tengok, lalu dia pun setuju. Tengok harga menjunam turun hanya RM69 sahaja. Wahhh...rezeki ni.

Alang-alang dah belikan untuk mak mertua saya, lalu terlintas nak belikan untuk mak saya juga. Konon-konon nak suprisekan mak gitu. Itu yang beli sampai kali ke-3 tu.


Selain dari masak nasi, boleh juga masak bubur, sup, yogurt, cake dan lain-lain lagi. Tu lah agaknya namanya Intelligent kot. Hihi...Kalau tak nak tekan auto cook pun, kita juga boleh setkan masa untuk beberapa minit yang kita nak masak tu. Senangkan! Yang penting RINGAN bagi saya...;-)

Kalau sesiapa nak beli, bolehlah tengok-tengok kat Lazada ya.
Memang amat berbaloi untuk saya dan keluarga!

Friday, October 9, 2015

Products of CocoDamia @ www.cocodamia.com


Salam Hari Jumaat!

✅Untuk yang terlibat dengan peperiksaan PT3, SPM dan final exam - boleh order Coklat IQ- CocoDamia

✅Untuk yang terlibat dengan Hari Sukan  Negara atau aktiviti2 kesukanan lain - boleh order Krukk Krakk Energy Bar

✅ Untuk yang nak travel atau tak sempat nak sediakan breakfast dan bekal - boleh order Crunchy Flakes Cereal Cup CocoDamia


Semuanya di www.cocodamia.com

Untuk pertanyaan pantas pembelian borong dan ejen, jangan lupa hubungi hotline kami 010-6468383.

Pasti tak menyesal!

Percayalah,
COCODAMIA
Bukan sekadar coklat biasa!

Sunday, September 20, 2015

Last Day || Whatsapp Sale || Coklat IQ || CocoDamia

Yuhuuu..
Hampir 1 jam 10 minit lagi Whatsapp Sale akan berakhir.


Jom cepat-cepat WHATSAPP 012-7507659 untuk pembelian jimat berganda2. Tatkala harga barang import kami naik harga, kami pula buat promosi turun harga.


Semoga pembeli yang membeli Coklat IQ ni memdapaf manfaat dan kebaikan dengan Izin Allah.

Harini Payment!
Esok Pos!
Lusa sampai!

Yang pasti,

Cocodamia,
Buka  sekadar coklat biasa.




Saturday, September 19, 2015

Whatsapp Sale untuk Coklat IQ


WHATSAPP SALE!
WHATSAPP SALE!
WHATSAPP SALE!

Shop now via WHATSAPP
ONLY RM39 per box

Sale start from 17th until 20th September at 5pm.

Whatsapp order 012-7507659

p/s: Busy shooting lagi..



Thursday, June 4, 2015

Pembelian melalui cocodamia.com


Nak beli produk-produk CocoDamia yang awesome?

Malas nak pm/ whatapps/ sms kami?

Tak sempat nak bank in duit/ transfer duit?

Sibuk nak buat temujanji untuk COD?

Anak-anak asyik suruh beli lagi, tapi asyik lupa nak repeat beli?

Kini produk-produk CocoDamia boleh dibeli online melalui cocodamia.com

-lebih mudah
-jimat masa
-web mesra pelanggan

Percayalah,
CocoDamia,
Bukan sekadar coklat biasa!

Monday, January 26, 2015

Instant shawl bertali


Wah wah..
Sekarang semuanya nak instant kan..
Dulu famous dengan tudung instant..
Sekarang wujud pula shawl instant..
Semua nak mudah dan cepatkan..

Tapi kalini lain sikit instantnya..
Siap bertali uolsss..
Nak ikat bawah dagu boleh, nak ikat kat belakang boleh, nak ikat kat tepi pun boleh..
Jangan ikat kat hidung sudah.. Hihi..


Khamis lepas parcel saya sampai by pos laju..tak sabar nak cuba.. Sekali cuba.. Wahhhhhh... Ngam pula dengan muka saya..labuh depan belakang pulak tu...alhamdulillah..


Kepada yang berminat nak cuba instant shawl bertali ni, bolehlah ke FB: Anjung Wafiyyah. Pelbagai warna ada. Naik rambang mata nak memilihnya. 

Tapi semalam nampak Anjung Wafiyyah updated status semua dah sold out. Alhamdulillah, tumpang happy dengan rezeki mereka.

P/s: Bila nak kemas luggage ni. Waktu ni masih ke hulu hilir cari barang. 

Friday, July 11, 2014

Mudahnya ada Kessler Food Processor


Saya memang dah lama nak beli food processor ni. Ntahlah kenapa. May be nampak macam senang je nak mix dan blend kan bahan2 dapur yang basah.

Bukanlah blender yang ada sekarang ni tak boleh nak guna, tapi nampak food processor ni nampak praktikal. Kalau blender biasa tu kena letak air baru berpusing. Kalau blender kering yang kecil tu pula utk bahan2 kering semata2 macam gula, kacang dan lain. 

Tapi kalau food processor ni nak buat apa pun boleh. Nak letak air ke, nak letak sos ke atau nak blend kering2 macam tu pun boleh. Saya boleh sifatkan food processor ni umpama lesung tumbuk jugak lah.


Ni saya beli kat Brunei. Hari pertama saya tanya harga jual adalah BD$35. Oraitt saya memang dah aim dan beritahu ayah damia. Bukan main lagi saya menerangkan setiap details food processor ni. Kiki.

Then hari ke 3 saya tanya dah turun sikit harga. BD$30. Ok, makin besar cita2 saya nak dapatkannya.

Hari terakhir tanpa dirancang, saya bawalah Ayyunie ke toilet. Ntah macam mana, kengkonon nak survey apa barang promosi yang ada hari last ni, saya pun lencong ke blue zone, jalan2 sampai kat booth food processor ni.

Sekali!!! Wahhhhhh.. Harga runtuh bedebuk!!! Beli satu BD$25. Beli 2 dapat BD$40 which means baru BD$20 setiap satu! Rata2 yang beli pun pakat2 dengan org lain supaya dapat beli 2 baru jimatkan.

Alahai, saya ni dah lah masa tu satu sen pun tak bawa dalam poket. Ya lah, niat nak bawa Ayyunie ke toilet je pun. Punyalah nak sangattttt food processor ni. Sekali terpacul dari mulut saya kepada seorang kakak kat depan ni "kak, akak nak beli ya? Kita share 2 nak? Tapi saya tak bawa duit. Saya pinjam duit akak dulu ya. Nanti ikut saya ke purple zon saya ganti duit. Saya ada booth kat situ"
Hah! Sampai cam tu sekali tak nak lepaskan peluang tau. Ya lah masa tu memang ramai giler org beli. Tinggal sikit je stok.

Nasib baik akak tu baik. Warga Brunei memang pemurah dan baik hati. Lepas dia bayarkan utk saya, saya pun bawa lah dia ke booth. Sambil tu kami borak2 lah. 

Sampai kat booth saya bagitau ayah damia yang saya pinjam duit akak tu dulu beli barang. Debushh! Ayah damia pandang muka saya pelik je. Hahaha..Dia cakap saya tak segan ke beli barang pinjam duit org. Haha.. Alaaa pinjam kejap je, tak sampai pun 15 minit. Kikiki.. Lepas tu cepat2 saya ambil purse saya bayar akak tu. Terima kasih kak! Kot kalau akak terbaca blog saya say hai to me ya! Hihi.. 


Hari pertama sampai Malaysia, dah terus rasmi. Process semua bahan2 basah utk dimasak masa sahur selama seminggu. Boleh ganti lesung tumbuk dah hah. Then lagi satu boleh control nak halus atau kasar macam mana. Just tekan je kat atas tu. Memang praktikal lah! Serius I likeeeeeeeee...


Ni saya buat sambal mangga. Mix sekali isi ikan goreng, cili, garam, gula, lada sulah dan mangga muda. Fuhhh terasa aslinya macam kita tumbuk guna lesung.

Antara lain bahan yang pernah saya mix adalah isi ayam dan kentang buat begedil. Perghh memang cepat amat.


Dalam satu kotak tu akan dapat 3 bekas, 3 mata pisau berlainan fungsi dan percuma satu pisau lagi.

Kalau blade yang pertama tu utk buat uli tepung. Ya saya dah tengok senang amat uli tepung buat karipap.

Blade kedua pula utk buat juice atau buih2 cappucino atau mocha. Pendek kata utk yang air2 lah.

Dan blade ketiga yang tajam tu utk bahan2 memotong atau kisar lah. Macam yang saya guna kat atas.

Pendek kata memang puas hati!

P/s: Saya OT kat kilang seawal 7:30 pagi lagi. Ayah Damia OT kat pusat bahasa pelangi sebab ada kelas ganti. Salam jumaat semua! Tak sabar nak memasak petang ni!




Wednesday, February 26, 2014

Flower ring handsock || Aurat belakang telapak tangan wanita


Adakah bahagian belakang telapak tangan merupakan aurat wanita?
Sedangkan kita tahu aurat wanita adalah seluruh badannya, kecuali muka dan kedua belah telapak tangan.

Asma' Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah SAW " Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah haidh, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali PERGELANGAN TANGAN dan wajah sahaja". 
(Riwayat Muslim dan Bukhari)

Maksudnya belakang telapak tangan masih boleh terbuka lah kan!

Cantikkan Flower Ring handsock ni! 
Selesa, tidak ketat dan sekuntum bunga kecil dijari manis menampakkan lagi serinya.
Hajat dihati nak tambah koleksi lagi! Aaaamiiinn..

p/s: Saya yang masih belum sempurna, tapi cuba sedikit-dikit berubah untuk sempuna pada mata Yang Maha Esa..

p/s: Tuannya malu nak selfie, tangan pun boleh lah selfie ya!


Tuesday, February 11, 2014

Shopping di ZALORA tanpa keluar sesen pun!


Penjual jerit "arggggghhhhhhhhhh"
Saya je yang tak jerit "argggghhhhhhhhhh"..hik hik..

Alhamdulillah rezeki saya shopping di ZALORA MALAYSIA tanpa keluar sesen pun...Eh keluar RM5 jer utk shipping. Tu pun masih ada lagi balance dalam akaun Zalora yang tak digunakan. 

Apa-apa pun, shopping di ZALORA memang pantas, puas hati dan boleh return kembali dalam masa 30 hari. 

Terima kasih Ya Allah..
Terima Kasih ZALORA MALAYSIA..

Nak visualise benda lain yang tak disangka-sangka lagi. Izinkan Ya Allah..

p/s: Suami saya dah banyak kali shopping di Zalora since Zalora mula-mula diperkenalkan di Malaysia.

p/s: Hasil iklan sponsored by Zalora. 

p/s: Uolssss, cepat2 gi web Zalora shopping sebagai rewards utk diri sendiri atau hadiah orang lain. 


Thursday, February 6, 2014

Tips memilih Cardigan || Cardigan Chic dan labuh

Kenapa saya pakai Cardigan?

Secara umumnya kerana:

- dress tak ada lengan 
- t-shirt atau blouse lengan pendek
- t-shirt atau blouse singkat paras punggung
- nak cover t-shirt/ blouse yang dah lusuh
- nak cover perut buncit
- memang utk stylista!

Eh! Malam-malam kalau nak keluar waktu sejuk, sarung juga cardigan ala-ala ganti sweater gitu!

Yang penting cardigan tu mesti LABUH..

  
Cardigan adalah pilihan yang cukup bijakuntuk sesiapa sahaja yang mahukan sepasang top yang versatile dan boleh dipakai pada bila-bila masa sepanjang tahun. Cardigan juga popular kerana begitu mudah boleh dipadankan dengan simple t-shirts atau blouse. Ianya juga boleh dibutangkan menutupi tubuh anda jika berada dalam keadaan sejuk. Ianya hadir dalam pelbagai jenis potongan sesuai dengan tubuh badan sipemakai. Terdapat juga stail dan ukuran berbeza mengikut citarasa masing-masing.

Kebanyakan wanita merasakan perlu untuk mempunyai setidak-tidaknya sehelai di dalam koleksi mereka. Namun adalah penting untuk memilih cardigan yang sesuai dengan bentuk tubuh anda. Terutama saya yang bertubuh tinggi ni. Dan makin hari makin berisi juga. Tak sesuai pakai cardigan jenis lycra kerana melekap pada badan, lebih sesuai pakai cardigan jenis chiffon atau kain cotton.



Perkara pertama yang anda harust itiberatkan ketika membeli cardigan ialah tentang bentuk tubuh anda. Kebanyakan wanita tahu jenis tubuh mereka dengan mengukurnya dan membezakan dengan anggaran size cardigan tersebut .Ini sangat mudah!

Penggunaan pita pengukur adalah lebih tepat kerana ianya membenarkan anda tahu perbandingan yang sebenar. Namun harus diingatkan bahawa anda digalakkan untuk membuat ukuran tersebut di hadapan cermin ketika mengukur pinggang, badan, dada serta bahu. Adalah penting untuk tahu bahawa berat tidak mempunyai kaitan dengan bentuk tubuh seseorang. Ini kerana seorang wanita yang overweight kadang-kala mempunyai bentuk tubuh seperti ‘hourglass’ dan yang sangat kurus berkemungkinan mempunyai bentuk seperti buah pear atau epal, bergantung pada susuk tubuh masing-masing. Ini bermakna tak kira anda gemuk atau kurus, anda tetap boleh pakai cardigan. Jangan berasa rendah diri kerana mungkin dengan pemakaian cardigan tersebut boleh menampakkan anda kelihatan lebih kurus. 


Pemilihan sesuatu warna kadang-kala juga memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang dari segi susuk tubuh. Kardigan berwarnahitam kebiasaannya membuatkan seseorang kelihatan kurus namun tidak nampak sesuai atau flattering untuk individu yang tidak mempunyai pinggang. Warna cerah mencuri perhatian manakala corak belang dan pattern boleh membuatkan penampilan seseorang lebih bergaya. Apabila dipadankan dengan bentuk atau potongan cardigan yang sesuai, warna dapat memberikan impak terhadap penampilan seseorang. Namun adalah digalakkan untuk mendapatkan basic cardigan yang sesuai dipakai dengan apa sahaja tops dan pakaian. Sebab itu kebanyakan koleksi cardigan saya warna hitam, hitam dan hitam. Adalah sehelai warna putih dan pink. Sehelai juga bercorak leopard dibeli masa di Bandung 2 tahun lepas. Kononnya nak nampak lebih slim!


Cantikkan Gaya Muslimah dipadankan dengan Cardigan. Kalau dikenakan dengan dress nampak elegan. Kalau dikenakan dengan seluar atau skirt nampak separa formal kan. Sumber gambar: Google..:)


ZALORA turut dikenali sebagai destinasi fashion online utama, menawarkan pelbagai jenis cardigan online untuk wanita dengan pelbagai bentuk potongan serta corak dan warna. Dapatkan cardigan daripada jenama-jenama terkenal antarabangsa serta tempatan di sana dan nikmati pelbagai tawaran menarik setiap hari dengan harga yang berpatutan!

Layari laman web zalora.com.my atau ZALORA Facebook untuk informasi terkini tentang berita fesyen terbaru.
Di ZALORA, macam-macam adaaaaaaaaaa..




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, April 8, 2013

Beg Kacang || Bean Bag


Sejak dari Zaman Akademi Fantasia lagi kot berangan nak beli beg kacang atau bean bag ni..
Serius, saya kenal apa itu erti Bean Bag masa menonton rancangan Akademi Fantasia lah..
Bukan AF1, sebab masa tu saya masih ambil Master dan duduk pun kat Banglo 2 tingkat Kolej Tun Fatimah. Mana nak ada Astro lagi masa tu kat Kolej2.. Dan bukan AF2 juga sebab masa tu saya ingat lagi dok layan AF2 kat kedai mamak area Taman U ni.. Masa tu full house youuu layan AF...kalah org tgk bola.. Dan saya mula kenal Bean Bag ni masa AF3 lah...masa tu ingat lagi saya dan ayah damia duduk kat rumah sewa kat Pulai Utama. Ruang tamunya amat lah luas, nak tahu luas atau tak, 4 buah kereta pun boleh masuk sekaligus parking kat luar tu. Masa AF3 tu rumah sewa dah ada Astro, so hari2 lah dok layan Diari AF3 dan tiap2 minggu dok layan Konsert AF3 tu. Dan dari situlah dalam Diary AF hari2 dok tgk pelajar2 AF ni santai2 guna Bean Bag. Masa tu ada yang bentuk bola, ada yang bentuk segitiga dan ada juga yang bentuk sofa. 

Fuhhhh, jauhnya mengenang kembali saat2 mengenali apa itu Bean Bag....muahahaha..sorry guys...terjiwang pula teringat kenangan2 lama bersama ayah damia. Bayangkan dari sehari ke sehari dan ke sehari lagi nak beli Bean Bag, finally sabtu lepas, Bean Bag yang dibeli oleh ayah damia pun sampai. Dekat 10 tahun baru beli...muahaha...apa kes?? Ntahlah, masa tanya ayah damia cam mana pulak boleh terbeli bean bag tu?? Dia jawab sebab saja2 test nak guna pay pal yang ayah damia registered beberapa tahun dahulu, boleh guna lagi ke tak?? Sekali succesful. Means akaun pay pal ayah damia masih aktif. Haha, boleh alasan cenggitu??

Apa2 pun dulu2 pernah survey jugak berapa harga beans bag ni..hurmmm, boleh tahan jugak, antara 250-450 weiii harganya...tapi sekarang ni dah murah sikit...sikit jer tau...bukan banyak pun..Bean Bag yang ayah damia beli ni RM280 termasuk postage. Postage guna KTM youuuu...haha...dasyat hokeyyy.. jenuhlah abang driver KTM tu mengangkut bean bag ni ya. Tapi guna KTM pun 2 hari terus dah sampai.. Memang services tip top dan mantop...:)


Ni lah kotak Bean Bag tu..
Kotak rendah sikit dari Ayyunie..
Tapi keluasan kotak boleh sumbat 4 org Ayyunie dalam tu...:))

Ni lah jenis Bean Bag yang ayah damia beli..
Namanya Bean Bag Game..
Actually, ada macam2 jenis Bean Bag lagi..
Dah ayah damia suka pattern ni, I follow jer...



Oh ni bukan rumah saya, ni saya ambil gambar dari blog tuan empunya yang jual Bean Bag tu ya..
Agak2 ayah damia pilih bean bag warna apa ya???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jeng jeng...


Warna maroon adalah pilihan ayah damia..
Gambar ni disnap pagi tadi dalam jam 9 pagi...
Gambar cam biasa, snap ngan phone jer..
Kalau snap ngan DSLR confirm you all pun nak beli juga...eh joking!!!
Memang tempat lepak dan port Ayyunie jer kat sini...
Saya dan ayah damia pun tak puas lagi duduk atas bean bag ni..



Malu tapi mahu..
Itulah sarapan Ayyunie setiap pagi..
SUSU!!!
Dah dapat susu senyum molek jer lah tu jawabnya..

Kalau ada sesiapa yang teringin nak beli Bean Bag yang gebu gebass ni, bolehlah layari

Ok, rumah uolss ada Bean Bag?? Kesian saya kan baru merasa ada bean bag kat rumah sendiri...hihi


Wednesday, January 23, 2013

My third Steamer || Mini travel Steamer


Jumaat lepas saya dapat lagi parcel dari Skynet..
Kalini parcel yang memang saya tunggu2..
Bukan hadiah dari mana2 contest tapi hasil dari pembelian saya melalui Mydeal..

Beli pada 5/12/2012..
Dan delivery akan bermula pada 7/1/2013..
Seksa menunggu..(hihi, ya lah tu seksa)
Lepas seminggu parcel tak sampai2...call pihak Mydeal..
Katanya tunggu sahaja sebab delivery tu makan masa nak pos sekaligus kepada semua customer..
Masuk minggu ke 2 call lagi sebab tak dapat2 lagi parcel tu..
Then request boleh tak cepatkan parcel tu sebab beli barang tu memang nak bawa ke SANA pun..
Takut nanti bila saya dah ke SANA, parcel baru sampai, huru hara jugak tu..

Then pihak Mydeal kata kena emailkan request kita tu pada pihak Mydeal..
Alih2 hari Khamis lepas saya email, jumaat tu terus dapat..
Wahhh kebetulan atau suratan ni???

Ok jom tgk salasilah Steamer yang saya ada dirumah sebelum masuk ke part Mini Travel Steamer yg saya beli tu..:))


My first steamer..beli sejurus lepas bibik balik Indonesia..
Akibat tak sampai hati tgk longgokan baju yang berbakul2 tunggu turn utk digosok, maka belilah Gourmet Steamer ni..kalau tak silap masa tu harga RM324...bersungguh2 guna steamer ni sambil tgk TV, sambil ajar anak baca buku dan lain2..lama2 pastu steamer ni tersumbat pulak, tak keluar steamnya..dari sehari ke sehari nak repair, last2 dah setahun kot duduk diam2 dalam stor tu...


Dalam pada masa yang sama saya guna Gourmet Steamer tu, saya beli pula Multi Steamer macam dalam kotak kat atas tu..ni my second steamer...saya ingat lagi beli kat Tesco Kota Bharu sebab tertarik dengan promoter tu gosok baju yang cepat tetapi kemas....kebetulan saiznya kecil...so senang saya nak bawa gi travel mana2 dan yang paling penting no need iron board. Just hang kat mana2 paku atau hanger, then terus boleh steam kan baju kita...


Ni rupa multi steamer tu..
Sangat2 ringan..
Memang sangat sesuai nak bawa gi jenjalan atau holiday..
Nak guna steam muka pun boleh..


Steam akan keluar melalui lubang2 kat depan tu..


Ni tempat masuk air tu..


Jeng jeng jeng...
Parcel dah sampai jumaat lepas


Ni kotak Mini Travel Steamer saya..my third Steamer


Macam2 fungsi ada..
Boleh tukar2 aksesori kat dalam tu mengikut fabrik dan jenis permukaan yang kita nak guna..


Pun kena masukkan air dalam ruang yang disediakan..
Cuma bezanya adalah ruang air yang kecil..
Dan yang bestnya tu, steam hanya akan keluar pabila kita press kat button steam tu jer..
Tak macam steamer2 kat atas tu, yang mana memang sentiasa keluar wap..
So kadang2 kita rimas nak bernafas..
Yang ni tak, sebab nak jimat penggunaan air dalam tu agaknya, so nak guna baru kita press button tu..
Sangat jimat, ringan dan berkesan..
Cuma kalau nak buat sight kat seluar atau kain kurung tu tak boleh lah ya..:))