Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Thursday, January 16, 2020

My 1st cinematic video by DJI Osmo Pocket


Masih newbie..
Masih belajar godek2 guna lagi..
Masih cuba untuk apply semaksimum mungkin tools yang ada..
Masih biasakan diri untuk edit sebaiknya...
Practice make perfect..

Selamat menonton..
Playground exploration by Daim Muslim


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, January 10, 2020

My new gadget || DJI Osmo Pocket



Tak lena tidur malam selagi tak beli..
Dah 2-3 bulan dok aim nak beli..
Takut2 nanti beli, jadi perhiasan pula dalam almari..
Tapi kalau tak beli, menyesal kemudian hari..
Finally 30 Disember 2019, selesaikan misi.
Kiranya hadiah tahun baru lah ni.
Mudah-mudahan ia digunakan dengan sepenuh hati..

Tq adik dalam gambar tu sudi melayan akak yang begitu details ni hampir 2 jam free training.
Sebelum2 ni gi survey kat kedai2 kamera lain semuanya penerangan kurang jelas dan kurang memuaskan.
Beli kat centre nya baru betul2 puas hati walaupun harga sedikit mahal dari kedai2 lain.
Janji diajar 1 to 1.


Apa yang dibeli tu?
Ni hah...beli DJI Osmo Pocket..
Apa tu?
Kamera siap sekali dengan gimbal stabilizer..

Sebelum ni dah beli gimbal stabilizer untuk handphone.
Tapi lama2 macam malas nak bawa ke hulu hilir..
Sebab saiz besar  dan kena pasang2 ngan handphone..
Ni senang ON je terus boleh guna.


Yang paling penting saiznya muat2 masuk poket kita.
Video yang dirakam pula HD.
Cuma kalau gambar, saya lebih suka ambil ngan Mirrorless dan DSLR saya lagi.
Untuk video memang terbaik Osmo Pocket ni..


Cuma kekurangan Osmo Pocket adalah bukan waterproof.
So kalau nak buat aktiviti diving ke, snorkelling ke atau swimming, boleh beli waterproof case.


I'm happy sebab gadget kamera bertambah lagi.
Walaupun mungkin taklah selalu guna, janji ada. Nak guna senang capai je. Hihi..
Boleh tengok video utk my first trial guna Osmo Pocket ni!

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, March 18, 2017

Gadget Baru || Review Canon EOS M10


Sedihnya saya sebab lens 50mm favourite saya ni dah rosak sampai komponen dalaman pun dah terkeluar ni. 

Haihhh.. Merajuk ke sebab lama dah tak guna. Rosak ni pun dah lama since Oktober tahun lepas lagi.


Jadi semalam saya pun beria-ia lah ke Kedai gambar di Angsana Mall untuk membeli lens yang sama yang baru. Tapi yang hairannya pabila saya masuk je kedai gambar, mulut saya ni tak terkeluar pula pasal lens ni, tapi boleh pula tanya tauke kedai tu kamera kompak tapi hasilnya setaraf DSLR atau hasil gambar ada bokeh. 

Terus tauke tu ambil Canon Eos M10 ni dan tunjuk kepada saya. Mungkin dia boleh agak saya ni Canonian sebab saya ada keluarkan DSLR Canon saya tu. Saja bawa dalam beg kot2 lens apa lagi yang sesuai dengan DSLR lama saya tu.

Tapi setelah saya meneliti dan memerhati perincian dan fungsi yang terdapat dalam Canon Eos M10 ni, tanpa tersengaja saya TERBELI pula kamera digital ni. Btw memang dah lama pun saya nak beli kamera kecil tapi hasil profesional macam DSLR ni. Since mengandung lagi sebab tak larat dah nak bawa DSLR dan lens yang besar tu time travel. Kalau semata2 nak photoshoot ok lah kan.


Ni hasil pertama dari Canon Eos M10 yang saya beli. Tauke tu yang snapkan. Btw sebenarnya masa ni tengah hands on cara2 nak guna kamera digital ni. Wahhh suka suka dengan hasilnya. Ni hasil lepas transfer dari kamera ke handphone via wi-fi.


Macam2 functions ada dalam Canon Eos M10 ni. User friendly macam kita guna handphone juga. Cuma tak leh buat call je. Hihi..Gambar pun flawless dan setaraf DSLR saya dulu. 


Ni pula hasil guna setting "Food" masa makan mee celup petang semalam. 

Sumber gambar: google

Dan antara sebab-sebab saya terus beli kamera digital Canon Eos M10 ni tanpa fikir panjang tapi masih waras lagi adalah kerana:

1. Ringan dan kecil. Tapi hasil setaraf DSLR. Ini memang saya suka sangat2. Sebab dah beberapa kali travel memang berkira2 nak bawa kamera dan lens besar ni. Sejak2 ada baby Daim ni, kalau boleh handbag pun tak nak bawa. Haha.. So memang sesuai lah dengan situasi saya sekarang yang ada baby kecil kamera yang ringan ni. Saiz pun sebesar tapak tangan kita je ni.

2. User friendly mengikut teknologi sekarang. Kalau dulu DSLR nak adjust atau setting kena pusing2 punat/button tu. Lepas tu kena mahir juga nak tukar shutter ke, AF ke dan lain2. Ni semua auto. Tapi kalau nak adjust manual pun still boleh lagi.

3. Yang bestnya Canon Eos M10 ni, ada screen dan function untuk kita selfie/swapfoto. So dah tak yah susah2 dah suruh orang lain tolong snapkan gambar kita sekeluarga. Agak2 nak pemandangan yang lebih luas, letak je kat monopod yang sesuai dan snap.

4. Hasil rakaman video pun jelas dan bagus.

5. Harga yang agak berbaloi dengan fungsi yang ada pada kamera ni. Harga kamera + lense semalam saya beli RM1900. Tambah RM150 untuk lens protector. Total RM2050. Aksesori2 lain pandai2lah bodek tauke kedai bagi free. Hihi...

6. LCD touch screen yang boleh dipusing nak ke atas. Wow.. Senang sikit touch2 macam handphone. Jimat masa banyak tu.. Hihi..

7. Dengan apps Canon Camera Connect, kita juga boleh ambil gambar dengan menggunakan handphone kita. Apps tu dalam android dan apple store pun ada. Memang menyenangkan!

8. Hasil gambar2 juga boleh ditransfer ke handphone dengan menggunakan wi-fi atau kabel USB. Dan caranya pun mudah je nak transfer. Lagi suka saya! Boleh upload gambar2 yang berkualiti tinggi dan sharp terus dari handphone. Tak yah nak transfer2 kat laptop dah. Yesss.. Jimat masa!

So far tu sahaja review saya kenapa boleh TERBELI dengan sengaja kamera Canon Eos M10 ni..

Sumber gambar: google

Ada 2 warna yang tersedia. Putih dan hitam. Tapi saya pilih warna hitam sebab warna eksklusif gitu. Lagipun warna hitam tahan lama dan susah nampak calar kan. 

Oklah. Sekian review daripada saya. Moga Canon Eos M10 ni akan menjadi teman perjalanan yang sempurna untuk saya dan family. 




Sunday, November 8, 2015

Inovasi dalam order makanan


Setiap hari, ada saja pembangunan teknologi yang direka atau dicipta oleh generasi2 sekarang. Seiring dengan Wawasan 2020 kan. 

Ni lagi salah satu teknologi baru yang saya jumpa masa makan-makan dan jalan-jalan di Kilang Bateri hujung minggu lepas. Inovasi gadget dalam order makanan.


Kat atas ada diterangkan bagaimana gadget tu berfungsi. Pendek kata lepas ni boleh order makanan tanpa ternanti2 bila lah nak siapnya makanan tu. Memang Inovasi sungguh. Dengan sistem bunyi dan vibratenya.


Kami! Yang teruja nak makan semua menu kat Kilang Bateri tu. Hihi.. Macam2 makanan baru ada.

Saturday, September 5, 2015

Hobi bersama Quadcopter hanya selama 2 hari


Cerita 2 minggu lepas.
Berkobar-kobar nak beli Quadcapter ni.
Gara-gara tertarik dengan gambar2 dan video2 aerial photography.
Hobi saya kan suka gambar..harusssslahhhhh kan...;-)
Upload tak upload lain cerita.
Janji kepuasan ambil gambar dan semestinya hasil yang terbaik.

Eh ada juga yang panggil Drone kan.
Ada juga yang panggil UAV.

Ada 3 sebab kenapa orang beli benda ni.

Tahap 1 untuk main games, just suka2.
Tahap 2 untuk hobi, sambil main sambil snap gambar.
Tahap 3 pula untuk profesional, contohnya kerja-kerja yang melibatkan pengumpulan data atau spy.

Disebabkan saya just untuk hobi, so saya beli quacapter yang basic tapi ada kamera, wifi dan paling penting boleh buat stunt flip 360'. Hihi...betapa happynya saya bila dah pandai control dan buat stunt flip dengan quadcopter ni. 

Hari pertama saya berlatih di luar rumah je.
Tapi disebabkan ruang yang terhad, asyik terbabas je quadcopter ni.
Mujur tak masuk longkang.
Gambar2 dan video pun banyak yang saya snap, tapi tak sempat nak tranfer lagi.

Hari kedua pula saya bermain di Hutan Bandar. 
Memang syokk lah kan. Tempat luas dan boleh terbang tinggi.
Setinggi atau lebih tinggi dari layang2 yang ada.

Tapi tak ada rezeki.
Bila dah terlampau tinggi, sensor coverage hilang signal pula.
Mula2 nampak lagi quadcopter tu kat atas langit.
Lama2 huaaa...hilang kemana sudah.

Puas cari, berjam2 cari.
Tapi masih tak jumpa.
Kalau yang harga ribu riban tu, siap ada GPS boleh balik sendiri.
Ni yang ratus2 je (ok lah untuk newbies macam kami), hilang ke mana pergi.


Lebih kurang macam gambar kat atas lah quadcopter saya tu.


Kebetulan lepas saya muatnaik gambar saya hilang tu, saya tekan lah hashtag drone, sekali ternampak pula ada yang senasib dengan saya hilang dia punya drone masa tu. Saya pun siap komen lagi sebab sama2 mengalami situasi yang sama kan.


Gigih kawan sorang ni cari drone dia. Siap ketuk pintu rumah orang lagi. Hihi..
Ya lah benda dah lah baru beli, harga pun boleh tahan, bersemangat dengan hobi baru pula tu...sekali hilang entah kemana. Kalau rosak depan mata ke, patah depan mata ke itu lain citer kan. Ni hilang!

Frustnya dihati..
Pabila hilang jauh pergi..
10 kali tawaf sudah kucari..
Namun engkau tetap menyembunyi..

Ku anggap sudah tidak ada rezeki..
Namun masih merajuk dihati..
Kerana cita2 nak ambil gambar aerial photography..
Tak sempat transfer, engkau pula pergi..
Insyallah ada rezeki, beli lagi..

Sekadar luahan hati, untuk blog yang disayangi..

p/s: Alhamdulillah...dah ada gadget baru buat penganti since last week..Terima kasih Allah..


Thursday, August 27, 2015

LENOVO A369i For Sale!

MAAF!
DAH SOLD OUT!
TERIMA KASIH BUYER!
TERIMA KASIH ALLAH!


Last week saya dapat notification dari Digi Telco dalam IG saya yang saya menang contest mereka.
Alhamdulillah...
2 hari lepas hadiahnya pun dah sampai.


Ni lah hadiahnya.
Dapat sebuah handphone Lenovo A369i warna hitam.

Memandangkan ahli dalam rumah saya pun dah ada handphone masing, keperluan pejabat pun dah cukup dengan handphone yang ada, maka saya nak let go handphone ni. Mana-mana yang nak beli handphone ni untuk kegunaan anak masing2 atau minimize penggunaannya (untuk dijadikan 2nd handphone), amatlah dialu-alukan untuk membeli.

Berikut adalah specifikasinya:

- 4" WVGA 800* 480 Display
- 1.3 GHz Dual Core Processor
- Android Jelly Bean
 - 512 MB RAM + 4GB ROM


Yang bestnya, percuma internet selama 1 TAHUN bernilai RM180.
Memang berbaloi sangat!

Harga yang saya nak jual memang murah dari pasaran. Below than RM350 handphone termasuk internet percuma tu.  Sesiapa yang berminat boleh whatapps (only) saya di talian 012-7560895.

Terima kasih.


Sunday, July 26, 2015

Apps "whoscall" untuk trace nombor yang tidak dikenali


Wahhh... Saya baru tahu ni ada apps ni dalam mobile apps. Selalunya kalau ada no yang tak dikenali tertera dalam phone saya, saya akan trace melalui website "who calls from this number xxxxxxxxx"..

Ni dah ada apps ni lagi mudah! Sepantas kilat dah dapat jawapannya. Tapi ada juga no tel yang "no information". Contohnya pejabat-pejabat kerajaan dan kementerian. Hurmm may be apps ni trace no yang agressive dan aktif menelefon org kot..:-). Contohnya bank, ejen insurans atau agensi pengutip hutang.


Senang je nak trace no yang tak dikenali tu. Hanya masukkan no tel dalam "search".



Untuk quick search pun boleh. Just copy je no tu, masukkan dalam search dan panggilan dari siapa terus kita tahu.



Bukan setakat siapa je kita tahu, details organisasi pun boleh trace juga. Siap alamat dan webpages lagi tau!



Yang bestnya tu saya saja try masukkan no phone saya semalam. Katanya "no information".

Lepas tu masukkan no tel business saya, terus dia link kan dengan websites dan pages business saya.

Yang paling-paling best, masuk je no phone ayah damia, wahhh terbeliak mata saya tgk tittle "jutawan" tu... Aaminn aaaminn.. Siapalah yang letak tittle tu ya. Bahaya ni.. Kih kih..

Apa-apa pun dengan dunia dihujung jari sekarang, kadang2 maklumat diri memang boleh bolos dan bocor. Kita ingat org tak kenal kita, rupa2nya orang kenal dan sedang memerhati kita. 

Semoga kita semua dibawah lindungan rahmat Allah dan dijauhkan dari sebarang  bencana dan mala petaka. Nauzubillahiminzalik..




Tuesday, April 1, 2014

Bermonopod di bangunan Merah, Melaka


Check out dari Bayou Lagoon Resort, terus ke bazaar Melaka yang depan Kapal Perang besar tu. Ni buat cenderahati untuk Aleesya. Yang cenderahati kami tempah utk students buat kat atas. Beza harga Jauh jimat tempah yang kat atas tu. Beza 50% tau.


Sementara tunggu cenderahati kami yang banyak tu siap, naik beca pusing2 Melaka.


Both Damias lah happy naik beca ni walaupun ini bukan pertama kali mereka naik beca.


Selfie 1

Selfie 2


Lepas tu pit stop kat Bangunan merah. 
Family selfie di tepi jalan.
Sudahnya ramai yang bawa kereta perlahankan kereta mereka siap buka cermin kereta tunjuk ibu jari "best".. Dah macam retis kami kat situ..


Couple selfie


Family selfie 2


Family selfie 3


Family selfie 4


Family selfie 5


Family selfie 6


Sempat lagi updated status promote siapa yang jual Monopod tu silalah jual kat sini!


Otw balik JB, couple selfie lagi.. Hiks


Bukan main lagi kan kami berdua.. Hihi..
Kasi chance lah saya utilised monopod, shutter dan lens tu semaksimum mungkin..

Yanv benar,
 Saya yang tak suka selfie sorang2!

P/s: Nak amik Ayyunie balik sekolah lah pulak. See, kerana dia sekolah harini, tak dapat kami sefamily nak ke Road To MAHA di Batu Pahat. Jumpa team CocoDamia di sana ya! 











Friday, March 28, 2014

Holiday bersama Monopod || Dan harini sambung holiday lagi..


Unplanned holiday!
Short vacation!
Tapi penuh bermakna!
Rabu tengahari lepas settle semua kerja di kilang dan di office, check in di Melaka! 

Malamnya pula ke Night Safari Zoo.


Balik Night Safari, berjakuzi pula dalam bilik.


Esoknya lepas breakfast main air sampai sunburn.


Pergi bandar Melaka tempah cenderahati. Sambil tunggu tempahan yang banyak siap, naik beca pusing2 melaka.


Berselfie sakan dengan monopod di area Bangunan Merah.


On the way balik JB dalam kereta pun berselfie lagi..

Sampai JB jam 8 malam, keluar baju kotor, masuk baju bersih pula.


Dan pagi-pagi ni kita sambung Holiday lagi di Mutiara Motor resort! Holiday lah sangat, walhal ada kem jati diri dari Pusat Bahasa Pelangi 2014. 

Apa2 pun terima kasih Monopod yang telah menjalankan tugas dengan baik! I love it!

P/s: Damn! Pagi ni saya ingat bawak batang monopod dah, rupa2nya saya bawa batang yang tempat pump angin bola tu. Haiyaaa pabila nak cepat!






Tuesday, March 25, 2014

My first Monopod, Universal Clip Lens & camera shutter!

Pergi HP,
Cuba sendiri,
Test sampai puas hati,
Terus beli!

Beberapa minggu lepas cakap kat ayah damia yang saya nak beli monopod, sekali ayah damia cakap jual dulu kamera-kamera dan aksesori dalam dry box baru boleh beli. Ya lah dia cakap beli beli pastu tak guna, tak ke membazir. Huhu.

Pastu semalam lepas sahaja selesai beberapa urusan di JB, saya utarakan manalah nak cari monopod on the spot ni. Nak beli online lambat. Haha..

Dan dan ayah damia terus cakap gi HP lah, kat situ kan banyak gadget dan aksesori handphone. Ok terus gi.

Masih tak banyak lagi kedai yang jual monopod ni. Ada yang cakap next week baru order sampai, ada yang cakap sold out, ada yang cakap kena order dulu. Dan mungkin rezeki kami, ada satu kedai ni masih ada stok monopod. Katanya "manyakkk laku ini barang".. Mana tak laku? Tengah trend kan sekarang.. Hihi..

Bagi saya yang berminat mengambil gambar ni, saya rasa trend ni tak harus saya abaikan. Bukan monopod jer saya grab, malah Universal Clip Lens dan shutter pun saya grab sama. Malah harga lagi murah dari Groupon, Lazada, MyDeal atau org perseorangan yang jual dalam online. Kalau beli satu2 items mahal sikit lah, amik set terus lagi murah!


Taraaa! Dan inilah hasil guna monopod, wide lens dan shutter. Boleh tahan juga hasilnya kan. Nampak penuh dalam gambar! Eh adik handsome yang entertainted kami tu pun enterframe. Alololo, comeyy Ayyunie tersorok kat belakang tu!


Ni ayah damia yang try amik gambar  pegang monopod tu! Best best! Saya suka.


Monopod. Boleh tarik panjang lagi ni.


Camera shutter. Nak warna pink, tapi sold out. Tinggal biru dan hijau je.


Ni fish eye lens, wide lens dan macro lens. Dah lama nampak kat online, baru sibuk nak beli hah. 

Apa-apa pun terima kasih Ya Allah. Semoga hobi saya ni dapat mengoptimumkan items yang saya beli tu! Tak nak membazir dah!

Jom bermonopod!