Showing posts with label dating. Show all posts
Showing posts with label dating. Show all posts

Tuesday, March 1, 2022

Tengok JDT lawan bola di Stadium Sultan Ibrahim


Ya ya je sabtu malam lepas suami ajak dating. 
Siap merempit lagi..


Apoooo..
Diam2 dia beli tiket bola tak bagitau kita..
Know know dah sampai stadium..

Dia kata kalau bagitau awal memang takkan ikut punya lah..
So baik buat suprise macam ni.. Hahaha..

Apa2 pun tahniah JDT 3-0 KL City untuk Piala Sumbangsih 2022.


Boleh tonton video di atas untuk tengok betapa cantiknya stadium Sultan Ibrahim ni..

Thank You for watching..








::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, March 4, 2021

Stesen kuih, Bandar Baru Uda



Sejak2 Daim dah bersekolah semula ni, pagi2 cari sarapan, suka mencuba tempat baru sebelum masuk office. Ya lah mencari mood positif sebelum memulakan kerja kan. Lagi pun masa ni lah nak dating ke, nak bersidang ke atau nak bermanja berdua sebelum hectic anak2 balik sekolah. 

Pagi semalam saya  bersarapan di Stesen Kuih yang terletak di Bandar Baru Uda.
Tahu tempat ni pun sebab ternampak ada orang share dalam FB.
Nampak kuih muih sangat meriah dan banyak.
Sesuai lah dengan tekak kemelayuan kami ni.


Mula2 masuk kedai, akan nampak aneka kuih, puding, agar2 dan bubur dalam chiller.
Agar2 tu betul2 menyelerakan pagi2.
Terus saya order agar2 pandan.


Memang rambang mata..
Macam2 kuih ada..


Harga banyak yang sebiji 80 sen. 
Beli 4 biji RM3.
Dan ada juga kuih muih yang berharga RM1 ke atas..


Karipap macam2 inti..
Roti goreng pun macam2 inti ada..
Sardin, telur, sosej dll..
Pilih je nak yang mana..


Macam3 menu sarapan yang berbungkus pun ada..
Nasi kerabu, nasi lemak, pulut kuning dan rendang, soto, mee kari..
Haiiiihh..macam2 lah ada..


Nak dine in pun boleh..
Tapi tempatnya tak lah besar sangat..
Ni saya dan ayah damia makan nasi lemak telur.
Sebungkus RM2.50..


Kuih yang saya teringin nak makan..
Kuih Jeniffer Lopez...
Kih kih..
Sedap..

p/s: Sebenarnya ada lagi kuih yang tak disusun masa kami sampai ni.. Supplier baru hantar kuih..So banyak lagi lah pilihan yang ada selain dari dalam gambar..Pasni korang dah tahu lah mana nak cari port kuih banyak2 kan...





::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, October 8, 2020

Jalan Jalan Cari Makan Johor || Restoran Puyuk Besar, Setia Tropika JB


Breakfast Pantai Timur..
Lunch Pantai Timur..
Dinner Pantai Timur..
Bungkus untuk anak2 pun Pantai Timur..


Banyak sangat pilihan sampaikan rambang mata nak pilih makan apa..


Antara menu famous kat sini adalah Nasi Ala Kak wok..
Tapi Lauk dia macam2 boleh pilih..


Kat sini tak kedekut lauk..
Melimpah ruah lauk..
Nasi dah habis, tapi lauk masih ada lagi utk diratah..


Kuih muih pun macam2 ada..
Kalau lah perut ni besar, rasa nak makan serba sikit semua..


Restoran Puyuk Besar ni terletak di Setia Tropika JB..
Harga makanan pun reasonable..


So, kalau sesiapa yang kepingin nak makan makanan Pantai Timur pagi2 ke, tengahari ke, bolehlah datang ke sini..
Kalau pagi tenang2 sikit..
Dah masuk tengahari agak crowded sebab penuh dengan orang bekerja makan lunch..


Ni masa bawa staffs CocoDamia lunch kat sini..
Meriah Nasi Kerabu masing2..



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, September 30, 2020

Jalan Jalan Cari Makan Johor II Nasi Kandar Royale Daun Pisang


Cuba Nasi Kandar di tempat baru. 
Baru buka 1 bulan je kedainya. 
Owner Melayu.

Buka2 Waze nak follow.. Laaa.. 
Tak sampai 10 minit je dari rumah.


Rasa boleh tahan sedap. Kuahnya kaw kaw. 
Sayur gorengnya berasa. 
Tapi Ayam goreng tu ada lagi yang lebih sedap kat tempat lain. 
Dan kari telur ikan dia memang superb. 

Cuma expectation mula2 ingat makan dalam daun pisang macam kat kedai India tu. 
Rupa2nya guna pinggan bentuk daun pisang dan alas daun pisang. 
Pun boleh lah kan...


Ni pilihan saya..
Ayam goreng
Kari telur ikan
Telur masin
Bendi celur
Tauge goreng
Total RM16


Ni pilihan ayah damia.
Ayam goreng
Kari sotong
Kubis goreng
Total RM18

Lokasi:
Nasi Kandar Royale Daun Pisang, Taman Indahpura, Kulai

Ok boleh repeat makan sini lagi..



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, August 10, 2020

Jalan-jalan cari makan JOHOR || Sarapan di WR Kopitiam Gelang Patah


Jumpa pun Kopitiam Melayu walaupun berada dalam ceruk kampung dan rumah orang.

Apa susah, Waze kan ada..
Masukkan aje nama kopitiam, insyAllah sampailah nanti..

Hidangan atas meja tu untuk 2 orang makan ya.
Diiringi dengan kicauan2 burung serta alunan muzik2 klasik..
Tenang je sarapan disini..


Kat sini hanya untuk sarapan dan brunch sahaja.
Tutup setiap hari selasa.
Buka dari jam 8 pagi hingga tengahari.
Harga pun berbalo2..

Boleh tengok video nak tahu harga menu2 yang kami makan..


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, December 30, 2018

Bumblebee in 4DX




Malam tadi..
First time tgk movie in 4DX..
Tengok movie Bumblebee..
First experinced..
Not bad..
Time ada aksi bom, angin kena muka kita..
Seat gerak2 dengan kencang..
Time aksi berperang..
Boleh nak jatuh kita dari seat..
Air, bau, kabus..
Semuanya ada action kat kita.. Sampaikan nak beli popcorn & drinks pun takut..
Takut tumpah..
Tapi setelah 2 jam dalam tu..
Terasa badan sakit2 urat..
Pastu asyik nak mengelongsor ke bawah je..
Kadang2 action tak berapa synchronize dengan moving seat tu..
.
Tapi ok lah nak try..
Kalau tengok movie Aquaman maybe lagi banyak kita boleh feel the actions kot..
Hajat nak tgk aquaman sebenarnya..
Ntah cam mana terbeli tiket Bumblebee pula..
Tiket RM38 perseat.
Kami tgk kat Paradigmall JB.

Saturday, November 28, 2015

Nasi Kak Wook

Assalamualaikum..
5 hari blog tidak bersiaran memandangkan tuan rumah pun sibuk semasa balik kampung dan cuti-cuti 4-5 hari lepas. Haishhh...kalau dah balik kampung, tak fikir dah nak update blog sebab ralit dan leka sangat dengan family di kampung.

Ni nak cerita, kalau dah balik kampung, semestinya acara sampingan adalah Jalan-jalan cari makan. Rugi uolllss balik Kelantan kalau tak try tempat2 makan yang diviral atau menjadi sebutan ramai. Kami juga tidak ketinggalan. Kalini kami pilih Nasi Kak Wook. Ingat nak makan di Nasi Kak Wook di tempat mula-mula ia dibuka iaitu di Lundang, tapi ntah cam mana tersesat pula. Last2 buka WAZE, taip Nasi Kak Wook, pilih yang paling dekat sekali, maka sampailah kami disini.

Untuk pengetahuan semua, Nasi Kak Wook ni memang famous ler. Kalau di Kelantan sahaja dah ada berpuluh-puluh cawangan. Belum lagi masuk yang berada di sekitar Shah Alam dan KL. Pendek kata memang Nasi Kak Wook ni sempoi le.

Sampai juga ke sini

Terima kasih lah WAZE kerana membantu memudahkan carian kami. Hihi..

Sempoi je lauk tapi menarik perhatian

Apa yang specialnya Nasi Kak Wook ni?
Tak ada apa pun yang special.
Makanannya sama je di semua cawangan.
Dan lauk pun sempoi je.
Tapi mungkin disebabkan:
- Kemanisan Kerompes (kaki, pedal, hati, leher) gulai ayam bersama terung dan kacang panjang.
- Kemasinan ayam goreng yang dipotong kecil-kecil dan
-Kemasamam sambal lada yang pedas-pedas manja itu.
Menyebabkan neutral dan kesempurnaan di lidah pelanggan-pelanggannya.

Lengkap rasanya

Harga pun murah je.
1 set hanya RM4 sahaja.
Ayah damia tambah ikan tongkol satu pun hanya RM5 sahaja.
Memang berbaloi lah kata orang.

Masa saya dan ayah damia pergi makan tu (anak-anak tak ikut main ngan sepupu mereka), penuh meja dengan orang keluar rehat waktu kerja. Pendek kata Nasi Kak Wook ni bukan sahaja sesuai untuk sarapan pagi, malah untuk makan tengahari pun boleh.

Insyallah, next time kita cuba makan Nasi Kak Wook di Cawangan lain pula.



Wednesday, October 21, 2015

Dating dan ada pula yang mengacau..


Adoi!

Tengah dating2 dengan ayah damia kat Subway Aeon Taman Universiti bincang2 projek akan datang, tetiba ada pula anak2 murid yang datang menyapa dan ajak selfie. Hihi..

Layannzzzz....

Wednesday, April 8, 2015

3 kali tengok Fast and Furious 7


Kalau dah minat tu, berkali-kali tengok pun tak pe ya.

First time tengok di TGV KLCC. Wahhhh, first day tayangan sanggup beratur panjang tu. Boleh dikatakan hampir semua panggung menayang filem Furious 7 ni je. Memang penuh sepenuhnya.


Hari keesokannya, tengok lagi Furious 7. Kali ni 3D pula. Siap ajak geng lagi. Ni yang buat saya jeles ni.


Semalam barulah ayah damia bawa saya tengok Furious 7 di U Mall. Lepas hantar anak-anak pergi sekolah, hantar stok CocoDamia ke Gdex dan terus tengok wayang. 

Kali ke 3 untuk Ayah Damia, kali pertama untuk saya.

Best sangat filem ni. Saya bagi 5 bintang.
Aksi best, lawak pun ada, berdebar-debar, kasih sayang ada, family 1st, dan yang last-last pun sedih sangat! RIP Paul Walker.

Kalau diberi peluang, saya pun nak tengok lagi!

Sunday, April 5, 2015

Taste of Morocco


Selepas 5 hari tak jumpa, ajak ayah damia lunch date sambil-sambil post mortem event MIHAS 2015 yang berakhir semalam.

Ingat nak makan di Big Food jalan Kolam Air tu, tapi jam 3 lah pulak baru buka. So kami pilih makan di La Casa Blanca, taste of Morocco yang sebaris dengan Big Food tadi.


Deco dalaman restoran ni simple je. Ada lah sikit-sikit tema Morocco tu. Ala-ala style arab gitu.


Menu pilihan saya, nasi Maghribi.


Menu pilihan ayah damia, set kebab.

Air kami berdua order 100 plus.

Makanan biasa2 je rasanya. Lebih kurang makanan kedai arab juga. Harga agak sedikit mahal berbanding kedai2 Parsia atau Arab yang saya pernah makan sebelum ini. Tapi sekali sekala mencuba tak salahkan.

Ok lah, saya excited nak buat homemade keropok lekor ni.

Bye!


Thursday, March 12, 2015

Dari Johor terus ke Kelantan dan kini di Bombay Biryani pula



Naik business class, haruslah cepat sampai ke sesuatu destinasi kan.

Eh eh ni nak cerita pasal tempat makanlah, bukan tempat pelancongan. Hihi..

Harini jauh lunch date dengan pakwe halal saya, sampai ke Bombay tau. Ya lah semalam kena tinggal seharian sebab ayah damia ke KL. 


Ni Sarapan pagi tadi. Masak dengan penuh kasih sayang gitu. Sampai berpeluh-peluh saya didapur. Ya lah sorang nak makan bubur nasi Johor. Sorang nak makan nasi air Kelantan. Tu yang dari Johor sampai ke Kelantan tu. 

Lunchnya ibu dan ayah sampai ke Bombay pula ya. Kikiki..


Ok lah jom kita tengok apa yang specialnya di Bombay Beriani ni. 


Kawasan dalamnya memang selesa. Sejuk dan cantik mata memandang. Kemas tersusun rapi perabotnya. 
Di dinding dihiasi pula dengan ayat2 suci Al-Quran.

Oh ya, walaupun Bombay Beriani ni terletak dalam shopping complex Sutera Mall, tapi tak crowded langsung. Mungkin kami pergi lepas waktu lunch.


Ayah damia order kebab kambing dan roti pita. Ayah damia bagi 4 bintang dari 5.


Saya pula order nasi beriani kebab ayam. Ermmmm.. Memang marvelous. Saya bagi 4.5 bintang dari 5. Nasinya lemak2 dan rasa rempahnya. Kebab pula memang rasa di lidah bahan perapannya.  Kari dal pun sedap!


Sebenarnya saya nak pergi makan boat noodle di sebelah Bombay Beriani ni. Tapi tak ada sijil halal lah pulak walaupun  pelayan tu cakap semua bahan2 nya dari supplier yang ada Halal Certification. Baru je nak tanya lagi pasal boat noodle tu, sekali ayah damia dah masuk dalam Bombay Beriani ni.

Ok lah next time lah kita cuba di Boat Noodle. 

Oh ya harga di Bombay Beriani ni pun reasonable. Untuk 2 org makan, insyallah RM50 cukup.





Wednesday, February 11, 2015

Exclusive dating at Tony Roma's JBCC


My Hero asked me to be exclusive dating today, and I said YES!

Berani ke tak jawab YES? Hihi..

Lagipun dating ni inclusive eating dan shopping sekali. 

Rugi jawab NO!


Alhamdulillah. Sekali sekala ada masa berkualiti bersama suami tanpa anak-anak banyak idea2 yang dikeluarkan untuk perancangan rumah tangga untuk masa akan datang. Semoga impian kami menjadi kenyataan.

Terima kasih Ya Allah
Terima kasih Ya Allah
Terima kasih Ya Allah.

Hamboi! Bukan saya yang sakan shopping, tapi my hero yang sakan shopping di Komtar JBCC.


Tuesday, April 22, 2014

Sheduled lunch with husband


Nak lunch pun kena set appointment suami isteri tau sekarang walaupun sama-sama kerja satu office dan meja dalam office pun sebelah-sebelah. Ya lah kejap sorang ke sini, kejap sorang ke sana.

Sambil makan, sambil bincang strategi Company. Apa yang perlu ditambah, apa yang perlu diperbaiki dan tindakan apa yang perlu dibuat. Ingat ke nak juga masuk topik bila nak tambah anak, tapi tak sempatlah nak masuk topik tu. Hihi..

Dan kalau datang makan kat Restoran Singgah Selalu ni tak sah tak makan Sup Ekor Goreng kan. Ntah kenapa menu tu memang feveret kami suami isteri.

Oraitt, mahu ke lain dulu...


Wednesday, February 8, 2012

Misi OMBAK RINDU berjaya!!!!!

 Wah wah...sana sini org updated gambar2 dan citer2 pasal holiday masing2..
Me too!! Tak nak ketinggalan jugak..
Nak jugak updated 2-3 keping gambar2 our long long holiday..
3 hari 4 malam yang sangat2 bermakna di Cameron Highlands..
Kalau org kata Cameron dah tak sejuk..
No No No...kalini masih sejuk yang teramat..
Jom layan gambar2 kami versi "OMBAK RINDU" kami...hehe


Love this photo until maxxxxx!!!
Teruja mula2 tgk gambar ni dalam kamera..
Yer lah masa posing nak cepat2 ajer..
Sebab malu org tgk kiri kanan kan...hik hik.


Ku merenungmu!!
Kau melihatku!!
Wink wink!!


Hero & Heroin hindustan versi melayu...
Hahaha....ok lah tu!!!

p/s: Okay lah nak sambung buat kerja pulak setelah 4 hari bercuti sakan...
Upload 3 keping dulu dari 600++ keping gambar yer..
Huaaa..tak tahu nak pilih mana satu gambar yang terbaik..
Sebab semua yang snap2 memang terbaik!!!


Saturday, December 3, 2011

Apa yang best, tak best dan lucu tentang OMBAK RINDU???

Meh sikit nak buat review pasal filem OMBAK RINDU ni..
Semalam tak sempat pulak nak buat review..hehe

Yang tak best!!

1. Adoiii..mula2 start citer lagi Azizah Mahzan dah seksi...pakai baju renang yang terdedah bahagian atasnya...yang lagi tak best tu, aaron siap peluk lagi masa tu..haishh..memang tak best langsung..

2. Bukan setakat tu jer..yang tak bestnya juga, awat ler mak aaron (azizah) tu terover sangat dalam filem tu...ngan gaya yang bongkak serta gedixxx terover gitu...tak pe..think positif...tu hanya lakonan sahaja..tapi tetap tak suka jugak..

3. Tak suka lagi pasal rambut Lisa yang baru balik dari Luar Negara tu...alahai..macam tak kena jer potong rambut depan cam tu..habis 1 panggung ketawakan Lisa time tu...huhu

4. Yang tak best lagi, apesal mesti ada adegan peluk2 aaron ngan pelakon2 pompuan dalam filem tu??? Mula2 peluk Azizah Mahzan, pastu of coz ler Maya Karin kan, then Lisa Surihani, tgk2 sempat lagi peluk bagai nak rak ngan Julia Ziegler...haishhh...dasyat..

5. Hahahah..nak tergelak tgk perut muncit Julia masa dia tgh kejar Lisa Surihani kat office tu...adoii..jelas dan nyata lagi nampak perut muncit tu!! Sapalah yang pilih baju tu utk Julia tu..

6. Alahai..banyak juga rupanya adegan peluk2 atas katil aaron ngan maya masa mula2 start citer tu...huhhh...bukan lah tak suka...cuma tak best kan kalau yg tgk tu budak2 yang tak kahwen lagi macam student2 tu...pastu mulalah dalam panggung saja2 buat bising time adegan2 tu...huhu..tapi saya suka!! hehe

 See!!! Bersungguh nak tgk filem ni, sampaikan dengan baju2 uniform pun tak sempat nak tukar..

Yang best!!!

1. Semestinya lah setiap kali aaron aziz keluar, dengan gaya machonya, dengan gaya gentlemannya...membuatkan peminat2nya cair...walaupun bawak watak jahat...tak nampak jahatnya tu...haha..

2. Suka watak Maya...menjiwai sungguh Maya watak Izzah tu...Izzah mengajak penonton sama2 menangis dalam filem tu..

3. Lisa pun best..dah banyak kalikan dia berlakon watak antagonis cam tu...memang sesuai dengan mukanya kot watak2 cam tu...tapi Lisa berjaya membuat org benci kat dia...

4. Ni tak tahu best ke tak...tapi nampak aaron menitiskan air mata aslinya dalam filem ni...rasanya ada 3 kali kot yang betul2 aaron nangis ...time tu jugaklah air mata ni bercucuran membasahi pipi...best best best...sebab sama2 dapat menghayati watak tu bersama aaron..

5. Banyak adegan romantik2...secara tak langsung memberi idea pada hubby aka ayah damia cam mana nak ngurat ibu semula...haha

6. Lokasi yang best, cinematogaphy yang best, dan yang paling best wowwww..OMBAK VILLA yang didiami Izzah tu sangatlah cantik!!!! Tenang jer rumah tu rasanya walaupun nampak macam kampung2 style...owhhh kalaulah saya ada rumah cam tu!!! hehe..berangan..

7. Overall memang citer ni best!!!! Confirm nak repeat lagi tgk filem ni....beli DVD pun jadilah...

My hubby yang sempat tukar baju batiknya haritu..nasib baik ler ada baju T-shirt yang berita harian bagi masa fashion show aritu, leh gak pakai time terdesak...hahaha..tak sanggup ayah damia pakai batik tgk movie katanya..


Yang Lucu!!!

1. Eekekek..lucu jer masa Lisa nak cabut cincin kat jarinya lepas Aaron cakap nak batalkan perkahwinan tu..lama betul dapat cabut cincin tu, lepas dah boleh cabut, pakai balik pulak tu..masa tu 1 panggung ketawa!!!

2. Hahaha..boleh pulak time aaron dan maya tgh peluk2 kat depan pantai tu sehari sebelum aaron kahwin ngan Lisa, tiba2 kat belakang tu ada pompuan pakai baju pink enterframe...agaknya tak sempat  nak sunting kot...hehe

3. Masa aaron nak peluk Maya atas kerusi tu, pastu maya pun cakap "Ya Allah, lindungi aku, Ya Allah, lindungi aku"..terus aaron tak der mood nak peluk2 maya..haha..masa tu nampak tension giler muka Aaron...ekekekeke...

4. Masa aaron suruh Maya picit kaki dia...pastu leh pulak cakap "atas sikit"...pastu cakap "dekat sikit"..adoiii..memang sweet lah adegan tu...ai likeeee..

Ok lah setakat tu je lah review saya utk filem OMBAK RINDU..
Ni pun rasanya macam dah terlebih review...hehe..
Nak tahu best ke tak filem ni, boleh tgk sendiri kat Panggung...
TAPI memang sure best lah...saya bagi 4.9/5 bintang boleh??? hehe

Last but not least!!!

Gambar dari googled!!

Jangan tgk pada adegan yang membuatkan adrenalin kita naik tu..
Tapi tgk pada bilik yang transparent tu..
Woww...cantik sangat ..ala-ala resort dah bilik tu..
Suasana yang nyaman dan menghijau..
Angin sepoi2 menghembus masuk dalam bilik..
Hahaha..sampaikan ayah damia cakap..
" Ni kalau tak sempat tutup langsir masa nak ehem2 ni, confirm ramai yang skodeng"..

hahahaha...

Moral of the story??
Saya beruntung sebab suami saya buka pelakon...kalau suami saya pelakon, saya tak sanggup tgk adegan2 atas katil tu dengan pelakon perempuan lain...Alhamdulillah...Khairuddin Muhammad adalah Aaron Aziz saya...

Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!