Thursday, January 23, 2014

Jurong Birds Park II Setelah 5 tahun..

Hampir terlupa pula nak updated kisah outing kami sekeluarga ke Jurong Bird Park pada Cuti Maulidur Rasul minggu lepas. Malaysia Public Holiday, Singapore kerja macam biasa. So tak sesak sangat!

Last minute punya planning ni. Bangun jer tidur, lepas solat subuh baru decided nak bawa anak-anak gi jalan ke mana. Jenuh juga fikir punya fikir, last2 saya bagi cadangan ke "Jurong Bird Park" lah senang. Ayah damia ok je. Terus kejutkan anak2 bangun. Both Damias apa lagi?? Teruja lah kan..

Tapi disebabkan last minute punya planning, kena juga tunggu jam 10 pagi sebab money changer baru buka. Nak tukar Singapore Dollar. Sempat juga kami pergi breakfast dulu kat area Taman Perling otw nak ke second link. 


Last sekali ke Jurong Bird Park ni masa Ayyunie usia 8 bulan dalam perut. 
Gigih si ibu menapak ke hulu hilir walaupun dah sarat 8 bulan.
Dah lah mengandungkan Ayyunie perut besar. Hikss..


Aleesya pula masa ni baru berusia setahun lebih. 
Hah tu Aleesya teruja tgk Birds Show atas pangkuan ayahnya.
Bila diingatkan semula, cepatnya 5 tahun berlalu kan!


Yeayyy dah sampai Jurong Bird Park.
Orang tak berapa ramai lah.
Yang ramai adalah pelancong2 luar contohnya dari Korea dan China. 
Both Damias bergambar di rumah penguin.


Mula2 sampai lagi dah naik tram.
Happynya anak-anak dapat naik tram. 
Ibu ayah lagi happy tak payah menapak..:)
Oh ya, bayaran masuk sini dewasa SD 30 termasuk naik tram.
Kanak-kanak SD 19 termasuk naik tram.
Total SD 98 bersamaan dengan RM 260.


Gambar lomantik ibu ayah..
Gambar berdua hanya dalam HP sahaja..
Al-maklum ler nak suruh anak2 snap guna DSLR takut jatuh pula kamera gajah tu..


Gambar lomantik lagi!!!
Keliling penuh replika burung2..dah nama bird park kan..hiks..


Gambar lomantik sebelum Bird Show bermula.


Dalam toilet pun nak snap.
Sebenarnya berkenan konsep open space kat area ni..
Amik gambar kot2 next time leh jadi inspirasi ke kan..


Kat area Bird Show..
Tak ramai lagi orang masa ni..


Aleesya di Amphitheatre


Persembahan burung yang mendapat perhatian pengunjung 


Tempat wajib bergambar kat sini..
Kat pintu keluar masuk utama.
Minta tolong pelancong korea snap kan..hiks.
Tapi Ayyunie moody pula mengantuk..alahai anak..
Cer bandingkan dengan gambar first2 kat atas..lebih kurang jer kan..bilangan orang jer bertambah.

So, bila lagi nak datang sini? 
Bertiga sudah disini. 
Berempat pun sudah disini..
Kita tunggu berlima pulak ya..:)

p/s: Tunggu gambar-gambar dari DSLR pula. Nanti cerita lagi details ya..:)












No comments: