Wednesday, January 15, 2014

Wadihana Steakhouse Di Johor Bahru

Salam Maulidurasul..
Masih tak terlambat lagi kan nak ucapkan..
Semalam Public Holiday.. Ambil kesempatan bawa anak-anak pergi Jurong Bird Park. 
Last sekali pergi masa 5 tahun lepas..

Balik dari Jurong Bird Park, singgah Petronas Tuas utk solat sekejap dan mulalah fikir mana nak makan..


Last2 kami pilih Restoran Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Uda Business Centre. Mula2 nak makan nasi padang kat area situ, agaknya dah lewat, tak banyak dah makanan yang tinggal.

Btw saya pernah makan kat Restoran Wadihana ni, tapi yang kat Bandar Baru Bangi lah. Yang kat JB ni baru je buka.

Spesialnya kat sini semestinya STEAK!


Sebelum order steak anda, kenali jenis daging yang anda nak makan. Saya suka rib eye steak!


Antara menu2 steak yang ada! Fuhhh terliur habis kan!


Dalam gambar pun dah menyelerakan..



Yang ni siap ada set bersama nasi atau jagung.


Dessert dia pun boleh tahan kan.. Slurppp!


Ni pilihan saya dan ayah damia. Set Combo A Vanza. Macam2 ada... Ada salmon, fish fillet, chicken chop, lamb chop, kambing, udang, lala, terung, kentang dan apa lagi erkk?? Haha.. Memang kenyang betul kami berdua makan ni.. Eh tapi ada juga Aleesya amik makan kambing. Harga RM39.90. 


Both Damias order Chicken Chop. 2 orang tu memang hantu Chicken Chop. 1 set RM23.90 tak silap. Diaorg pun makan sampai licin.

Review saya kat sini:

Makanan best.. Memang tak pernah menghampakan. Saya bagi 5 bintang boleh?

Sos BBQ dia memang sedap! Siap bertambah bagai.

Layanan ok. Cepat. Sebab tu ada charge 10% services charges.

Tempat pun nampak cossy! Sistematik.. Boleh tekan bell atas meja utk order atau bayar bill.

Ice lemon tea boleh refill!

Sekian dari saya! Nanti nak makan kat sini lagi... Weeeee








Post a Comment