Gambar-gambar dari DSLR sempena hari pertama Aleesya di SRJK(C) Thor Burn..
Aleesya sangat excited.
Malam Isnin lepas suruh tidur awal. Dia dengar kata.
Sudahnya jam 1 pagi kejutkan ayahnya tanya sekarang dah pukul berapa?
Si ayah lepas tgk jam loceng kat depan katil terus suruh Aleesya tidur dulu.. lambat lagi lah..
Jam 6 pagi sebelum kami bangun, dia kejutkan ayahnya sekali lagi..
Terus ayahnya suruh mandi dan sarapan kat rumah siap2..
Tapi sarapannya beli jer..:)
Mana tak excited?
Excited nak pakai baju baru, nak pakai kasut baru, nak bawa bekas air dan makanan baru..semuanya baru lah..ibu ayah pun excited juga.. mana tak excited..tak sangka masa berlalu dengan pantas..kejap je dah darjah 1...huhu..ibu punyalah excited nak merakamkan kenangan2 pada hari pertama Aleesya di sekolah, siap bawa DSLR letak dalam handbag besar macam gajah tau..huhu
Kami sampai awal kat sekolah. Sepatutnya start orientasi jam 8 pagi. 7:30 pagi dah sampai..
Gaya seorang ayah memimpin si dara masuk ke kelas..
Tu tak lama lagi ntah2 si dara dah nak sama tinggi ngan ayahnya..
Sambil2 tu apa lagi, si ayah memberikan kata-kata semangat buat si daranya lah..
Aleesya jangan takut tanya teacher, Aleesya tak faham kena tanya teacher, Aleesya kalau nak gi toilet cakap kat teacher dulu dan macam2 amanat lagi lah..
Biar si ayah selaku pemimpin keluarga yang menerangkan semuanya kepada si dara..:)
Sebelum masuk ke dalam kelas masing2 yang ditetapkan, kena daftar kehadiran dulu kat tempat perhimpunan.
Nampak tak si ayah sibuk dengan HP tu.. serius ayah damia ni tak berapa suka updated status/gambar kalau yang dia rasa tak penting kecuali check in foursquare..tapi haritu berturut2 gambar kat sekolah ni dia updated..hihi..ibu pula tak updated apa2 pagi tu...bagi peluang kat ayahnya rasa teruja hantar anak dia ke sekolah weeeiii..
Lepas dah daftar kehadiran kat luar, baru boleh masuk ke dalam kelas masing2. Kelas ni sementara je. Nanti lepas exam baru kedudukan kelas mengikut prestasi pelajar. Setakat haritu ada 8 kelas pelajar darjah satu. Boleh tahan ramai ya. Sementara tu dalam kelas ibu bapa pula kena berjumpa dengan para guru dihadapan utk confirmkan details, isi borang cek gigi dan isi borang insurans.
Saya pun nak bergambar juga dengan Aleesya..
Esok2 saya dah tua, Aleesya dah besar masuk U, gambar2 kenangan terindah macam ni lah boleh dijadikan kenangan. Happy kan Aleesya masuk sekolah.
Lepas tu ada waktu rehat. Saya dan ayah damia siap tunjuk kat kantin, makan ni jangan beli dan makan ya. Makan bekal yang ibu bagi je. Tapi kalau Aleesya betul2 dahaga nak beli air kotak atau air mineral, boleh beli..kena beratur kat line ni. Siap tunjuk praktikal lagi nak beratur kat mana..hihi
Hah..si kembar tak seiras.. kakak bawa bekal, dia bawa juga. Kakak tak beli pun air, dia siap beli air kotak hokeyyy.. kelakar lah Ayyunie ni.. lepas ni dah tak boleh bersama macam tadika dulu2 dah. Walaupun kamu buddyz, tapi sekarang dah bawa haluan masing2..
Comellll Aleesya dalam gambar ni..
Eh anak saya, wajib saya puji.
Terima Kasih Ya Allah..
Wah wah, bukan main kuat lagi genggaman tangannya tu..
Membuktikan "Aku akan berjaya disini"!
Alolololo...ayyunie ni asyik nak main jer tau..
Kesian kakak kena buli juga kat sini...kikiki
Ada ke patut Ayyunie ajak kakaknya main tiang2 kat sini..haha..
Kakaknya pula cakap ' tak boleh, nanti kasut kotor'..haha
Dengan ayah pun wajib ambil gambar.
Aleesya ni memang lebih rapat dengan ayahnya..
Saya pula memang rapat dengan semua anak2 saya.
Mana ada ibu yang tak rapat dengan anak2 kan..
Nak-nak Ayyunie..dia lebih manja dengan saya berbanding ayahnya..
Sebab ayahnya suka gomol Ayyunie..tu yang dia rimas tu...kikiki
Ok, masa ni para ibu bapa kena dengar taklimat di tapak perhimpunan.
Manakala para pelajar pula akan dibawa melawat ke seluruh sekolah utk kenal mana bilik guru, mana library, mana office dan lain-lain. Lepas tu tepat jam 11 pagi ada exam penentu kelas pula sampai jam 12 tengahari.
Yeayy..dah balik!!!
Happy dia dapat bersekolah kat sini.
Tanya dia ok tak jawab exam..
Dia kata ok je..biasalah budak2 ok kan aje..
Ibu ayah pula yang kecut perut.
Dari 8 kelas yang ada, kalau dapat kelas top 3 pun dah syukur Alhamdulillah..
Sebab ibu tahu orang melayu kalau sekolah cina ni memang kena struggle habis..
Dan akhirnya, selesai sudah separuh hari orientasi di sekolah Aleesya.
See, ayahnya yang begitu prihatin dengan sidara-daranya..
Ibu doakan supaya Aleesya seronok pergi sekolah dan dapat menjemput ilmu yang diajar sebaik mungkin.
Semoga Aleesya berjaya di dunia dan di akhirat nanti.
p/s: Ayyunie tak ada orientasi kerana dia kan pelajar senior kat tadika dia. Walaupun baru nak masuk 5 tahun, tapi dia dah masuk kelas 6 tahun. Semoga Ayyunie pun sama berjaya didunia dan di akhirat ya. Amin amin..
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment