Friday, January 17, 2014

Tak nak jumpa Perdana Menteri, meh jumpa team CocoDamia


Alhamdulillah, bertolak jam 5 pagi tadi, 6 pagi singgah R n R Machap solat Subuh, finally sampai jua ke Dataran Senawang ni jam 8 pagi. Wahhh banyaknya khemah2. Dah macam event mini KUD dah rasanya.


Kenapa team CocoDamia kat sini? Sebab ada event Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan disini. Esok PM akan datang rasmikan. Agak2 kalau tak nak jumpa PM, meh ler beramah mesra sambil kunyah2 Coklat IQ di booth kami. Hikss...


Pagi2 lagi aura positif dah melekat2. Ramai peniaga2 dari negeri2 lain berminat nak bergambar di booth kami. Siap tanya itu ini lagi. Gambar kat atas bergambar bersama usahawan dari Sabah. 1 bas datang. Fuhh..

Ok lah, nak makan sarapan dulu. Macam2 ada ni hah! Tak tahu nak pilih mana satu. Pulut durian fresh pun ada ni.. Slurppp..

Selingan status saya malam tadi! Alhamdulillah.. Tak sabar rasanya nak tunggu penambahbaikan dan pelebaran sayap utk produk CocoDamia.




Alhamdulillah, semua dengan IzinNYA. Syukur kepadaMU Ya Allah.





Post a Comment