Wednesday, January 29, 2014

Chinese New Year's Lunch with Staff

Tengahari semalam saya bawa staffs CocoDamia ke Wadihana Steak House Johor Bahru utk celebrated Chinese New Year's lunch. Saja letak nama Chinese New Year sebab lagi 2 hari kan dah nak Raya Cina. So kami raya dulu lah ya. Hihi.. Saja ajak staff makan bagi menghargai penat lelah mereka yang sama-sama menaikkan jenama CocoDamia.


Ini menu saya. Oxtail soup dengan giant bread. Konon nak diet lah tak makan nasi beberapa hari ni kan. Tapi hurmmm oxtail pun banyak juga lemaknya. So tak ada makna diet lah kan! Tapi memang sedap! Recommended.


Ni roti apa ntah namanya. Festagus ke apa dah.. Haha.. Ingat2 lupa sebab bukan saya yg order.


Roti tu set makan dengan ayam dan daging bakar ni. Saya tak makan, tapi staff saya kata sedap. Ayah damia pun cakap sedap!


Ni ayah damia yang order. Set black pepper chicken chop.


Hah ni set combo avanza! Haritu kan saya dah pernah makan. Memang best. So kalini saya order untuk staffs saya pula. Diorg cakap not bad. Tapi banyak sangat lah pula. Jenuh nak menghabiskan. Dah lah masing2 order add on nasi sepinggan seorang. Hiks.. Suka! Suka tengok staffs happy makan2 macam ni.


Team CocoDamia!
Semoga Allah permudahkan dan perbanyakakkan lagi rezeki kita semua ya. Yang banyak kita agih-agihkan. Yang sikit kita kongsi-kongsikan.


Saya juga order take away set Pizza utk cikgu2 tadika Ayyunie. Bukan apa, dah 3 hari berturut2 asyik amik lambat jer Ayyunie. Dia habis kelas jam 4 petang. Kadang2 terlambat sampai jam 5 petang. Nasib baik sepanjang tunggu saya amik tu cikgu2 tadika Ayyunie guide Ayyunie buat homework. So tak membazir masa lah kan. Orang berbudi kita berbahasa.
Lagipun lambat sebab habis meeting lambat dengan agensi2 terlibat.


Dan harini Aleesya dah start cuti sekolah sempena Raya Cina. Ayyunie pula masih bersekolah lagi. Esok baru cuti. Saya dan ayah damia pula mana ada cuti? Hujung minggu ni kami akan ke 2 event di Batu Pahat dan Bangi Gateway. Inilah pengorbanan orang berniaga sendiri kan. Dan harini kenalah angkut Aleesya gi bank, jumpa supplier dan ke kilang. Tapi dia happy! Hikss.. Belajar kutip pengalaman dari kecik ya nak!










No comments: