Thursday, January 23, 2014

Finally Cash Out!


Alhamdulillah.. Rezeki melalui tulis-menulis dan sharing is caring dalam blog kesayangan ni. Dah lama tak cash out. Last sekali masa Jun 2011. Masa tu dapat RM 200++. Huh.. Macam mana nak cash out kalau BE pun susah nak menjengah.  Tapi saya perasan since Jun 2013 sampai sekarang, BE adalah yang menyinggah walaupun tak selumayan blog org lain. Dan sekali menyinggah pernah dapat sampai RM80-RM100++. 

Selain berterima kasih kepada Allah dan pihak Nuffnang, saya juga nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada anda, anda, dan anda selaku pembaca blog saya yang tak seberapa ni. Ada tu yang loyal silent reader (you know who you are..:)), ada tu yang rajin memberi komen2, ada tu pula sekadar singgah baca dan pergi. Apa pun terima kasih banyak2 ya. Tanpa anda semua blog ni akan kekurangan idea utk menulis. 

Ada reader yang saya sempat reply komennya. Ada tu reader yang datang jumpa saya kat mana-mana event (yg ni saya suka sebab dapat rapatkan silaturahim dan siap bagi special diskaun kalau yg beli cocodamia) dan ada tu reader yang memang berkawan dengan saya dalam FB. Hopefully lepas ni saya dapat jumpa ramai lagi readers blog saya. Jangan tak tahu, beberapa kali juga saya berjumpa dengan silent readers lelaki yang menegur saya di event2 atau restoran2. Kikikiki..mekasih.. Ingat ke kaum ibu2 dan isteri je baca.


Dan kini akaun nuffnang saya kembali kosong-kosong-kosong!  Bila pulak lah nak cash out ya. Please be nice to me mu nuffnang account.. Kikiki.. Boleh erk gitu?

Ok lah orang kata rezeki yang banyak diagih-agihkan, rezeki yang sikit dikongsi-kongsikan. RM400 siapa nak bagi ya tak? Nanti lah dah dapat duit fikir nak buat apa dengan nilai tu. Hopefully something yang boleh bagi rewards utk saya dan anak-anak dan juga may be utk org lain?

Terima kasih sekali lagi.. Muahhhh!

Post a Comment