Memang culture shock!!!
Sebab tak pernah alami situasi macam ni.. Amik anak2 kat tadika dulu senang, kereta kita sampai depan gate tadika, cikgu yang bertugas dah standby hantar anak2 kita terus masuk kereta. Kiranya macam drive thru gitu.
Tapi pabila dah sekolah rendah ni.. Semua kena buat sendiri. Park kereta jauh sikit kalau sampai lambat. Lepas tu kena lintas jalan raya pula. Terkedek2 memimpin Ayyunie.. Kiki.. Lepas dah amik aleesya, lintas jalan raya lagi. Nak keluar kereta dari tempat parking pula stuck pula kat situ. Memang pengalaman lah kan.
Yang paling best tu tgk ragam ibu bapa yang menunggu anak masing2 keluar kelas. Termasuklah ragam saya. Muahahaha..
Tak nampak dah anak2 yang sekolah. Nampak mak2 dan ayah2 je kat sekeliling pagar. Masing2 excited dan nervous pun ada setelah separuh hari meninggalkan anak masing2 kat sekolah kan. Tak yah tipu, saya pun rasa macam tu..:)
Hah tu dia pabila nampak anak masing2 dah keluar kelas dan beratur nak ke pintu gate. Masing2 ibu bapa melambai2kan tangan. Macam lah anak2 tu nampak kan...Kiki.. Gaya masing2 macam nak rempuh gate tu je. Boleh runtuh pagar ni rasanya kalau sejam semua berhimpit2 kat pagar tu.
Hah ni ibu bapa yang tunggu jauh sikit dari pagar tu. Memang ramai lah..
Yang naik van atau bas akan keluar gate dulu. Yang mak ayah ambik kena tunggu ikut kelas. Lepas van dan bas sekolah dah pergi, barulah budak2 yang nampak ibu dan ayahnya depan mata boleh keluar gate.
Tersengih2 Aleesya keluar gate nampak saya dan adiknya. Alhamdulillah.. Happy dia kat sekolah. Saya tanya apa2 pun happy jer dia cerita itu ini. Syukur..
Aleesya habis sekolah jam 6:35 petang. Sampai rumah lebih kurang jam 7:30 petang. Hah dalam kereta sempatlah layan citer Arianna Rose. Kalau tak nak layan TV petang2 memang susah nak2 pulak waktu maghrib kan. Ni sementara sampai rumah leh ler layan.
2014, tahun saya jadi VVIP driver utk anak2 saya...:))
P/s: Sure uolss pun ada 1001 cerita kan sempena anak2 uolsss masuk sekolah tahun ni. Meh ler share!
No comments:
Post a Comment