Wednesday, January 8, 2014

Cantiknya lesen kereta yang baru!


3 bulan memandu dengan lesen mati. Haha.. Bukan tak ingat tapi tak sempat. Asal nak gi renew je, mesti ada macam2 hal yang perlu diuruskan. Dah drive sampai Pontian, Batu Pahat dan Melaka dah pun. 

Alhamdulillah, Allah lindungi saya daripada sebarang sekatan Jalan Raya dan Saman. Rezeki yang tak terduga juga tu kan. Terima kasih Ya Allah..

Kebetulan saya makan lunch kat bawah office saya 2 hari lepas. Jumpa adik yang kerja Takaful kat office sebelah saya. Dan dan tu juga bagi lesen lama suruh renew. 

Keesokannya adik sebelah minta gambar pula. Katanya sekarang memang kena guna gambar buat lesen. Nasib baik ada gambar terselit2 kat borang2 yang bertambun atas meja saya. Bagi jer yang mana ada depan mata..:). 

2 hari jer dah siap. Adik sebelah Bagi lesen baru pun kat kedai bawah juga. Sambil makan.. Haha..Oh ya saya suruh buat 5 tahun terus senang. RM210 semuanya.  Jimat masa kan. Tapi sebenarnya tup tap tup tap ia mengingatkan pada kita sekejap je masa berlalu 5 tahun kan. 

Cantikkan lesen baru tu. Nampak macam kad pintar dan lebih kelasssss gitu. No worries, tu alamat lama rumah sewa saya masa sebelum kahwin dulu. Tu lah first time dan last time saya merasa duduk rumah sewa. Sorang2 pulak tu.. Hihi.. Rumah punyalah luas. Siap boleh parking 4 buah kereta lagi.

Ok lah, nak hantar anak2 ke sekolah dulu...

P/s: Lesen kereta uolss pun macam ni juga ke?




Post a Comment