Saturday, January 25, 2014

Sketsa cucu dengan nenek di Hospital Port Dickson

Anak-anak sakit pun kita boleh menangis, inikan pula kalau mak kita sendiri yang sakit dan masuk wad. Mau tak menitis air mata kan.

Semalam lepas jer dapat sms dan call daripada abang saya di Port Dickson yang mak masuk wad akibat tekanan darah terlampau tinggi dan mungkin ada jangkitan dalam paru-paru, cepat2 saya dan keluarga ke PD on the spot. 

Bertolak dari rumah jam 11 pagi, singgah makan roti canai kejap alas perut, terus pecut ke PD. Ngam2 sampai PD jam 2 petang. 

Sebenarnya mak kena masuk wad lewat malam sebelum tu. Tidur pun pakai gas oksigen. Awal pagi baru abang saya hantar sms. Katanya mak tak nak susahkan anak2 yang duduk jauh kelam kelibut atas highway. 


Mula2 jumpa mak, menitis air mata. Ya lah mak kan kuat dan cekal sebelum ni, tapi kalau dah sampai masa dengan umurnya sebegitu, anak-anak kenalah redha yang mak tak sekuat dulu lagi.
Dr. pakar mengesahkan yang tekanan darah mak masih tak stabil lagi haritu.


Tak sempat nak beli apa2 pun tengah jalan sebab fokus nak sampai cepat je kat PD. Tapi Ayyunie sempat singgah kedai dalam hospital beli biskut dan roti utk nenek. Good girl!


Masa ni lah skesta cucu ngan nenek bermula. Boleh pula Ayyunie cakap "banyaknya ulat tangan nenek". Hikss..


Muka tak bersalah nak makan bubur nenek!


Gelihati betul dengan sketsa Ayyunie dan neneknya. Rambut gugur pun dapat pahala. Ayyunie memang kamcing ngan nenek dia. Alah Ayyunie tu dengan sapa2 pun peramah. Hiks..


Tengok kan tangan mak yang berkedut2 tu, teringat tangan tu lah dulu2 yang merotan, mencubit, menampar, memukul dan mendidik serta memberi saya makan dan sehingga menjadi tahap seperti ini. Tak leh tulis panjang2 bab ni, ni pun dah bertakung air mata.. Sob!

Jam 6:30 petang, saya dah nak balik JB. Walaupun dapat luangkan masa selama 4jam setengah dengan mak eksklusif dalam wad, tapi ia sungguh bermakna. Banyak kata2 perangsang dan nasihat2 org tua yang berulang kali di ucapkan kepada saya. 


Nak tak nak, saya kena balik JB sebab aritu both Damias dah ponteng sekolah. Sampaikan saya tak tahu pun ada borang dan ibu bapa datang sekolah kena amik RM100 tu. Haha, memang bukan rezeki lah kan. 

Singgah Restoran Jejantas relax, makan dan solat kejap. Seharian tak makan nasi, makan maggie cup je.. Lapooo..


Budak2 nak makan KFC.. Maka kenalah turut kemahuan mereka. 


Try menu baru. Chicken wrap apa ntah. Ok lah panas2 ayam bakar. 

P/s: Ayu doakan agar mak cepat-cepat sembuh dan dipanjangkan umur agar ayu dapat berbakti dengan lebih lagi kepada mak. Banyak yang kena ayu buat lagi utk mak demi mendapat keredhaanMu Ya Allah. 





Post a Comment