Tuesday, January 21, 2014

Pertandingan Mewarna anjuran Bank Rakyat

Masa di Dataran Senawang sempena HPPNK peringkat Kebangsaan tempohari, sempat lagi bawa both Damias menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh Bank Rakyat. Ni kiranya first time lah both Damias join peraduan mewarna secara formal. Sebelum ni peraduan mewarna yang biasa2 saahaja.



Kanak-kanak berkumpul ikut kategori.
Kategori A - 4-6 tahun (Ayyunie)
Kategori B - 7-9 tahun (Aleesya)
Kategori C - 10-12 tahun..


Kanak-kanak akan mendapat complimentary bag yang terdapat baju sponsor dan pensil warna didalamnya..


Ibu bapa yang menunggu dah sama ramai dengan kanak2 yang join pertandingan ni.


Alololo omeyyynya Ayyunie..
Nasib baik ok tak dapat duduk sama dengan kakaknya..


Aleesya duduk di bahagian Kategori B..
Kejap jer dia dah dapat kawan gara2 pinjam pemadam punya hal..


Setiap kanak2 wajib pakai baju sponsor ni..


Kanak-kanak sedang mendengar arahan oleh pengacara majlis.


Ok sesi 1 jam mewarna bermula..


Sementara menunggu both Damias siap mewarna, dapatlah saya melihat sendiri macam mana raptai untuk perasmian event ni oleh Perdana Menteri keesokkan hari. Hiksss, siap ada pelakon yang jadi PM, isteri PM, rehearsal lagu Negaraku dan 1 Malaysia, Ikrar dan macam2 lagi raptai pada hari tersebut....jakun kejap saya tgk..


Kemudian, setelah acara mewarna tamat dan keputusan pertandingan diumumkan, Maskot Nuri pun keluar utk berhibur dan bersalam-salaman dengan kanak2 yang ada disitu. Hah tu Aleesya yang bertocang dengan bersalaman dengan Nuri.


Ayyunie pun happy dapat bersalaman dengan Nuri tu..


Dan silalah percaya ya, semua pemenang No 1 sampai No 3 utk setiap kategori dimenangi oleh kanak-kanak di atas. Fuhhh hebat...memang semua dikonkernya.Sebab mereka ni semua memang kenal antara satu sama lain. Dan hasil mewarna mereka sangatlah superb! Kecik2 dah kreatif mewarna bagai pro. 

Bagi saya, awal2 lagi tahu dah both Damias takkan menang, sebab saya tahulah anak saya kan...hiks..bukan kemenangan yang dicari. Tapi pengalaman itu yang diwarisi. 













No comments: