Sunday, January 5, 2014

Tips halau "Sunday Blues/ Monday Blues"!



Yang paling penting no 4 tu. Kalau awal-awal lagi dah banyak songeh dan komennya, hurmmmm memang Sunday Bluesssssssss sangat lah kan!


Gambar Mini burger sekadar hiasan. Inilah bekal yang akan dibawa oleh both Damias harini. Semalam dah gi shopping bahan basah/kering utk anak2 bawa bekal gi school utk seminggu 2 ni. Walhal 2 hari sebelum naik sekolah dah beli juga. Semuanya pilihan Aleesya sendiri. Siap ada menu lagi utk ibunya. Esok nak bawa mini burger, lusa nak bawa nasi goreng jagung, nanti nak bawa roti sosej, lepas tu nak bawa pizza dan bla bla bla.. Bagus cam tu nak! Senang ibu tak yah fikirkan menu bekal utk kamu. Kamu order, kamu dapat!

Sejak Aleesya sekolah darjah 1 ni, sebelum jam 10 pagi dah siap 2 menu. 1 menu berat, 1 menu utk bawa bekal. Kalau kita suruh dia bawa menu berat sebagai bekal, alasannya "tak sempat nak makan lah ibu".. Dah tu kamu makan lemah lembut sangat. Kunyah selagi tak 40 kunyahan tak telan. Hihi.. Bercakap dengan kawan sambil makan pun ya tak? Apa2 pun janji aleesya makan kenyang2 pagi2 then rehat nak makan yang simple2 pun tak lah lapar sangat kan. 

Oklah.. Selamat bekerja dan bersekolah bagi warga Johor ya.. Jangan sunday bluessssssssssss sudahhh..




Post a Comment