Monday, September 24, 2012

Karnival Nusajaya {Eh, ada Hello Kitty Town lah}

Semalam masa otw balik dari Birthday Part Adam di KFC, Setia Tropika, ayah damia tanya ke manakah destinasi seterusnya?? Sekali saya cakap jom ke Karnival Nusajaya. Tak tahu pun karnival tu utk apa sebenarnya. Tahu pasal Karnival tu pun sebab nampak Awal Shaari share gambar MELODI live dari karnival tersebut dan beberapa status di FB tentang karnival tu.



Lagi 5km nak sampai ke karnival tersebut, perghhh jammed sakan yer. Siap ada yg patah balik buat u-turn ikut jalan yg sama.. Bahaya bahaya.. ayah damia dah merepek dlm kereta katanya minyak dah habis 1 bunga tangki.. Huhu apa nak buat, terperangkap sudaa




Mula2 sampai, kami bernasib baik sebab dapat parking area dalam karnival tu.. Jalan kaki pun dekat jer dgn tapak karnival berbanding yg parking kat tepi jalan besar tu. Hurmm persepsi awal sampai karnival ni tak ubaj macam Jom Heboh juga. Yang specialnya kat tgh2 karnival ni dibina satu rumah besar utk promosi Hello Kitty Town yg akan dilancarkan tak lama lagi.




Masuk dalam rumah playtime ni, memang dunia kanak2 semuanya. Ada bahagian Legoland, bahagian Hello Kitty dan juga tempat karakter2 kartun animasi yg lain. Tu both Damias dgn patung Barney!!!!




Choo choo train. Kalau sesiapa suka tgk kartoon chanel 613, playhouse disney tu, memang akan kenal karakter kartoon2 ni.




Ada juga xtvt2 sampingan yg lain macam games, mari mewarna, photoshoot bersama karakter kartoon dan lain lain.




Both Damias ralit mewarna pingu's!!! Lama gak melayan diaorg mewarna.




Saya dan Ballerina!!! Actually banyak lagi patung2 kartoon yg ada, cuma tak kuasa nak bersesak2 Q amik gambar tu.




Ada juga konsert di atas stage yg besar itu!!! Masa kami sampai Ramlah Ram tgh menyanyi. Btw ada juga nampak FIzo Omar di booth WHI. Ramai betul kerumunnya. Tak kuasa juga nak snap2 gambar.

Dah masuk karnival ni, saya dah dapat bayangkan keterujaan kanak2 diluar sana kalau dapat masuk Hello kitty town ni. Memang confirm anak2 anda akan suka. Macam dunia tu mereka yg punya. Mungkin watak2 kartoon tu dah biasa dilihat di kaca TV, so itu yg kanak2 suka tu.




Balik dari Karnival, singgah Chamek Kopitiam di Dangan Bay. Tempat makan feveret kami suami isterk sebab terdapat pelbagai makanan ringan dan berat kat sini. Lagi satu ada ruang aircond dan tak ada aircond. Tak macam sesetengah kopitiam memang tak ada aircond.



Awal kami dinner semalam.. Saja kengkonon balik rumah terus boleh rehat.. Hehe.. Antara makanan kami order adalah kuew tiaw goreng mamak udang, set mushroom soup, lempeng sambal dan kuah kari serta crispy chicken chop. Semuanya yummy!!!!

P/s: Nanti saya bagi panduan dan harga bayaran tiket utk ke Hello Kitty Town..

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Sunday, September 23, 2012

Kereta sudah beralih tuan..

Kereta ni dah lama sangat dapat, bukan beli pun, dapat hadiah masa both DAMIAs menang Sibling Catwalk bulan Mac 2012 aritu..

Lama dok terperap kat bilik tetamu kat bawah tu..memang dah berhajat kalau birthday anak sapa2 yang umurnya bersesuaian memang nak bagi as a present jer nanti..




Finally kereta ni dah ada tuan. Anak jiran punya birthday sekaligus birthday celebration. Bukan main suka si Irfan anak jiran tu. Btw kereta ni macam2 function leh kita guna.. Bukan setakat kereta biasa tu jer..





Ni rumah Liza aka jiran yg buat open house dan birthday anaknya Irfan tu..





Btw nak cakap yg antara menu menarik masa kat open house rumahnya semalam adalah serawa durian.. Perghhh memang terbaikkkkk!!! Saya makan sampai 2 mangkuk hokayyy.. Tak pandang dah nasi beriani dan laksa johor tu.. Hihihi..

Ok lah nak sambung tidoo sudah.. Updated kul 6 pagi lepas solat subuh tadi.. Ntah kenapa mata tak leh tido since kul 4 tadi..hurmmmm

P/s: Harini pun ada birthday party lagi!!!

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Saturday, September 22, 2012

Antara sekolah ganti dan majlis makan- makan

Salam sabtu...
Harini rata2 anak kita sekolah kan..
Sebab ganti yg hari jumaat sebelum raya puasa aritu..
Oh yer, harini pun dapat jemputan hari raya lagi tau, esok pula dapat jemputan utk birthday party pula.. Hurmmm makan dan makan lagi..


Semalam ayyunie tido lewat.. Tu gambar dia bersama tom cat dikelilingi oleh beruang beruang comelnya. Tapi ada org komen tuannya lagi gebu gebasss berbanding beruang2 yang ada.. Haha.. Wajib ler sedap gomol tuannya berbanding beruang yg ada tu hokayyy...

Ok lah happy weekends uolsss!!




- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Friday, September 21, 2012

Menu Breakfast Raya || Susah ke masak sendiri??


Alhamdulillah...
Pada hari Malaysia 16.09.2012 yang lepas, berkesempatan juga buat open house utk rakan2, jiran2 dan anak2 murid serta parents anak2 murid pun ada yang hadir..
Dah lama tak buat makan2 kat rumah since tak ada bibik last year...
Sebab tu kalau perasan tahun ni nak celebrated birthday anak2 pun buat kat sekolah dan restoran, buat kenduri kesyukuran pun kat cafe jer...bukan apa, kengkonon susah nak kemas2 kalau tak ada maid..tapi alhamdulillah, opearasi sebelum, semasa dan selepas open house haritu semua berjalan lancar..

Lagi satu, kalau tak ada ayah damia tak mungkin segalanya berjalan lancar..
Pendek kata semuanya bermula dari sepakat kami suami isteri..
Kami dah bahagi2 kan kerja ikut pengkhususan masing2..
Saya dah siap sms apa yg perlu dibeli, si suami bawak anak sorang pergi kipmart gi borong keperluan open house..
Saya dah siap bagi tugas saya kemas dapur, si suami kemas bahagian luar rumah...pun semuanya terlaksana..pendek kata muafakat membawa berkat..
Anak2 pun bagi komitmen terbaik pabila antara mereka pun tak ada nak ganggu2 kami buat kerja..

Ok lah main menu utk open house kalini saya masak sendiri..
Tapi menu2 yang ringan2 tu memang saya tempah jer lah..

Jom tgk apa menu open house (Breakfast Raya) kami kalini...


Mushroom soup dimakan dengan garlic bread..
Tapi breadnya tak ada garlic...hihi..
Pastu ada juga toasted bread dimakan bersama dengan planta, kaya, peanut dan gula..
Siapa nak bakar sendiri..
Budak2 memang laju jer makan menu ni...serius, kejap jer habis..
Oh yer, mushroom soup tu jer lah saya masak, yang lain beli lah kan..


Meehoon crispy..
Percubaan pertama saya buat ni..
Alhamdulillah menjadi!!!


Nasi lemak sambal special..
Huaaa..nasi lemaknya terhangit sikit..
Hurmmm kelam kelibut kat dapur, sampai terhangit nais lemak..
Nasib baik habis...:)


Nasi dagang gulai darat ikan tongkol..
Sob sob sob, dah last2 tu ikannya dah habis, gulainya banyak lagi..
Last2 masukkan telur rebus buat lauk...:)


Segar dari ladang..
Telur ayam kampung gred AAA..
Feveret kawan2 ayah damia...hihihi


Kuih feveret saya ni..
Tak sah kalau gi pasar tani tak beli kuih ni..
Makan dgn penuh nikmat gitu..


Opsss, haritu tak rasa pun bingka jagung ni..
Cam mana yer rasanya..
Pakai order jer ni...walhal tak pernah rasa..:)


Ramai org suka makan talam keladi rupanya...


Biskut2 pun ada utk dicicah bersama kopi kapal api kaw kaw panas tu...
Wajib ler ada jacobs kan..


Kuah meehoon crispy, ramai pulak yang tanya resepi..
Resepi campak2 jer pun..


Nasi dagang kelate..
Sebab ada beras merah2 tu..


Yummy!!!!


Sambal yang tak pedas sangat walaupun nampak merahnya mak ngah kan..hehe


Ramai pula yg cakap susun atur dan deco2 breakfast raya aritu macam hotel sudaa..
Apa2 pun terima kasih kepada yang puji..
Masih banyak kena belajar ni..:)


Menu yang paling banyak kena refill..
Kegemaran kanak2 ni..

Antara menu2 lain yang tak sempat snap:
Rojak Tauhu sumendang..
Kek velvet
Air kopi kaw kaw
Air teh strawberry
Mango juice
Aneka kuih raya dan kerepek..
Dll yang menu sampingan..

Puas hati dapat buat open house kalini..
Walaupun mungkin makanan ada yang terkurang atau terlebih..adatlah kan, tak ada yang sempurna.
Last year open house sekali dengan perasmian Galeri Kebaya Zarina Ayu dan celebrated birthday Aleesya..buat kat galeri..so of coz semuanya katering kan..


p/s: Sekali sekala meraikan tetamu yang datang membawa berkat, memang berbaloi2..
p/s: Next enrty wajah2 yang datang open house saya..:)




Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

The real Tom Cat






Game feveret ayyunie..
Selalunya ayyunie main guna Handphone atau Ipad...




Tapi sekarang Tom Cat ni dah ada depan mata..
Suka betul Ayyunie main Tom Cat ni..
Function lebih kurang sama macam dalam phone tu..
Cuma tak leh kentut dan tangan tom cat tak leh gerak2 lah..

Malam tadi ayyunie tido sambil peluk tom cat.. Hihihi..

Beli online jer, harini bayar esok sampai.. Mudahkan..:)

Pesanan penaja: Tom Cat ni tak pandai nak kejar dalam tikus dalam rumah anda.. Ngeh ngeh ngeh...;-)

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Thursday, September 20, 2012

Jawapan utk JOM TEKA MENU tadi!!!!

Terlebih dahulu, nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi jawab "JOM TEKA MENU" pagi tadi.
Macam2 jawapan ada yer..
Yang paling kelakar jawapan soalan no 3 tu, rata2 semua jawab soohoon goreng utk soto..
Padahal itu bukan jawapannya..

Sebelum saya umumkan siapa yang layak dapat duit raya RM30 tu..
Jom kita tgk apakah jawapan sebenar bagi soalan "JOM TEKA MENU" tadi..



1. Talam Sarawak / Talam Tokyo
2. Bingka jagung
3. Talam keladi


Apa yang special tentang telur ni???
Telur ni adalah telur ayam kampung...


Menu nasi dagang beserta gulai darat tongkol/ ikan aya.


Heheh...yang ni majoriti jawab salah..
Jawapannya Meehoon Crispy!!!!

Rata2 jawapan memang salah...
Sorang jer yang jawab hampir-hampir tepat..
Tapi hampir-hampir tepat sebab dia pergi open house rumah saya haritu..
Kalau ada pemenang lain yang tak pergi open house rumah saya memang itu priority saya..
So, kira aci lah yer pilih dia sebagai pemenang..walaupun jawapan no 3 tu tak tepat sangat...
Nak buat cam mana, dah memang rezeki dia kan..

So pemenangnya ialah:


Tahniah kepada pemenang...:)
Yang lain please jangan serik yer join..
Suka2 jer ni...Apa2 pun saya hargai masa uols yang sudi luangkan masa jawab teka menu saya tu..
Insyallah..next time ada rezeki dan masa saya buat teka2 lagi..hihi..

p/s:Yang baik datang daripadaNYA, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri..








 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Jom teka menu apakah ini???


Antara menu utk open house rumah saya... cer teka apa nama menu- menu di bawah???
Sebutkan nama ketiga- tiga jenis kuih itu beserta apakah yg specialnya tentang telur itu???
Sebutkan nama menu ini dan apakah pula nama lauk yg dihidangkan bersama menu ini?




Dan apakah pula nama menu utk hidangan di atas???

P/s: Sesiapa yang berjaya menjawab dengan tepat dan terpantas, akan dapat duit raya RM30...jom teka

P/s: Duit raya bank in terus dalam akaun yer..:)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, September 19, 2012

Review Jujur tentang LEGOLAND!!!

 Sebelum saya buat review jujur saya tentang LEGOLAND, berikut adalah kata2 students saya yang terlebih dulu sampai ke LEGOLAND ni daripada saya..

1. Pelajar ting 5: Tak best ah cikgu, tu tempat budak2 kecik jer tu, Aleesya Ayyunie suka kot tempat camtu..

2. Pelajar darjah 5: Ntah cikgu, biasa jer...adik saya suka lah kot boleh bawak kereta sendiri dalam tu..

3. Pelajar darjah 2: Best cikgu, dalam tu ada kapal buat daripada lego, ada kereta bawak sendiri, nanti jumpa traffic light kita kena berhenti, best main roller coaster...best bla bla bla..

4. Jiran (keje gomen): Boleh lah Legoland, layan anak2...cuma memang panas betul situ, ada surau, toilet semua ada, makanan pun mahal...

Tu antara komen2 yang saya dengar dengan telinga saya sendiri...sebab kebanyakan cikgu2 dan yang keje gomen kat JB (selected staff and department kot) ni dapat masuk free jer Legoland ni...Kengkonon macam nak promote tempat baru ni...

Isnin lepas, balik jer dari Open House di Taman Perling bersama rakan2 WOC ayah damia, terus kami decided  nak ke LEGOLAND ni....unplanning punya perancangan la ni...yang pakai baju kebaya atau kurung masa tu, nasib lah kan..hihi...alaaa..lagipun just nak gi tgk2 jer...bukan nak main bagai lagipun..kebetulan pula DSLR memang ada dalam kereta, so kesempatan yang ada wajib ler posing2 kan..:)


Mula2 sampai tempat parking memang banyak..banyak zon ada, zon 1, zon 2 dan macam2 zon ada...bas2 pun banyak juga parking..kebanyakannya adalah bas dari Singapore bawa pelancong ke Legoland..

Cuaca memang agak panas, biasalah tempat baru, rata2 pokok pun masih renek lagi..lainlah kalau tanam pokok besar terus kan..hihi..


Candid from ayah damia..
Jalan2 dengan kak Suzan..
Hihi..sian kak Suzan, dah ada pulak yang kata "pergi open house LEGOLAND ke"...kikiki


Masa kami sampai, ramai gak org...
Rata2 yang duduk dan lepak2 sambil amik gambar cam kami pun ramai kat luar tu..


Lately Ayyunie suka betul amik gambar buat mulut itik..
Aleesya cam biasa, maintain cun!!!


Gerbang masuk LEGOLAND..


Opppsss...kami posing2 dulu..
Pedulikan org yang lalu lalang...hihi
See, Ayyunie buat mulut itik lagi..


Pelbagai reaksi daripada kami..
Itu buktinya kami enjoy posing..hihi



Happynya both of them..


Like father like daughter..


Gambar macho seorang ayah..:)


Enterframe sorang2..


Si ayah layan anak2 main mari "mengenal warna"..


Posing2 di papan tanda..


Ayyunie pun nak posing juga..


Dengan kak Zila..


Rombongan kawan2 WOC ke Legoland..


Gambar happening kami!!!


Kak Nor ngan Kak Zila..


Oppsss, gambar tak jadi!!
Ayyunie sibuk nak bergambar jugak..


Last but not least, I Love this pic!!!

Review Jujur saya:

1. Banyak lagi tak siap ni...2013, water theme park baru siap, 2014, Hotel Legoland baru siap...so kalau pergi sekarang, means nanti kena gi lagilah kan sebab nak main water theme park tu..kalau tiket murah tak pe...kalau bil ahli keluarga tak ramai pun tak pe..nanti boleh jer beli tiket lagi...kalau nak jimat amik ler tiket annual pass tu yer..

2. Banyak permainan hanya sesuai utk kanak2 yang mengikut ketinggian anak2 itu...contohnya macam Ayyunie, rasanya memang tak sesuai lah kot sebab tak cukup tinggi nak main semua permainan yang ada dalam tu...rasanya permainan dalam tu hanya sesuai utk kanak2 yang berumur 5 tahun k atas jer kot...ni review jujur saya tau...tak nak hipokrit punya..

3. Better pakaikan anak2 topi/ hat utk cover kepanasan di Legoland tu, sian anak2 kecik tgk berpeluh2...sian lagi tgk si bapa2 pula mendukung anak2 yang dah besar tapi mengamuk2 akibat penat menapak dari parking dan juga kepanasan..kalau nak bawak stroller pun ok gk kot utk bapa2 yang malas nak dukung anak tu..

4. Tak boleh nak buat review jujur sesangat, sebab tak masuk pun lagi kat dalam tu betul2 tgk cam mana...setakat sampai kat gerbang LEGOLAND tu jer..

5. Walauapapun, tepuk dada tanya selera...nak gi sekarang pun boleh, nak gi esok lusa pun boleh, nak gi bila2 pun boleh...yang pasti saya dah dapat lubang nak masuk LEGOLAND murah murah jer..bukan RM100, bukan RM 80, bukan RM 60...malahan murah daripada tu..tu ler untung ada bekas anak murid keje manager dalam tu, bukan anak murid saya, tapi anak murid kawan ayah damia..hehe..kalau setakat harga RM** tak ralat sangat masuk both Damias tak main pun..bukan apa, diaorg tu penakut cam kami ibu ayahnya juga..hehe

6. Sokonglah produk Malaysia..Untung Malaysia ada LEGOLAND, boleh rakyat luar datang Malaysia pula kan..sekaligus menjana pendapatan negara..

p/s: Tapi mood nak ke LEGOLAND tak sama macam mood kami mula2 nak ke USS dulu...hurmm may be sebab bila sebut USS tu terbayang Hollywood, New York, Madagascar dan Shrek!!! hihi







 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!