Tuesday, February 6, 2018

Lanjut Golf & Beach Resort, Rompin


Lepas balik dari The Kasturi, Cherating.. 
Kami check in di Rompin pula.. 

Resort yang kami pilih adalah Lanjut golf & beach. Ciri2 kenapa pilih resort ni kerana children friendly resort, ada chalet dan depan pantai. 

Lets check it out! 


Mula2 masuk je chalet bukan main luas lagi.. 



Amboi Daim, susah betul nak kejar dia pakai seluar, almaklumlah excited kat tempat baru


Ni ruangan kitchen.. Disediakan jug kettle dan tea coffee..



Ni saya duduk area washroom..ada sinki dan cermin.. 


Luasnya beranda mengadap pantai.. 
Angin sepoi2 menusuk kalbu gitew.. 
Boleb buat BBQ juga kat depan ni.. 


Cantik pemandangan depan chalet ni. 
Buka je sliding door, angin terus menerpa masuk, bunyi ombak jelas kedengaran.. 


Port paling anak3 suka.. 
Terutamanya Daim lah.. 
Tak masuk chalet lagi dia dah berlari nak masuk pool ni.. Haha


Ni pula untuk pool orang dewasa dan kanak2.. 


Memang meriah lah kalau budak2 dapat main kat playground dalam air ni.. 


Masa kami kat Cherating, hujan... So tak dapat langsung jejak pantai.. 
Kat sini, alhamdulillah.. Tak hujan.. Dapatlah main pasir pantai.. 


Tetiba ada buaian keramat kat sini.. 


Kawasan chalet dari view pantai.. 


Nak mandi pantai tak berani, sebab ombak kuat


Oppss terlebih posing sudah.. 


Sukanya Daim main slide dengan kakak2nya.. 


Nak juga tu Daim join main pool dalam ni.. Haihh.. 


Esoknya.. View masa breakfast... 


Aneka pilihan breakfast ada.. 
Ni bahagian salads & fruits.. 


Ni bahagian main menu.. Nasi lemak, meehoon goreng.. 


Serius! Roti canai tu dah kuah dal sedap yakmat. Roti canai lembut giler, kuah dal lemak berkrim.. Saya asyik tambah je makan roti canai.. Eh untuk Daim sekali.. Hihi..

Review saya resort ni agak besar, ni bahagian chalet dan untuk training camp je.. Ada sebahagian lagi under contruction kat pagar mula2 masuk... Tu macam hotel. Ada swimming pool lain pula. Agak sunyi terutama waktu malam, susah juga nak cari makan kat luar, so makan steamboat kat hotel je senang... 

Monday, February 5, 2018

Resepi jemput-jemput bilis rangup


Minum petang hujung minggu lepas.. 
Jemput² ikan bilis bersama Teh Strawberry.

Resepi jemput² ikan bilis rangup:

Tepung gandum
Daun kucai
Bawang besar
Ikan bilis
Air panas (untuk lebih gebu dan rangup) 
Sedikit tepung beras (menambah lagi kerangupan) 
Sedikit garam dan gula

*kuantiti agak-agaklah ya mengikut adunan*

Kacau semua bahan diatas. Jangan cair sangat, jangan keras sangat adunan. Baru rangup diluar, lembut didalam.

Dimakan pula bersama sos pencicah Ummi dan Sos Thousand Island.

Burpp.. Alhamdulillah..

Sunday, February 4, 2018

Resepi sambal pauh (mangga muda) ikan


Menu macam ni je pun boleh buat bertambah-tambah makan. Nak² Daim, 3 mangkuk makan bertambah. Ibu pun tambah 2 mangkuk je guna mangkuk sama saiz dengan Daim 😁.

Nasi tu bukan nasi bubur yang berair tu. Tapi nasi lembik. Dimakan dengan sambal pauh ikan, kangkung goreng belacan, telur asin, ikan bilis goreng dan sambal hitam.


Resepi sambal pauh ikan:

1) Mangga muda /pauh ringan disagat halus
2) Ikan selayang bakar dan diambil isinya
3) Cili api
4) Garam & gula
5) Lesung batu wajib ada baru kick sambal.

Tumbuk manja² kesemua bahan diatas kecuali mangga. Kemudian gaul rata bersama mangga. So yummy! 


Kangkung goreng belacan.. 


Telur asin, ikan bilis goreng dan sambal hitam. 

Saturday, February 3, 2018

Pembukaan Mydin Mall Mutiara Rini


Hello.. 
Warga Skudai dah pergi ke Mydin Mall Mutiara Rini yang baru dirasmikan semalam? 


Sementara tunggu kakak² habis tuisyen ada gap masa 3 jam semalam,  ibu dan Daim menghabiskan masa kat sini lah. Dah dekat dengan area tuisyen kakak². Kalau tak, memang tak pergilah time ramai² cwmni kan. 

Pembukaan Mydin Mutiara Rini semalam boleh dikatakan best juga lah. Banyak maskot, banyak promosi, banyak tester, dan lain².... 

Boleh tahan besar yang amat jugalah Mydin Mall ni (besar utk kategori Mydin yang ada ya).  Walaupun ramai orang dan besar, no worries, parking pun luas. 360' boleh parking. Tingkat LG pun ada tempat parking lagi. 


Tujuan utama datang sini selain cuci² mata, nak juga beli serba sedikit groceries kat rumah yang dah susut ni. Tapi masuk² je pasaraya, hamboiii... Nak tolak troli pun susah. So saya surrender untuk shopping. Terus keluar cari tempat makan. Lagi pun berdua je dengan Daim, agak leceh jugalah nak beratur panjang beli tu ni terutama kat kaunter bayaran kan. 


Outlet restoran pun bukan main penuh ngan orang terutama Marrybrown. Nasib baik kat Mee Tarik Warisan ni ada kosong. Dapat duduk depan pentas utama lagi. Seronok Daim sambil makan sambil tengok ragam orang dan aksi² kanak² lain kat situ. 


Eh Daim suka erkk ada mascot Carrie Junior tu. 


Jasmine tea. Lately memang suka minum teh hijau atau apa2 teh tanpa gula. Nak diet konon.. Hihi.. 


Nak order mee yang berkuah. Tapi macam tak berapa kena je dengan selera ni. Last² order nasi juga. Sedap nasi ni. Nama menu ni lupa pula dah. Kalut² nak tulis order dalam kertas, sampai tak alert sangat nama menu ni. 


For those yang nak datang sini. Tingkat 1 untuk pasaraya yang jual groceries. Tingkat 2 untuk pasaraya yang jual peralatan rumah, pakaian, barang hiasan dan lain². Saya pun tak habis jejak lagi ni.. Next time tunggu reda² sikit kita terjah lagi.

P/s: Promosi masih berlangsung sehingga 4hb ni.

Thursday, February 1, 2018

Cabaran membuat Rainbow Pralines CocoDamia


Masa client dari Art's Cool Studio beritahu yang mereka nak coklat yang sama tema dengan warna baju dan trademark mereka,  dan mereka serah bulat² kepada saya untuk buat keputusan dalam design coklat (serah kepada pakar kata mereka) , takut juga tak dapat memenuhi kehendak mereka.
.
2-3 malam juga lah tidur lewat dok study pasal rainbow praline ni.
.
And finally, inilah hasilnya separuh hari saya disini. Bukan sekali buat terus jadi. Berkali-kali juga try and error supaya hasil yang dapat adalah berkilat, smooth, tidak serabut dan menyerlah.
.
Bukan senang nak buat ni. Bukan cairkan coklat putih dan letak pewarna ya. Kalau cam tu senang kerja. Tapi ni banyak bahan2 advance lain yang digunakan.
.
Alhamdulillah. Hopefully pihak clients suka dan teruja.
.
Korang komen sikit ok tak rainbow praline ni?

#cocodamia #gojbchocolate #praline #dahnampakmacamgulipula


Ramai komen kat FB macam guli dan mainan.. Kih kih.. 


Penuh kesabaran dan ketelitian serta kepantasan masa nak deco warna warni tu.. 


Alhamdulillah.. Clients pun teruja juga masa whatsapp gambar2 ni..

Bagi sesiapa yang nak custom made praline mengikut tema atau imaginasi sendiri, jemput datang ke Galeri GO JB CHOCOLATE untuk bincang2 atau food testing ya. 

Terima kasih semua customers..

Tuesday, January 30, 2018

Oh My Camera Eos M10


Kejadian sebulan lepas.
Tak tahu angkara siapa.
Tapi suspek utama dah macam boleh agak 🤔
Esoknya terus bawa gi repair.
Nasib baik lens filter yang pecah.
So boleh guna macam biasa. 
Alang² tu bawa sekaliharung DSLR dan segala lens yang ada dalam dry box untuk service sekali. Berkurun tak guna. Fungus pun ada. Dan buat sekali image sensor cleaning. viewfinder cleaning, LCD panel cleaning & body general service.
.
Total baik pulih lebih kurang beli baru EF-EOS M Lens Mount Auto Adapter + EOS 50 MM lens... Sobs!

#canon #canonian #eosm10 

Monday, January 29, 2018

Pesta makanan Thai di UMall Skudai


Ni saya dan keluarga pergi pada hari pertama pesta ni diadakan. Lepas ambil both Damias kat tuisyen diorg kul 7 malam. 

1

2

3

4

5

6


Berlangsung dari 26 Jan - 4 Feb 2018
Area sekitar di luar Umall Skudai
Gambar No:
1. Aiskrim Krabi. Wahhh siap ada pulut. Apesal dulu time kami kat Krabi tak ada pun pulut tu? Harga RM8. Sedap..
2. Kuew Tiaw Tom Yam. Ramai juga orang jual. Tapi pedas yakmat. Aleesya sampai pedih perut makan. RM8 per bowl.
3. Aneka pilihan tom yam.
4. Besar nau nau nau durian tu. Tak semua jual orang durian tu. Sebab kena beli pakej dengan pulut. 1 bekas pulut durian RM10 per plate. Yang jual durian sahaja RM30/kilo. Tetiba ada makcik tu cakap kat saya, kulit je besar ni. Husband pula cakap, durian pakai silicon 🤣🤣
.
5. Miang Kham. First time nak try. I cannot go. Mungkin manis sangat rasa air gula melaka tu. Husband cakap sireh moden erkk? Hahaha.. Tu daun kaduk lah bang. 1 set harga RM7.
6. Aneka sosej. Takut nak makan makanan yang terdedah cam tu. 1 batang RM4. 3 batang Ram10.
7. Yang tiada dalam gambar. Aneka sup RM8 per bowl. Saya makan nasi kosong dan sup daging RM10 per set. Air dalam cup RM3.

Tu antara gambar yang sempat saya snap lah. Masa makan,  kalut pula dengan si Daim dan nak cepat solat maghrib, tak sempat snap gambar makanan lain.


Selain makanan, macam2 juga lah yang dijual. Beg, pakaian, perfume, gadget handphone, jersey dan lain2... 

Friday, January 26, 2018

Daim Muslim's first E-Book








20.01.2018 (Sabtu)
.
Yeayy first book (actually E-Book) untuk Daim.
.
Btw since bawah 1 tahun lagi Daim ni dah expose dengan flash card dan soft book. Hardcover book pun ada. Semua kepunyaan kakak²nya. See 7-8 tahun ibu masih simpan kan.
.
Tapi boy tetap boy. Terbeliak mata ibu pabila tengok flash card terkoyak 2, soft book tercabut mainannya, dan hardcoverbook sampai terkoyak kulit keras macam thesis tu. 👀 mata ibu kejap.
.
Dah boleh recognise gambar² ball, bear, apple, cat, duck, flower, fish dan beberapa gambar lagi lah. Cuma nak sebut je tak leh lagi. Bila kita cakap "mana cat?", dia tak sebut cat, dia buat suara kita panggil kucing, bila tanya “mana bear?", dia gi ambillah bear dia and so on. Ok lah tu kan.
.
Daim ni sukaaaaaa sangat muzik. Dia takkan fokus belajar 1-1 tu lama. Mesti dia nak muzik juga. So sebab tu lah ayahnya beli E-book ni. Dengan harapan dia lebih biasa dengar sound rhythm, language patterns dan sequence of words.
.
Nak tanya yang ada boy/boys tu, memang anak lelaki belajar tak fokus eh? Tapi dalam main² tu dia fast learner. Sekali tengok je dah tahu tunjuk itu ini. Girls dulu lain. Sangat komited dan excited buku2 bunyi2 dan warna warni cam ni.
.
Ok boleh tengok video di atas untuk review E-book ni.





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, January 25, 2018

Aksi-aksi Daim Muslim tatkala ibu ligat didapur









Laaa.. Ada juga yang tanya kalau kak ayu masak, Daim tak kacau ke? Daim buat apa? Sempat kak ayu masak tu ni. Kan Daim ni aktif.
.
Ni lah rahsianya! Ada yang perasan kat Video Stories bunyi tung tang tung tang sebagai background tu ni lah kerja Daim.
.
Ya Daim ni sejenis sekaki ngan kita. Kita kat dapur, dia kat dapur. Kita kat luar, dia kat luar. Tapi dengan syarat dia kena ada buat kerja juga. Kalau tak, habis nanti dia explore semua benda yang ada depan mata dia.
.
So kalau masuk dapur nak masak apa² tu, memang Daim pun sama buka kabinet ambil barang yang dia nak main. So far dah berjaya juga didik dia jangan ambil barang kaca, pisau, gunting dan main beras. Tapi kadang² dia acah²kan kita main barang yang kita tak bagi main tu.
.
So bila dia ralit main dengan perkakas² ni, masa tu lah kita guna kuasa SUPERMOM kita masak cepat² dan kadang² siap rekod dan ambil gambar lagi.
.
Jadi kepada jiran² sebelah dan belakang, rasanya dah kalih bunyi tung tang tung tang angkara Daim ni. Harap beristighfar ya 🤣🤣
.
Dengan harapan esok² Daim dah besar pandai berdikari masak sendiri. Aura air tangan ibulah katakan 😃
.
Gambar Daim di awal pagi tak tun tuang tak tun tuang 😬

#daimmuslim #1y7m