Friday, July 24, 2009

::SHARE YOUR STORY & THIS MIGHT BE YOURS::

Hari ni ibu masih dalam mood nak join contest lagi walaupun dah saat2 akhir. Tajuk contest ni ialah " Share your story & this might be yours". Penganjur contest ni adalah ibu addin dan nasa. Syarat2 utuk menyertai contest ni adalah:

1.Anda cuma perlu ceritakan pengalaman anda semasa melahirkan anak sulung anda. Buatkan satu post khas mengenainya dan tidak kurang dari 48 patah perkataan.

2.Ceritakan tentang hadiah ini di blog anda,

3.Tinggalkan komen di sini beserta dengan link tentang post anda.


Buat tatapan Damia Aleesya................sesungguhnya andai anak ibu telah pandai membaca catatan ini, ketahuilah bahawa ibu bersyukur sangat dengan kelahiran mu di muka bumi ini.


BAHAGIAN 1

Kali ini ibu hamil lagi ……………Untuk kali ketiga selepas 2 kali gugur akibat rahim lemah……….Kalau pasangan lain gembira dengan kandungan masing-masing, ibu dan ayah pula resah, takut kali ni kandungan ibu tidak menjadi lagi……………..Ibu dan ayah hanya mampu berdoa sahaja………….

Pasangan lain mungkin akan cepat-cepat membuat pemeriksan doktor apabila disahkan hamil, tapi ibu dan ayah hanya mendiamkan diri sahaja dan langsung tidak memberitahu kepada sesiapa pun pasal kandungan kali ini. Ibu takut harapan ibu dan ayah akan musnah lagi………………….

Hampir 5 minggu kandungan ibu hari ni……..ibu seperti biasa menunaikan tangungjawabnya di pejabat. Selepas makan tengahari, ibu pun ke tandas untuk mengambil wudu’ menunaikan solat zohor……………….

Tiba-tiba ibu keluar dari tandas dan bergegas mencari ayah:

Ibu : Bang, bad news, sayang bleeding…….
Ayah : (dengan muka berkerut) banyak tak???
Ibu : Macam sebelum2 ni lah…….

Ayah : Sabar lah sayang, kalau ader rezeki kita kali ni………….

Hati ibu dah hampa, ibu pun tahu yang ayah juga tidak berharap san
gat pada kandungan kali ini…….tapi ibu dan ayah masih percaya pada Tuhan……….dengan pantas ibu sambung mengambil wudu’ dan menunaikan solat serta memohon kepada Tuhan agar segalanya selamat……..

BAHAGIAN 2

Hari ni dah 8 minggu kandungan ibu…………bleeding masih ada lagi………Ayah kata kandungan ni mungkin ada harapan kerana kandungan sebelum-sebelum ni tak sampai lapan minggu dah gugur dan kena buat D&C. Ayah ajak ibu pergi Pakar Perbidanan Khor & Loh yang disyorkan oleh kawan ibu. Ibu sebenarnya dah tak kisah sangat dengan Hospital Pakar ni kerana macam-macam ubat ibu pernah ambil di Hospital Pakar Puteri, Hospital Johor Specialist dan Hospital Penawar, tapi kandungan tetap gugur……………

Masa buat pemeriksaan dengan Dr.Khor, ibu masih ingat lagi yang Dr. mengatakan dengupan jantung bayi masih tidak dapat didengar selain bayi dalam kandungan ibu ni kecil. Scan pun tak nampak apa-apa. Kali ini ibu dan ayah memang merasakan bahawa kandungan kali ini memang tiada harapan. Lepas pemeriksaan, Dr. bagi suntikan untuk menguatkan rahim serta pil untuk menstabilkan bayi. Dan the next appointment adalah next week.

Sepanjang perjalanan balik rumah ibu dan ayah hanya mendiamkan diri sahaja dalam kereta disamping memikirkan masalah kandungan ibu.

BAHAGIAN 3

Seperti yang dijanji, hari ni ibu kena buat pemeriksaan lagi. Bleeding semakin banyak. Ibu dan ayah pasrah kalau hari ni ibu kena D&C lagi. Sampai giliran ibu, ibu dah cuak takut keputusannya akan menghampakan ibu dan ayah.

Dr : Come, I scan first.
Ibu : Ok


Dan Dr. pun scan perut ibu sambil mencari-cari jantung bayi dalam kandungan.
Tiba-tiba bunyi DUP,DAP,DUP,DAP,DUP,DAP………………..

Dr : See, we can hear your baby heart beat now.
Ayah : Are you sure Dr. that’s my baby heart beat????
Dr : This is my works, of course I know which one the best for yo
u………..

YA ALLAH…………Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya ibu dan ayah masa dengar dengupan pertama anak dalam kandungan ibu ni…….ikhlas ibu kata, menitis air mata ibu dan ayah apabila mendengar degupan jantung tu…….


Baby in 9 weeks
(inilah gambar scan yang ibu boleh dengar dengupan jantung tu)

Dr : So right now, you must take the injection for the baby 2 weeks once and please eat the stable baby pills regularly…….
Ibu : Until when I must take all this?
Dr. : Until the bleeding stop and the baby stable……and one more thing, please don’t too active and you must take care of yourself…..eat healthy food and avoid to lift h
eavy things
Ayah : How about traveling?
Dr. : Better janganlah kalau you all sayangkan baby ni……….


Demi untukmu anakku, ibu turuti segala nasihat-nasihat Dr. agar dirimu selamat dan sihat.


BAHAGIAN 4

Dan bermulalah saat-saat ibu menjaga bayi dalam kandungan ini sebaik mungkin. Pergi injection setiap 2 minggu, pil yang diberi mesti makan ikut waktu, air kacang soya memang menjadi santapan harian dan macam-macam lagi yang ibu buat agar semuanya selamat.

Bayangkan untuk mengelak ibu naik turun tangga pejabat setiap hari
, ayah dan ibu sanggup berkampung dan tidur di pejabat ………….satu bilik khas dibuat untuk ibu dan ayah agar selesa berada di pejabat umpama seperti dirumah sendiri. Balik rumah pun hanya hujung minggu sahaja untuk basuh baju. Hampir sebulan lebih ibu dan ayah berkampung di pejabat. Sekali rasa macam orang Indon pun ada.


Itu belum masuk lagi pantang larang yang dibuat oleh keluarga ibu dan ayah. Tok Ma kata jangan makan kicap nanti anak hitam, Tok ayah kata kena makan burung
merpati agar kulit anak putih dan gebu dan macam-macam lagilah petua yang diberi oleh mereka agar cucu mereka dalam perut ni adalah yang terbaik dan selamat.

Sepanjang mengandungkan bayi ni, ibu dan ayah langsung tidak pergi holiday dan travel jauh2. Paling jauh pun KL kerana ada kenduri kahwin saudara terdekat dan Muar
kerana kawan Ayah kahwin (itu pun terpaksa berhenti-henti). Itu sahaja tempat yang paling jauh ibu dan ayah travel.


BAHAGIAN 5

Semasa kandungan ibu 4 bulan lebih, Dr. memberitahu bahawa bayi dalam kandungan ibu ini mungkin girl. Ayah memang berharap untuk mendapat anak perempuan, ibu pula tak kisah asalkan bayi dalam kandungan ibu selamat. Patutlah semasa kandungan ni, ibu lebih gemar memakai pakaian yang cantik dan suka bersolek.

Dan saat paling manis bagi ibu apabila tiba-tiba ibu terasa seperti rama-rama sedang hinggap dalam perut ibu walhal ibu tahu itulah gerakan dan tendangan pertama Aleesya (mula panggil nama Damia Aleesya apabila ibu dan ayah tahu bayi yang ibu kandung ni adalah girl).

Genap kandungan ibu 6 bulan, Aleesya semakin stabil dan tidak perlukan suntikan dan stable baby pil lagi……….masa ni ibu dan ayah bersyukur sangat sebab ibu percaya bahawa Aleesya sudah boleh berdikari dalam perut ibu.


Semasa kandungan ibu 7 bulan lebih pula, ibu dan ayah ada buat majlis solat hajat dan ‘melenggang perut’. Semua keluarga dari kampung datang untuk memeriahkan lagi majlis ni.

Semasa usia kandungan ibu 8 bulan, ayah telah mengambil maid untuk membantu dan meringankan kerja-kerja ibu dari sebuah ejen. Walaupun ibu kurang b
ersetuju dan berhajat hendak mengambil maid lepas ibu melahirkan bayi ni, ayah tetap berkeras jua. Kata ayah biarlah maid tu serasi ngan kita dulu dan tahu selok belok rumah kita. Nanti dah ada baby senang.
Baby in 8 month ++ (gambar scan 3D ni lah yg selalu mengubat hati ibu dan ayah tatkala kami setia menanti kehadiran mu, actually gambar ni sepatutnya bewarna, kebetulan hari tu printer Dr tu kehabisan ink warna)

BAHAGIAN 6


Due ibu kalau ikut kiraan Dr. pada 31.10.2007.Tapi ibu yakin bahawa Aleesya akan lahir awal dari tarikh tu kerana tarikh yang Dr. buat itu telah diubah pada tarikh last period ibu kerana Dr. kata Aleesya kecik berbanding tarikh. Susu Anmum hari-hari menjadi santapan ibu walaupun ibu bukanlah pengemar susu. Vitamin dan Liver Cod oil pun ibu ambil setiap hari agar berat Aleesya bertambah.

Mengikut perkiraan ibu dan ayah sepatutnya Aleesya akan lahir pada Hari Raya Pertama. Memang Raya pada tahun ni ibu dan ayah sebak kerana tidak dapat pulang ke kampong di Kelantan. Bayangkan, inilah kali pertama ibu dan ayah beraya sebagai anak perantauan. Pagi raya pertama ibu dan ayah sedih sangat-sangat kerana semua jiran-jiran balik kampung. Yang ada cuma ibu, ayah dan bibik sahaja. Terasa sunyi sangat masa ni. Ayah tak habis2 asyik menjentik perut ibu dan marah-marah kat Aleesya kerana lambat sangat keluar. Walaubagaimanapun, ibu dan ayah kuatkan semangat kerana ibu yakin bahawa Aleesya akan lahir dalam masa terdekat ni.


BAHAGIAN 7

RAYA KEEMPAT

Sedang semua orang sedang bersuka ria dan menjamu selera dengan makanan yang sedap-sedap pada Hari Raya, ibu dan ayah hanya menjamu selera di restoran sahaja. Tapi yang uniknya ibu tergerak hati nak makan tom yam kerana sepanjang mengandungkan Aleesya ibu tak berani makan yang pedas-pedas dan masam-masam. Dan ayah sempat berseloroh, sure Aleesya nak makan tom yam dahulu kot baru nak keluar…..dan dengan kuasa Allah swt,

Malam sebelum tidur :


Ibu : Abang malam ni sayang nak tidur pakai kain pelikat abang la. Kot-kot malam ni dengan berkat kain pelikat tu sayang beranak ke………

Ayah : Kalau betul cam mana?

Ibu : Bagus ahh……..dah lama sangat tunggu Aleesya ni keluar, biar dia keluar cepat-cepat sikit.

Jam 2 pagi ibu terasa nak buang air. Tapi belum sempat ibu nak ke pergi tandas, tiba-tiba ada air jernih bercampur darah meleleh. Ibu cepat-cepat kejutkankan ayah. Ayah suruh ibu bertenang dan mandi dulu (bayangkan pukul 2 pagi mandi) sementara tunggu ayah solat hajat……………………


Sampai di hospital, Ibu pun diarahkan tukar baju dan buang air besar. Ibu langsung tak rasa sakit. Siap main-main dan gurau-gurau lagi dengan ayah. Nurse pun hairan lalu periksa bukaan ibu baru 1 cm.(masa ni punya la ibu menjerit kerana menahan kesakitan) Kemudian nurse pun tolak ibu masuk ke dalam labour room dan berbual-bual sakan dengan ibu dan ayah.

Sebelum ibu ditolak masuk ke dalam labor room (walaupun x sakit), ibu sempat minta maaf atas segala kesalahan ibu serta minta halalkan segala makan minum dan pemberian ayah selama ni. Masa ni ibu sebak sangat takut apa-apa berlaku kat ibu (masa ni ingat mati jer).

Tidak beberapa lama kemudian, Dr. pun sampai dan terus check bukaan ibu. Rupa-rupanya baru 2 cm (ibu menjerit menahan kesakitan sekali lagi). Dr. jangka ibu akan bersalin jam 12 tgh esok atau paling awal pun 10 pagi esok. Ayah pun setia menanti ibu kerana ibu tahu hanya ayah sahaja semangat dan dorongan ibu.

Tiba-tiba ibu terasa contraction ibu semakin kerap. Sakit pun dah terasa. Ibu
genggam tangan ayah erat-erat sambil membaca surah-surah yang sepatutnya.. Nurse suruh ibu bersabar kerana katanya setiap 1 jam baru bukaan 1 cm. (masa ni nurse cakap nak check bukaan dah berapa cm, tapi ibu buat-buat tak sakit, so nurse tak jadi lah nak check). Ibu tengok jam di dinding baru jam 4.30 pagi. Huhuhu………….kalau sakit macam ni sampai 5/6 jam, tak sanggup rasanya ibu. Ayah pun resah dan berpeluh tengok ibu……………………

Tidak beberapa lama kemudian, ibu memberitahu kepada nurse yang ibu nak buang air kecil. Tapi tak sempat pun nurse nak buat apa-apa, habis basah satu katil yang ibu baring. Nurse kata air ketuban ibu dah pecah lalu check bukaan ibu. Rupa-rupanya dah 8cm. Ibu siap tanya balik kepada nurse tu betul ke dah buka 8 cm? Dr pun segera masuk dan bila Dr check je, Dr
kata kepala baby dah nampak. Ibu????????

Dengan 3 kali push (ayah yg ajar sebenarnya macam mana nak push), lahirlah Puteri sulung ibu dan ayah, Damia Aleesya bt Khairuddin dengan berat 2.6kg pada jam 5.43 pagi. Hilang segala sakit ibu apabla melihat Aleesya di atas perut ibu. Ayah pula dengan mata yang berair mencium dahi ibu sambil mengucapkan ‘ I love you, sayang’. Dan sebagai kenang-kenangan ayah juga telah merakam saat-saat ibu melahirkan Aleesya.



KELETAH2 DAMIA ALEESYA SEKARANG
(Ya Allah Ya Tuhanku, Kami bersyukur atas anugerah mu ini. Semoga Damia Aleesya menjadi seorang anak yang solehah, cerdik akal fikirannya, taat kepada kedua ibu bapa dan permudahkanlah untuk kami menjaganya di dunia dan di akhirat. Amin...................)

P/s: Yg tak tahan tu lepas ibu dimasukkan ke bilik perseorangan, ayah boleh kata: “ Senang nyer sayang beranak, tak sakit sangat kan, org lain berjam2 nak lahir anak sulung, sayang kejap jer”.

Yg Dr. pulak boleh cakap macam ni kat ibu:

“ You senang la lahir anak, lepas 6 bulan boleh planning tambah lagi 1 anak”

Yg nurse pulak cakap macam ni:

“ Puan lahir anak sulung kejap jer, untung puan. Tak payah planning2 lah nak jarakkan anak”.

Ibu - @@##%$^**()&^*&*))*%$^*())&$#@@$%^&UUII



** Terus terang ibu katakan yang ibu langsung tidak pernah mendengar dan mencuba barangan Crabtree and Evelyn ni. Inilah first time ibu mendengarnya. Tapi ibu yakin akan kualiti barangan ini kerana jika tidak, masakan ibu addin dan nasa sanggup menghadiahkan barangan ini kepada pemenang. Ibu yakin akan keharuman barangan ini dan jika ibu diberi peluang untuk mencubanya pasti harumannya akan memikat hati sesiapa yang cuba mendekati ibu. Dan ibu juga percaya bahawa jika ibu tiada di sisi anak2 dan suami ibu, pasti mereka akan merindui ibu serta keharuman Crabtree and Evelyn ni. Keharuman boleh mengeratkan lagi hubungan sesama kita**






Thursday, July 23, 2009

::THE UNIQUE WEDDING PHOTO CONTEST::

Sebenarnya niat ibu nak masuk contest ni dah lama. Masa awal2 penganjur ni publishkan contest ni lagi..................Tapi keinginan ibu terbantut jap coz ibu tak der softcopy, filem atau cd untuk cari balik gambar2 wedding ibu. Almaklumlah, zaman kitaorg kahwin dulu2 (5 years ago) tak sehebat zaman sekarang. Yang diaorg bagi cuma gambar yg dah siap cuci & edit utuk letak dalam album sahaja.Tapi akhirnya ayah yang merupakan supporter ibu paling kuat telah memberi idea untuk scan jer gambar yang ada kat album tu..........Bila dah scan, gambar scan tu lak dok terperap dalam laptop ibu ni...............alasan lambat lg tarikh tutup.........tup,tup tgk mak aiii......lagi 4 hari contest ni nak close. So apa lagi, hari ni cepat2 lah ibu submit photo yang bagi ibu tersangat lah unik (pada pandangan ibu n ayah ok).

So contest kali ni dianjurkan oleh e-caR NazRin aka ibuEiymann. Antara syarat2nya adalah:

1. Terbuka kepada semua blogger tegar

2. Uolls diwajibkan menjadi Follower blog e-caR NazRin aka ibuEiymannserta add link blog ini dalam blog list uolls

3. Sila tempek gambar di atas sebagai banner di sidebar blog masing2..banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini

gune link ni: http://ecarnazrin.blogspot.com/2009/07/unique-wedding-photo-contest-sticky.html

4. Sila buat special entry contest ini dan upload 1 keping gambar perkahwinan uolls yang ter UNIK / UNIC / UNIQUE.. pada gambar tersebut sila nyatakan:
- Nama uolls & suami/isteri: (full/nick name)
- Tarikh Tunang, Nikah, Bersanding, Resepsi, Bertandang etc:

5. Sila jawab 2 soalan wajib:

i) kenapa uolls rasa gambar yang dipilih itu UNIK/UNIC/UNIQUE..??
ii) kenapa uolls suka membaca blog
e-caR NazRin aka ibuEiymann??

6. Pastikan di dalam entry uolls ada dinyatakan link2 tersebut (no link back will be disqualified):
link blog ini:
http://ecaRNazRin.blogspot.com/
link contest ini: http://ecaRNazRin.blogspot.com/2009/07/unique-wedding
-photo-contest-sticky.html

7. Setelah siap entry tersebut, sila tinggalkan
URL-link-contest-uolls di ruangan comment pada entry ini sebagai tanda uolls SAH menyertai contest ini..ini juga memudahkan para juri membuat edisi terjah ke blog uolls


::SEMUA SYARAT2 KAT ATAS HAVE DONE::
::SO GAMBAR YANG DIPILIH OLEH IBU DAN AYAH IALAH::

NAMA ISTERI: ZAMZARINA BT ZAKARIA
NAMA SUAMI: KHAIRUDDIN B MUHAMMAD

TARIKH DECLARE: 30/07/00 - UTM
TARIKH TUNANG: 20/02/04 - PASIR MAS, KELATE
TARIKH NIKAH DAN KHATAM AL-QURAN: 10/09/04 - PASIR MAS, KELATE
TARIKH HONEYMOON: 12/09/04 - PULAU REDANG
TARIKH MAJLIS RESEPSI: 26/09/04 - JOHOR
TARIKH BERSANDING: 16/11/04 - PASIR MAS (RAYA KE-3)
TARIKH BERTANDANG: 17/11/04 - KOTA BAHRU (RAYA KE-4)

Ibu rasakan inilah gambar perkahwinan yang paling unik bagi ibu kerana

1. Ayah dan ibu sanggup memakai costume JAWA walaupun berasal dari kelate
(zaman dulu2 tak femes pakai baju jawa2 ni.....semuanya sibuk nak gaun kembang2 & tuksedo, sekarang ni jer baru femes pakai baju jawa sejak2 mawi n ekin pakai costume jawa masa persandingan mereka, boleh cam gitu ekkkk?? Tapi tak pa lah, sekali seumur hidup. Pas ni ntah ader can atau x nak pakai baju cam ni lagi)

2. Ayah sanggup pakai kain dan duduk bersimpuh
(Cuba lah uolls tgk betul2 gambar tu....masa ayah tgh duduk tu, rasanya tahap gaban gak lah ayah control coz kain tu ketat kat punggung..hahaha.....)

3. Rambut ibu kat depan yang unik tu
(Actually tu bukan rambut betul, tu rambut yang ditempek kat kepala ibu supaya nampak lain. Lagipun memang ibu request nak rambut tu coz masa Erra Fazira kahwin ngan Yusry tahun 2003 , Erra pun tempek rambut tu gak....kiranya ibu ni peminat setia Erra la)

4. Posing yang mengancam tu
(Ikhlas ibu katakan bahawa posing tu adalah posing candid daripada kami sendiri dan bukan tunjuk ajar daripada photographer ok......ibu siap request lagi "boleh tak kitaorg buat gaya sendiri")

5. Jelingan mata antara kami yang tajam itu dan pautan erat tangan
(Itu adalah jelingan dari hati weolls yang suci dan ikhlas serta pautan tangan erat yang bermaksud "hingga ke hujung nyawa dan syurga"................bukan lakonan dan rekaan semata2)


Kenapa ibu suka baca blog e-caR NazRin aka ibuEiymann

Actually ibu dah kenal penganjur contest ni melalui friendster ibu. Ibu pun dah biasa YM ngan penganjur contest ni share masalah BF. Kemudia bila ibu tahu yang penganjur contest ni mepunyai blog, ibu pun mula jadi silent reader kepada blog tersebut. Ibu suka baca blog e-caR kerana banyak info2 tentang BF kat situ. Selain itu melalui blog Cupcake-ecaR juga ibu telah menadapat inspirasi untuk membuat cupcake sendiri (walaupun ibu tak pernah menghadiri mana2 kelas cup-cake). Ibu cuba sedaya upaya membuat cupcake sendiri berdasarkan info2 yang ada dalam blog cupcake-ecaR pada FATHER'S DAY yang lepas. And the result was not bad (masuk bakul angkat sendiri hohoho..........)


So kepada sesiapa yang berminat dan ingin memenangi hadiah wowwww iaitu berupa beg Guess dan juga hadiah misteri bagi penyertaan yang ke 7, 17, 27 and so on.......................boleh lah singgah di:
http://ecaRNazRin.blogspot.com/
http://ecaRNazRin.blogspot.com/2009/07/unique-wedding
-photo-contest-sticky.html

REGARDS:





Tuesday, July 21, 2009

::SKRIP 7707::

Tak habis2 lg citer pasal last weekend yekk...............ok ni ibu nak citer yg last sunday after pergi MATTA FAIR n makan2, ibu n ayah pun hantar lah Damia Aleesya balik...........tiba2 ayah ajak ibu gi dating tgk wayang..........ibu on jer tapi citer apa nak tgk???? Ibu n ayah suka tgk citer jiwang2 compare to citer lain.....walaupun org lain sibuk ngan Transformer & Harry Porter, ibu n ayah langsung tak amik port pasal citer tu............Disebabkan dah tak tahu nak tgk citer apa....ibu pun suggest kat ayah tgk SKRIP 7707.................

Ni la 1st time ibu n ayah tgk movie kat MBO CINEPLEX @ U MALL PULAI UTAMA.........selalunyer ibu n ayah suka tgk movie kat Jusco Tebrau or Pelangi Leisure Mall, tapi since dah ader yg dekat ni, why not ibu n ayah cuba tgk movie kat sini................not bad la cineplex dia..........tapi ramai students la pulak.....may be market students kot................



tiket masuk.........kul 8.45 mlm


ni lak time ayah tgh beli some drinks and popcorn

candid from ibu - jln nak masuk tgk movie

skrip 7707 ni mengisahkan satu filem yang ader 9 kisah hantu yg berlainan................mula2 takut gak lah, nasib baik lah ader kotak popcorn tu yg boleh jadi penghadang utk ibu time hantu keluar.....tak pun ibu tgk kat celah2 jari jer..........hehehe..............tapi seriuosly la citer ni tak takut sgt pun coz baru jer kita nak amik feeling takut tu, then dia tukar citer hantu lain pulak......kalau ibu bagi 3 *** jer dari 5*****...........

Nak dijadikan citer, habis jer movie tu, boleh pulak ibu n ayah terjumpa staff ayah duduk betul2 depan ibu n ayah kat cineplex tu...........ala teacher mazaitul yg baru lepas kahwin tu..........(gi dating ke)......tak sangka lak boleh terjumpa....hehe.........

So kepada sesiapa yg ader sifat penakut sikit tu, ibu syorkan bolehlah tgk citer ni coz tak seram sangat pun............kalau seram dah lama ibu tak gi tgk coz ibu ni penakut bangatttttttttttttt ..............hahahaha




::KISAH GULA2 @ MATTA FAIR

Last sunday, ayah, ibu & Aleesya sempat lah gi MATTA FAIR @ The Zon Regency. Boleh lah ibu & ayah survey2 serta cuci2 mata Year End Vacation nanti nak gi mana..............tapi mesti tak leh gi jauh2 kan coz baby Ayyunie kecik lagi............ayah sebenarnyer meleleh air liur nak gi Island for snorkelling and diving..........ayah kata sebelum ader Aleesya boleh dikatakan tiap2 tahun ibu n ayah gi island.......tapi tahun 2007 tak gi coz ibu ngandungkan Aleesya, tahun 2008 lak, Aleesya masih kecik n takut sunburn kulit Aleesya nanti, tahun ni????? conform la x leh gi island lagi coz baby Ayyunie kan masih kecik..............sabar yeh ayah, nanti tunggu baby Ayyunie besar sikit kita qada sekaligus ................

The pics below adelah masa entrance nak masuk Hall. Actually matta fair ni ader 2 hall. Sempat lagi ayah gantungkan Aleesya kat banner tu yerkkk......

Nak dijadikan cerita, ibu & ayah tak pernah ajar Aleesya makan gula2. Kalu ader gula2 kat rumah pun, Aleesya buat main2 jer & x pernah pun ader org bukakan bungkusan gula2 tu. Tapi hari tu, ader lah sorang chinese lady ni bukakan bungkusan gula2 then bagi kat Aleesya masa sorang lagi chinese man bagi penerangan about the vacation kat ayah n ibu.....Aleesya pun aper lg ngap jer lah............pics kat bawah ni show how Aleesya ate gula2 dengan x pandainyer, mula2 Aleesya jilat2 cam makan ais krim tu, then gigit2 tapi tak juga hancur..................last2 ayah suruh Aleesya buka mulut and suddenly gula2 tu jatuh bawah.....................

Pic kat tgh tu pulak menunjukkan Aleesya br habis nangis coz nak jugak gula2 tu.......Punyelah kejong Aleesya nangis (selalunyer x pernah buat hal pun, tapi sweets punya pasal tiba2 lak nangis). Manalah ayah nak cari gula2 ni..........last2 ibu ternampak ader some gula2 kat dalam bowl atas meja sapa ntah....ibu pun amik jer gula2 tu then terus bg Aleesya.........Barulah happy jer......jalan punya jalan, Aleesya nampak clown, Aleesya takutttttttttttttt.........................then ayah pun dapatlah idea cam mana x nak bg Aleesya mkn gula2 tu............ayah umpan ngan belon bentuk kucing kat Aleesya, barulah Aleesya buang sweet tu.....................fuhhhh...ayah kata lega coz tkt tertelan jer..............

Pics kat bawah ni lak ayah amik masa Aleesya & ibu nak balik.....................kiri kanan bahu ibu dok bawak beg yg penuh berisi pemplet ngan air mineral free......tu tak masuk yang bawak ngan tangan lagi tu................so enjoy the pics.........................




Aleesya & Cousin, Aida..............

Last saturday, after makan2 kat singgah selalu and jalan2 kat Danga Bay, Aleesya pun gi la bawak Tok Ayah n family gi umah Mama Chik kat Ulu Tiram..................sementara tunggu mama chik balik keje, sempat lah Aleesya main2 ngan cousin Aleesya, Aida.......

Kalu you all perasan, nampak tak bunga warna purple kat rambut Aleesya.........ni ayah punya keje la ni..........habis bunga rumah org ayah petik letak kat rambut Aleesya.........BTW, I LIKE FLOWERS........

Tapi satu yg pelik, cousin Aleesya si Aida tu memang langsung tak nak amik gambar, setiap kali nak amik gambar jer, mesti dia lari...............huhuhu, kenapalah awak tak suka amik gambar, rugi tau..........so enjoy the pics...................



Monday, July 20, 2009

::Lagi2 singgah selalu & Danga Bay::

18th July 2009 (sabtu)

Balik dari Clark Hatch, terus ibu & ayah bawak Aleesya, Tok ayah n family gi lunch..................... Tempatnyer mestilah kat Restoran Singgah Selalu tu........restoran keluarga kegemaran ayah.......So enjoys the pics.................

enjoy the food sambil2 tgk keletah Aleesya


baik jer baby Ayyunie masa kitaorg mkn....sekarang tgh belajar pegang botol susu sendiri


Aleesya n Cik Ngah
(Ni la first time Cik Ngah tgk Aleesya coz Cik Ngah tgh study kat Russia)


Ni lak pics Aleesya enjoy main2 kat Funland yg disediakan..............



After take lunch, we all pun singgah jap kat pantai Danga Bay amik2 gambar buat kenangan...............................


berlatarbelakangkan Cruise yg ibu & ayah naik tu........


apa yg tok ayah buat kat Aleesya tu???


Ibu and baby Ayyunie

Aleesya yg teruja tgk beach


sama happy jer ayah n baby Ayyunie



sama jer senyuman ayah n anak........seronoknyer Ayyunie dapat kena angin laut









::AEROBOX @ CLARK HATCH::

18th July 2009 (sabtu)

Dah lama ibu tak update story mory about Clark Hatch kan...........Ye la bayangkan almost 2 week ibu x pergi gym........last weekend full dgn program, weekdays lak bizi jer. So pagi ni nak x nak kul 9am, ibu n ayah gi clark hatch (walaupun family dr Kelate ader), kalau x bila lg nak gi.....lepas ni conform bizi nyer coz dok melayan tok ayah n family gi sana gi sini jalan2................. Yang best nyer kalau pergi pagi2 clark hatch ni, ibu n ayah leh join group classes........antara group classes yg ader ialah aerobox, yogalates, freestyle cycling, salsa, funs robics, bollywood dance, belly dance, hiphop dance, cardio boot camp dan mcm2 lah lgi...................(tak tahu nak sebut pun ader)

So pagi tu ibu n ayah sempatlah join kelas aerobox tu.........participants semuanyer ladies, around 15 persons.......tapi satu aleesya n ibu respect kat ayah walaupun semua ladies ayah tetap jadi supporter and sporting guy kepada ibu coz ayah lah satu2 nyer lelaki tunggal yg join aerobox tu selain dari intructornyer lelaki..............you're sporting ayah.................memang tabikkkkkk la kat ayah.............actually most of participants tu dah kenal ibu n ayah masa kat Hawaiian Nite tu.....so memang diaorg pun sporting gak lah...........

Tapi apakan daya........ayah sempat join aerobox 20 minit jer coz dah tak larat sgt.......peluh sakan ayah.............ibu lak setiap kali tgk ayah aerobox, mesti ketawa kecil kerana kesian tgk kat ayah..ye lah baru 1st time join kelas ni........terkedek2 ikut rentak lagu (jgn marah yeh ayah...)

So ibu pun sambunglah aerobox tu almost 1 hour........... fuhhhh.........kalau lah ibu hari2 buat aerobox ni mahu slim cam ikan kering rasanyer..........penatnyer alahai...............baju tu kalau perah rasanyer boleh 1/2 cwn air...............

Tapi apa nak buat, ibu x sempat nak snaps pic masa tgh buat aerobo
x coz memang non stop within 1 hour tu. Gambar kat bawah ni pun ibu amik masa ayah tgh call tanya dah sudah ke belum, so apa lg cpt2lah snap pic...........



masa ni dah last2 aerobox.........kiranyer streching b4 tamat kelas lah.......


Pics kat bawah ni lak masa ibu n ayah tgh work out ngan equipments masing b4 masuk kelas aerobox tu........

mula2 sampai ibu terus works out ngan threadmill ni....siap layan movie tu..........tapi hampehh la...x sampai 5 minit ayah ajak ibu work out kat atas.......dia kata kalau work out kat atas leh tgk view.............layannnnnnnnnnnnn


ni la antara view yg boleh nampak............ayah tu tak habis2 nak tilik keta la tu............


bersungguh2 ayah.........kita tgk sapa slim dulu yeh........

kat sini bukan main lagi ayah yehh............rajin jer kayuh basikal ni, padahal kat umah pun ader, tapi buat tak nampak jer yg kat rumah tu yehhhh..........


candid from ayah..........bersungguh2 ibu angkat benda tu ngan kaki...........


Sunday, July 19, 2009

::Apabila Aleesya terlepas dari ?????::

17th July 2009 (Jumaat)


Pagi ni, tok ayah, ayah mi & cik ngah dari kelantan datang jb nak tgk baby Ayyunie coz tok ayah n ayah mi x tgk lg baby Ayyunie manakala cik ngah lak baru seminggu balik dari study di Russia.............

Nak jadikan cerita, kebetulan ptg tu we all satu family minum petang kat garden new look tu (selalunya waktu keje ibu n ayah x balik ptg, tapi hari tu curi2 balik) and Aleesya pun apa lg ambil kesempatan la main basikal kat luar rumah coz ayah mi ader melayan Aleesya. Selalunyer Aleesya main basikal kat car porsh jer, tu pun kadang2 main kul 10 mlm lepas ayah n ibu balik keje......................

FYI, kalau ayah n ibu gi keje, they will on the alarm. So memang time ibu n ayah keje, Aleesya akan terkurung dalam rumah dgn bibik n baby Ayyunie. Jadi bila time ayah balik ptg2 cam ni lah, baru Aleesya leh terlepas dari rumah.........so mari kita tgk apa gelagat Aleesya bila terlepas dari rumah...................



aksi merempit daripada Aleesya


apalah ayah tgh buat kat aleesya ni???? sambil diperhati oleh ayah mi & tok ayah


tok ayah yg sedang tgk Aleesya main


'tolak lah laju 2 sikit ayah'


ayah yg kepenatan menolak Aleesya, tu yang bertongkat kat lutut tu


it's my turn to push ayah pulak


This hensemm guy is Dyylan, my neighbour

sama2 terlepas........tu yg boleh merempit sama2 ni............

Friday, July 17, 2009

@@GREEN & POT LUCK THEME@@

17th July 2009

Semalam students kelas ibu ader tema lagi..... kalau u all still ingat tema kali ni ialah green & white. Yg bestnyer kali ni students ader port luck party sempena habis percubaan UPSR diaorg.....(ewah, ewah..........students ibu celebrate cam habis UPSR lak). Dan yg best nyer lagi, Aleesya pun ikut serta dalam party ni...................So enjoy the pics..............



...............We are all in green & white...............
(Yg x hairannya, how can cikgu-cikgi lain pun pakai baju hijau, cam janji2 lak)


"peace" from ibu
(alamak, malu lah Aleesya gi school bawak milk)


Antara xtvt yg sempat Aleesya join, main ABC


sukanyer students ibu dapat main


xtxt seterusnyer.......actualy ibu dapat idea main xtvt ni masa gi Hawaiian Nite, tapi ibu adjustkan sikit corak permainannya agar lebih sesuai utk students ibu


makan time..........banyaknyer makanan, dah lah best2 lak tu, memang leh harap....

malunyer........Aleesya makan sampai jilat bibir tu, ayah lak khusyuk nyer makan......

sesi tukar2 hadiah..........hadiah ibu dpt kt abang atas ni...........


Hadiah abang ni lak dapat kat ibu......kiut sangat hadiah nyer


free style........bersama ngan cikgu-cikgi yang kebetulan ikut tema
(cari mana Aleesya)


Dan pemenang untuk tema ini ialah, Abang Firdaus (hensemm la abg ni), kak Fatini (you vouge) n kak Eizzah (ala tomei2 nyer akak ni)
(yg si kecik kat depan tu menang tanpa bertanding ok)


p/s: walaupun penat coz separuh hari gi shopping kat Jusco, then keje lak masa tgh, tapi time malam ibu, ayah n Aleesya tetap enjoy celebrate this pot luck party - hope you guys get the best in UPSR exam..........good luck............................................................................................................