Tuesday, May 31, 2011

Resepi Sup Tulang betul2 KAW


Ahad lepas..
Kawan lama ayah damia masa study kat UTM dulu datang rumah..
Baru balik dari HOLLAND study PHD..
Lama jugak diaorg berbual..
Sambil2 datang survey nak sewa rumah kat area perumahan kawasan rumah ibu ni..

Dah alang2 lama berbual tu..
Ayah damia ajak lunch kat rumah ibu..
So, resepi paling senang, buatlah sup tulang..
Nasib baik malam sebelum tu dah rebus tulang tu awal2..
Memang rezeki diaorg betullah..


 BAHAN-BAHAN

halia*
bawang putih*
bawang merah*
lada hitam*
serbuk sup
sup bunjut
kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih (rempah ratus)

1. Mula-mula rebus tulang bersama halia sehingga empuk.
2. Kemudian tumis bahan2 yang ditumbuk di dalam kuali, masukkan juga segala rempah ratus...goreng sampai kekuningan
3. Kemudian, masukkan rempah sup dan sup bunjut dan goreng sampai garing
4. Apabila tulang betul2 empuk, jangan padamkan api, terus masukkan bahan2 yang digoreng tadi.
5. Kemudian masukkan 2 keping asam jawa.
6. Akhir sekali masukkan garam dan ajinomoto.

* kalau suka boleh juga masukkan ubi kentang...ibu memang masukkan ubi kentang sebab senang nak lenyek2 dalam nasi anak2..
* tip tulang cepat lembut - rebus tulang bersama sudu besi
* Akhir sekali, pastikan sup dihidang dengan daun sup, bawang goreng dan perahan limau nipis...



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 
Post a Comment