Wednesday, May 25, 2011

Resepi Sambal Mangga


Kadang2 kalau makan nasi rasa tak sah kalau tak der sambal kan..
Tak kira lah sambal belacan ke, sambal tempoyak ke atau sambal ikan kering..
Ni nak kongsi resepi sambal mangga yg dibuat ahad lepas.


Bahan-bahan:

Cili api - *
Cili besar-*
Tomato-*
Sedikit belacan-*
Garam dan gula-*

Buah mangga muda (saya guna mangga epal yg kulit dia licin gebu tu)
Asam limau nipis

 Kisarkan kesemua bahan2 yang bertanda -*... Pastikan ana mengguna pengisar yang kering tu yer..
Kemudian, masukkan bahan2 yang dikisar ke dalam mangkuk...
Parut mangga dengan menggunakan pemarut yang dikhaskan..
Kemudian campur semua bahan2 dalam mangkuk tadi dan gaul..
Akhir sekali perahkan limau nipis tadi...
Siap..

p/s: Senang jer kan..tapi rasanya memang memikat lidah...hehe






Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 
Post a Comment