Saturday, May 7, 2011

Peluang Jadi Ratu Kebaya Jamu Mak Dara



Peluang Jadi Ratu Kebaya Jamu Mak Dara!

KUALA LUMPUR, 4 MEI 2011: Penaja utama program Apa Kata M (AKM), Jamu Mak Dara meneruskan tradisi setiap tahun dengan menganjurkan Pencarian Ratu Kebaya Pancaindera Mak Dara 2011.
Apa yang pasti, penganjuran pertandingan ini adalah sebuah program anjuran Jamu Mak Dara Sdn Bhd dengan kerjasama Mingguan Malaysia.
Pertandingan ini bukan hanya memberi fokus terhadap produk Jamu Mak Dara akan tetapi ia mahu berkongsi pelbagai informasi yang diisi dengan khdimat perunding kesihatan yang akan dikendalikan oleh pengasas Jamu Mak Dara sendiri iaitu Ibu Halimah Shuib.
Dalam pada itu,Halimah yang lebih mudah disapa dengan panggilan ibu juga akan berkongsi segala petua kebahagiaan rumah tangga secara tradisional bersama para peserta program ini.
Apapun, Pencarian Ratu Kebaya ini adalah untuk membuka ruang kepada semua lapisan peringkat usia untuk memeriahkan lagi pertandingan yang sering dianjurkan Jamu Mak Dara.
Difahamkan, untuk pertandingan ini, pihak penganjur telah membahagikan kepada dua kategori iaitu kategori A bagi wanita yang memiliki berat badan di bawah 59 kilogram manakala kategori B pula adalah untuk wanita yang comel dan mempunyai berat badan 60 kilogram ke atas.
Johan pertandingan bagi peringkat saringan akan menerima wang tunai RM500 dan hamper bernilai RM100 berserta cenderahati eksklusif dari Mingguan Malaysia.
Naib johan pula akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, manakala tempat ketiga akan menerima wang berjumlah RM150 dan hamper. Lapan lokasi telah terpilih untuk peringkat saringan iaitu di Shah Alam, Penang, Kuala Terengganu, Melaka, Seremban, Johor Bharu, Kuantan dan Kuala Lumpur.
Juara bagi kedua-dua kategori akan diserap automatik secara layak untuk ke peringkat akhir yang akan berlangsung secara gilang gemilang di Kuala Lumpur pada 3 Disember depan.

Hadiah pertandingan yang ditawarkan sangatlah lumayan di mana Johan akan membawa RM5,000, hamper Jamu Mak Dara, percutian ke Bali oleh Plus&Plus Travel&Tour, selain berpeluang menjadi model Jamu Mak Dara dan Forest's Secret. Sekiranya berminat, sila hubungi 019-2247191 untuk keterangan lanjut.

Sumber: Sini

p/s: Kepada yang berbadan ramping tu, jangan lepaskan peluang...daku memang tak ramping sangat yer...

p/s: Thanks to nurul azham sebab bagitau pasal contest ni...hehe...







 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!

5 comments:

Mama Zharfan said...

owh..me memang sgt2 tak layak :p

iduraz said...

owh, ada juga utk kategori berbadan chumiell gak ek (60kg++)..hehe

Unknown said...

Eden lagi lah 'out'...ekeke :D

Ayu nie kompom masuk kan? Ada chance monang lagi nie...dulu ratu shadira dan kelak bakal ratu mak dara pula ;)

Ucapan dari si comel: Selamat Hari Ibu!

ZanaNordin said...

wah..apa salahnya cuba nasib ayu
pengalaman dah ada tu

wah....kategori utk 60kg ke atas pun ada erkkkk......

Ummi Eisya&Amani said...

try la ayu..mana tahu ada rezeki ke..nak ramping mcm anak dara tu mesti susah le sbb dah ada anakkan tapi ayu still ada cuting lagi..