Thursday, May 26, 2011

Resepi Ayam Percik Berserai

Semalam masa lunch..
Sempat masak Nasi Jagung dan Ayam Percik Berserai
Ditambah pula acar timun dan nenas sebagai hidangan sampingan..

Bahan2nya sangatlah senang..

1. Blend kan halia, serai, bawang  putih, bawang merah, kunyit dan cili kering..
2. Masukkan bahan2 tadi ke dalam kuali bersama dengan santan..
3. Masukkan ayam yang telah digaul dengan garam..
4. Masukkan 1 sudu kecil halba
5. Masak ayam sampai separuh masak..
6. Kemudian panggang ayam tersebut...
7. Sambil2 tu jangan lupa selang selikan celup ayam tadi dalam kuah dan bakar lagi..
8. Bakar sampai masak dan menusuk aroma!!
Siapppp!!!


Ayam percik sedang dibakar


Kuah ayam percik


Siap!!
Kuah yang lebih tadi boleh dicicah dengan ayam percik ni..


Dihidang pula bersama dengan Nasi Jagung ni..
Memang sgt Marvelous lah kan...hehe
Selamat Mencuba!!!



Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 
Post a Comment