Monday, May 16, 2011

Fast and Furious 5 || Pergi kali ke 4 baru dapat tgk tau..,

 Masa tahu yang fast and furious 5 ni akan release pada 9 May..
Memang dah decided ni antara salah satu movie yang WAJIB ditonton di pawagam..
Sebab kami suami isteri memang pengikut setia movie fast and furious dari yang mula2 lagi..
Sampai lah yang  last few years - 2 Fast 2 Furious -Tokyo Drift tu..

Movie ni released pada 9 May....tak leh gi tgk sebab ader hal..
Maka pergilah beratur kat MBO beli tiket pada 10 May lepas balik keje kul 10 malam..
Perghhhh..ramai giler org dok beratur beli tiket..
Sampai2 kat kaunter, TIKET HABIS..

Pastu keesokkan malamnya...11 May...gigih gak gi tu..
Tak der org ramai sgt...tapi sampai jer kaunter...huaaa..TIKET HABIS LAGI...
Sedih tul :(

Selang beberapa hari kemudian....kalau tak silap masa tu Filem KONGSI baru release first day..
Tgk org ramai jer beratur..dengan harapan diaorg ni semua nak tgk filem KONGSI lah kan..
Perghhh..mendidih jiwa weiii..sampai2 kaunter jer.
TIKET HABIS JUGAKKKKKKKKKKK..
Budget tak ramai lah yg akan tgk filem ni lagi sebab dah 1 week ++ released kan..

Tak leh jadi ni..movie ni WAJIB kena tgk ok..
Last2 masa hari jumaat haritu, lepas ayah damia solat jumaat..
Cepat2 pergi MBO beli tiket siap2 utk tayangan jam 10:30 malam..
Ayah damia cakap, dia org pertama beli tiket tu...hehe..
Siap pilih couple seat yg besar gedabak itu lagi..

Akhirnya malam tu dapat lah jugak tgk movie ni...
Nasib baik ler beli awal..sebab awal2 lagi dah nampak notis
"Fast & Furious 5 - 10:30pm - Sold Out"
Kali ke 4 pergi baru dapat tiketnya...



Review movie ni...googled sendiri jer lah erkk...
Ni komen peribadi selepas tgk movie ni..
Yg boleh cakap..memang mantap dan bestttt..Nak bagi 6*/5* boleh???
Hehehehe..terlebih 1 star pulak..

 Memang korang takkan menyesal lah tgk movie ni..
Alahhh..movie ni yg sebelum2 ni pun not bad jugakkan..
Nak tau kenapa yang ni the best..
Sebab kebanyakan pelakon dalam Fast & Furious 5 ni adalah pelakon2 dalam Filem2 Fast and Furious sebelum2 ni..
Dah macam reunion Fast and Furious pulak rasanya..
Tapi bila pelakon2 hebat digandingkan dalam 1 filem..
Pasti hasilnya mantap serta meninggalkan kesan kepada penonton kan..
Memang puas hati lah tgk movie ni..

Komen lain?? Hurmm...sangat suka dengan pelakon utama tu....Domicic Toretto...


Suka Dominic Toretto sebab dia sgt pandai merencanakan segala strategi dia...
Pastu tak mudah gabra dan kelam kabut...
Lagi satu nampak jer ganas, tapi hati penyayang...terutama kat adik dia dan Brian Connor tu..


Lagi satu, suka sgt tgk dia ni...
Dari zaman dia berlakon filem 2 fast 2 furious: Tokyo Drift lagi...
Sebab dia ni sgt COOL...
Dalam filem terbaru ni pun dia memang COOL..
Kalau tak silap nama sebenar dia SUNG KANG...

HIGHLY RECOMMENDED!!!!
(largest font lagi...ekekek)

P/S: Semalam sempat memanjakan muka dan buat facial di somewhere...di mana tu???...tungguuuuuu



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 
Post a Comment