Wednesday, February 2, 2011

Ni posing ke belajar ni???

Wah wah..
Bukan main lagi rajin yer...
Ngan buku pun nak posing..
Tapi sebenarnya memang saja suruh posing pun..
Sebab nak masuk contest punya pasal..


Ayyunie, kalau dah dapat buku ni..
Memang suka betul main2 cube perkataan tu..
Comey jer tgk tangan manis ayyunie dok pusing2 cube tu..


Ayyunie semalam sangat sporting yer..
Macam2 gaya dibuatnya..


Yang ni candid..
Tgh asyik dia dok belek2..
Apa lagi..klik klik lah kan..


Buku tu org yang bagi present masa birthday ayyunie tahun lepas..


Aleesya mana boleh tahan kalau tgk ibu dia pegang kamera..
Mesti nak enterframe jugak..hehe
Aleesya tak yah kita suruh pun..
Dia yg volunteer akan buat gaya...


Sampai terbaring2 baca buku yer..
Alhamdulillah..
Aleesya dah banyak improvement sejak2 gi TADIKA tu...
Moga2 anak2 ibu menjadi pelajar yang bijak..

p/s: Mendidik anak membaca dari kecil sebenarnya bukan benda baru dalam keluarga saya. Kerana saya telah terdidik dengan suasana membaca di rumah, menjadikan saya seorang ulat buku semasa kecil dahulu. Walaupun sekarang ini ramai yang menganggap membaca pada usia sangat muda adalah ‘mendera’ anak, namun sebenarnya membaca itu bukanlah benda yang menyakitkan. Kita dapat lakukan pelbagai benda menerusi membaca, dari belajar menimba ilmu kepada menghilangkan stress dan juga membuang masa (dengan membaca bahan2 yang tak ada faedah).




You click me, i click you too!!


Post a Comment