Wednesday, July 31, 2013

Biarlah selendang fareeda menjadi kenangan terindah..

Tekejut saya pabila hari ahad lepas saya dapat whatapps dari seseorang yang tidak dikenali nak beli selendang fareeda saya. Katanya dia tgk dalam blog. Senang citer silent reader saya..

Kebetulan pula masa tu kat butik Zarina Ayu Collections, so bagitau dia yang saya akan whatapps gambar2 selendang yang still available lagi masa saya balik rumah nanti....tak banyak yang tinggal lepas saya buat garage sale semua shawl saya awal tahun aritu. Yang tinggal ni yang banyak meninggalkan kenangan manis serta shawl yang paling saya suka..

Antaranya shawl biru + pink tu adalah first2 tudung jenama fareeda saya beli dengan dealer dari Sabah. Best kualitinya sebab chiffon gred AAA. Lepas tu shalw coklat + mustard tu photoshoot dengan Dutch Lady dan banyak masuk dalam majalah, akhbar dan pemplet berkaitan Dutch Lady. Yang rainbow pink + purple tu pulak hadiah saguhati kenangan masa saya jadi model Fareeda 2011 dan juga masuk iklan Dutch Lady kat TV. Shawl pink + apple green tu pula shawl paling mahal rasanya saya laburkan duit beli. Beli kat Plaza Angsana. Suka sebab lembut sangat kainnya chiffon berkualiti dan warnanya pun jarang2 jumpa. Shawl polkadots tu pun saya sangat suka sebab kalau gi Holiday jer mesti sambar shawl tu. Maybe inner lycra dia labuh. Dan shawl maroon + turqoise tu pun saya suka sebab boleh match dengan banyak baju.

Tapi, dah lama saya tak pakai shawl2 semua ni...ayah damia pun banyak kali cakap kat saya, jual2 jer lah daripada bergantungan tak pakai kan. Kesian tgk shawl mahal2 bergantungan jer buat hiasan. Saya kalau labuh paras yang dikehendaki, Insyallah saya pakai lagi, tapi ni singkat sangat. Biasalah manusia kan tak putus2 nak berubah ke arah yang lebih baik. So shawl2 ni memang dah sampai masa utk dijual walaupun hati sangat berat sebab sayang kan.


Kenangan Terindah bersama shawl2 Fareeda yang banyak menaikkan nama saya.


Alhamdulillah, semalam dah selamat pos 4 dari 6 shawl yang saya ada. 
Selamat berkhidmat untuk tuan baru yang berada nun jauh di Terengganu ya. Semoga shawl2 ini memberi kenangan terindah untuk tuan barunya sebagaimana indahnya ia bersama dengan saya. 

p/s: Misi mencari shawl yang berkualiti, panjang dan lebar, ada style tapi nampak sopan serta yang penting nampak elegan dalam ciri2 seorang muslimah. Duit yang dapat, leh cover beli shawl yang baru...:)
Alhamdulillah, tak sia2 beli yang original. Terima kasih Ya Allah.

p/s: Saya ada lagi beberapa helai tudung Fareeda yang 2 layer dan 3 layer yang nak di let go. Yang berminat boleh pm facebook saya ya..:)

Post a Comment