Wednesday, July 24, 2013

Persiapan untuk Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan kepada anak-anakyatim.

Minggu ni lain macam busynya. Ya lah hampir tiap2 hari kami warga Cocodamia dan Pusat Bahasa Pelangi serta kerjasama Zarina Ayu Collection bertungkus lumus untuk menyiapkan persiapan Majlis Berbuka Puasa dan juga   Sumbangan kepada anak-anak yatim.

Masing2 ada tugas masing-masing. 


Contohnya team CocoDamia sekarang ni   Sedang menyiapkan hamper2 untuk mereka yang berkenaan. Dan juga menulis kad-kad raya untuk diedarkan kepada para stokis dan dealer sah CocoDamia. Wahhh dah lama tak tulis kad raya banyak2 cam ni.. Opss bukan saya yang tulis, kami suami isteri tandatangan sahaja..:)


Lepas tu jua menyiapkan goodies utk setiap tetamu yang hadir pada Majlis berbuka puasa tersebut. JOM UBAH, goodies biasa kepada goodies makanan sunnah lagi barakah.


Set Helwa dan Set Sultana untuk para stokis dan dealer yang banyak jua menolong mengembangkan nama CocoDamia!!! Ada yang dah dapat via COD. Ni yang jauh2 punya stokis dan dealer.


Alhamdulillah, stok HELWA kembali pulih seperti biasa. Maka semalamnya, see ramai yang membeli sambil beramal. Siap ada customer bank in duit lebih untuk ditambahkan nilai derma kepada anak-anak yatim. Semoga usaha kalian yang membeli sambil beramal diberkati olehNYA. Aminn


Wowww, Jom Ubah hamper biasa kepada hamper yang lebih berkhasiat dan mempunyai barakahnya. Kepada sesiapa orang perseorangan atau syarikat yang ingin menempah Hamper Coklat IQ ni, boleh lah sms/whatapps 0127507659 utk fast reply, fast action.


Dan warga Pusat Bahasa Pelangi jua tidak ketinggalan since isnin lepas  lagi bekerjasama dan bertungkus lumus utk menjayakan Majlis Berbuka Puasa akan datang. Sayangnya tarikh yang kami pilih jumaat ni sempena hari Nuzul Al-Quran. Tapi tempat penuh pula. So postponed next week. 

Banyak jua kerja2 utk warga Pusat Bahasa Pelangi ni. Ada team tadarus, ada yang azan Live, ada yang mengalunkan zikir live, ada penyambut tetamu dan bahagian kaunter pendaftaran dan macam2 lagi bidang tugas yang perlu diselesaikan.

Ya Allah Ya Tuhanku, izinkanlah kami semua dipermudahkan kerja serta urusan  pasa hari tersebut. Engkau limpahkan lah kurniaan ReZeki dan Berkatilah Majlis kami pasa hari tersebut. Jauhkan lah kami dari sebarang permasalahan serta kesulitan pada hari tersebut. Izinkanlah Ya Allah. Terima Kasih Ya Allah.





No comments: