Monday, July 1, 2013

Makan-makan di Restoran Mohd Chan, Bangi

Semalam saya ada half day trip to KL atas urusan business CocoDamia. Bertolak jam 12 tengahari, kul 3 petang sampai. Tup tap tup tap berurusan, rupa2nya baru sedar yang pukul dekat pukul 5 pun kami masih Lunch lagi. 

Pusing2 area Bandar Baru Bangi, tak tahu dah nak makan apa. Selalu memang tak lepas lah Restoran Yati Ayam Percik dan Ana Ikan Bakar Perai tu. Tapi kalini nak cari makan yang simple2 jer. Sekali terjumpalah Restoran Mohd Chan ni. Ramai dah blogger buat entry makan2 kat Restoran ni.


Walaupun jam menjejak ke angka jam 5 petang, orang tetap ramai dalam tu. Penuh semua meja. Tinggal 1 jer lagi meja kat celah dalam tu. Bolehkan ajer janji dapat makan dengan cepat kan. Hihi.


Rata2 nampaknya order ribena laici. So kami pun order 2 gelas ribena laici juga. Tempat baru kan, so tak sure apa yg sedap. Kami pilih makanan dalam menu yg tulis "recommended" jer.. Hihi


Paling cepat sampai. Nasi ayam utk Ayyunie. Lapar yg amat agaknya. Habis satu pinggan.


Char Kuew Tiaw utk ayah damia. Tak berapa recommended. Tawar... Huhu


Kantonis bihun utk saya dan Aleesya.. Yang ni betul2 recommended. Habis licin kami berdua makan. Hihi..


Masjid feberet kami utk singgah solat kalau ke KL. Siap beli baju muslimah lagi datang sini. Dah ada beberapa helai baju muslimah hasil dari shopping di sini sahaja termasuk yg both Damias punya. 

P/s: Lepas tu kami ke rumah cousins both Damias pula. Kejap jer. Lepas solat maghrib terus balik JB. Alhamdulillah, sampai JB jam 11:30 malam. Memang betul-betul half day trip ni!!!


1 comment:

Sidratul Muntaha said...

klu gi bangi kami recommend di Homst Recipe
mohd chan ni dah kurang sikit