Tuesday, July 30, 2013

Kucing pembawa rezeki!!!



Comelkan kucing ni.. Rata2 komen yang ni kucing bertuan sebab cantik dan terurus.. Saya pun berasa begitu sebab kucing ni sangat manja dan tak takut orang.. Kalau kucing liar tu, nampak kelibat kita je terus pecut lari kan..


Pernah dengar orang kata kucing pembawa rezeki??? Masa saya pergi seminar MMR bulan Dec haritu, penceramah cakap, kalau kucing datang kat rumah kita atau gesel2 kaki kita kat kedai, tetiba lalat ada dalam kereta, atau rerama hinggap kat kita, itu tandanya kita ada aura positif dan sekaligus menandakan kita magnet rezeki. Sebab tu binatang tu datang kononnya melalui kita juga binatang tu akan dapat makanan ie rezeki. Atau mungkin binatang tu yang bawa rezeki kat kita. Allahualam, yang penting kita Yakin Rezeki tu daripada Allah yang maha kaya. 

Dulu2 masa kecik2 sampai lah masuk U, keluarga saya memang bela kucing. Siap tido dan makan bersama. Tapi sejak dah kahwin dan ada anak2 ni, rasanya takut nak bela kucing sebab bulu kan. Lepas tu lagilah sekarang ni, mana ada masa nak bela kucing. Dengan anak2 sendiri pun terkejar2 kan..semoga kucing tu dapat jumpa tuannya kembali.

Erkkk kalau tetiba harimau datang rumah kita, adakah itu pun dipanggil pembawa rezeki?? Hihi



Post a Comment