Friday, July 26, 2013

Sumbangan daripada anda semua, hanya Allah sahaja yang dapatmembalasnya.



Salam jumaat semua...
Dan Salam Nuzul Al-Quran..
Harini Johor masih bekerja dan bersekolah seperti biasa, sebab aritu kami dah cuti sempena 1 Ramadhan kan..

Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat Illahi..persiapan utk Majlis Berbuka Puasa akan datang telah siap 80%..tinggal 20% lagi adalah utk memperkemaskan majlis serta daripada pihak katering sendiri.

Dan yang paling mengalakkan selain daripada hasil jualan barakah coklat IQ Edisi raya yang memberansangkan kerana RM1 daripada setiap pembelian sekotak akan didermakan kepada anak2 yatim, sumbangan daripada ibu bapa Pusat Tuisyen Pelangi serta para tutor juga sungguh tak disangka-sangka... Tak kira berapa jua sumbangan ikhlas anda, ia tetap mendapat saham di akhirat nanti.


Terima kasih Ya Allah atas sumbangan anda semua. Bukan sahaja saya turut mendapat rezeki yang tak disangka-sangka, malah rezeki anak-anak yatim itu jua tak disangka-sangka melalui pengantara Pusat Bahasa Pelangi dan CocoDamia..

Percayalah, setiap perbuatan yang ikhlas dan benar ke Jalan Allah, pasti Allah tak akan mengecewakan kita. Kerana Janji Allah itu pasti. Kami warga kerja hanya ikut sahaja GPS yang memang telah ditetapkan olehNYA. Subhanallah.. Allahuakbar!!!

Kepada yang masih ingin membeli Coklat IQ Edisi Raya (limited dah) atau pun yang biasa, boleh hubungi/sms/whatapps 0127560895 atau 0127507659 utk fast reply, fast action. Jom sama-sama menuju ke Sunnahtullah dan Barakah!!!

UPDATED:


Disebabkan sumbangan serta hasil jualan barakah yang kami terima daripada anda semua sangat mengalakkan, maka pihak kami telah decided bahawa pertambahan sumbangan kepada anak2 yatim akan ditambahkan lagi bilangannya. Syukur Ya Allah!!! Semoga urusan kita semua dipermudahkan pada hari jumaat yang penuh barakah ini.. Aminn..

No comments: