Tuesday, July 16, 2013

Buat Puding karamel dengan menggunakan Double Grill Pan HiG...

Nama pun ajaib, macam2 yang boleh kita buat dengan double Grill Pan HiG ni..


Percubaan pertama utk buat puding tidak menggunakan kukusan, tapi guna double grill pan ni. Masukkan bekas aluminum ke dalam pan ni. Letak separuh sudu gula dalam bekas tersebut.


Masukkan air panas satu sudu, then biarkan seketika sehingga gula tadi hangus atau bewarna keperangan.


Masukkan pula susu cair, telur, esen vanila, sekeping roti yang dicarik-carik dan gula yang telah diputar ke dalam bekas aluminium tadi. Masukkan 2 cm tinggi air dalam pan. Dan kukus sehingga masak. Gunakan api perlahan.


Taraaaa.. Lepas 5-10 minit.. Agak2 puding tu dah masak dan mengeras, bolehlah angkat.


Oh ya saya masukkan 2 biji kismis terapi saya dalam puding ni. Tapi tenggelam pulak ke dalam. Hihi.. Ok dah siap semua. Masukkan dalam peti ais. Pabila berbuka nanti, just tuangkan terbalik dalam piring dessert. Kalau tak nak tuang makan cam tu saja pun boleh..:) jimat pinggang nak basuh.


Sabtu lepas saya buat lagi satu puding iaitu puding jagung berkuah. Tu susun-susun dalam peti. Peti ais sekarang dah besar, nak masuk apa ngan periuk2 dulang2 pun boleh..:)


Lepas buat puding, guna pan yang sama, buat grill lamb pula. Mak nak makan.... Hihi.. Jadi kini tiada yang mustahil dengan Double Grill Pan HiG saya!!!

Selamat mencuba!!!!






No comments: