Monday, July 22, 2013

Murahnya pemanggang ajaib HappyCall ni..


Murahnya!!! Untuk saiz yang besar dan ketebalan yang lebih dalam. Ya, saya punya double grill pan saiz 28 beli dengan harga RM100. Yang ni dengan saiz 32 hanya RM69 sahaja. Wowwww!!! Harga yang sangat cun!!!

Saya siap tanya lagi promoter tu kenapa harga murah sangat. Promoter tu jawab, yang mahal tu sebab masuk skim MLM..percent ni dapat kat dia ni, percent tu dapat kat dia tu, tu yang diaorg dah up harga sampai jual RM150 pun ada. Yang ni direct dari kilang. OIC.. :)

Kepada yang nak beli, bolehlah ke PKNS Bangi kat Billion tu ya. Tak silap saya kat tingkat atas sekali. Saya geram2 jer nak beli, tapi memandangkan berat pula saya nak membimbit grill pan tu sambil shopping baju raya kan, so saya tahankan ajer hati. Kalau ayah damia ikut saya shopping sekali semalam, memang sah2 dah beli. Tapi tak ralat sangat tak beli sebab dah ada kan..:)

Ok, nak sambung buat proposal Majlis berbuka puasa dulu.. Banyak kerja ni..

updated: Sah komen2 kat FB dan IG saya cakap MURAH!!!!!

No comments: