Thursday, July 25, 2013

Dah lama tak beranak, jakun kejap tgk benda ni..


Masa berbuka puasa dengan kawan Libya tempohari di Hadramawt Palace, Bukit Bintang.. Ada yang bawa anak. Lepas tu masa ibu kepada baby ni nak suapkan nestum kat baby ni, wahh jakun kejap saya dan ayah damia tgk dia suap anaknya hanya dengan menggunakan botol susu yang ada sudu panjang attached siap2 kat muncung botol tu.. 

Wahhh dah canggih sekarang. Dulu2 teringat masa both Damias kecik suap nestum pakai tuppeware kecik yang boleh lekat sudu tu. Pastu kacau air panas dan suap macam biasa. Yang ni nampak lebih senang.

Ayah damia cakap, sekarang semua dah canggih, nak suap anak makan pun canggih. Saya pula cakap, dah lama tak beranak, cam mana nak amik tahu barang baby apa yang latest kat pasaran..:)


Ya Allah, comelnya baby yang bernama "masmah" ni.. Matanya bulat. Sangat behave. Sepanjang kami iftar sama-sama, langsung tak meragam. Siap tidur lagi..


Ni lah kalau ada baby girl. Macam2 aksesori boleh digayakan. Masmah baru berusia 6 bulan, tapi budak zaman sekarang pantang nampak kamera, terus senyum jer.


Aleesya memang suka baby kecik. Memang nampak dia pandai tolong jaga budak kecik. Tapi Ayyunie no no no.. Ada sedikit jeles di situ..hihi


Post a Comment