Sunday, July 21, 2013

Habis misi shopping || Berbuka di Melaka


Selalu kat rumah, bukan main senang bangun sahur semua, pagi tadi masing2 bercinta dengan tilam nak boleh ke sahur.. Masing2 malas nak tukar baju pastu turun naik lift makan kat cafe hotel.. Tapi alhamdulillah.. Berjaya juga sahur termasuklah Aleesya..


Jam 10 pagi check out, memulakan misi shopping raya di Kenanga Wholesale City. Tiap2 tahun datang sini.. Tapi hasilnya sangatlah mengecewakan.. Nak beli satu-satu harga memang tak masuk akal. At least beli 6 baru dapat harga borong.. Haishh.. Last2 tak beli apa..


So sad, ada yang baju yang saya willing nak beli walaupun harga mahal, tapi tak ada saiz lah pulak. Ada dah berkenan, yang si anak-anak punya tak jumpa warna tu. Last-last decided gi Jalan TAR..

Hurmmm lalu jer lah jalan TAR tu.. Sesak yang amat.. Dan lagi satu sebab jalan banyak tutup. Selalu kami parking kereta kat Bangunan CIMB then jalan kaki ke jalan TAR tu, ni tutup pulak.. Last2 ayah damia kata cancel shopping Jalan TAR.


Pastu kami decided shopping di PKNS Bangi pulak. Si ayah dan Ayyunie tak ikut sebab nak gi kedai aksesori kereta. Maka hanya saya dan Aleesya yg gi shopping. Kebanyakannya baju dari Kenanga juga. Harga dah up sikit dari harga di Kenanga tu..


Baju ni kat Kenanga dapatlah selai RM100.. Kat sini dapat RM140.. Berkenan sangat, tapi saiz paling kecik pun utk Aleesya kena potong kain. Habis tu Ayyunie cam mana?? Reject reject..


Try pulak baju kurung kelabu ni..si anak-anak dah dapat saiz, yang baju si ibu saiz L dah muat tapi tangan senteng lah pulak.. Haishhh macam2..


Aleesya sampai moody sebab kepenatam. Dia dah tak kisah, asal berhenti jer tgk baju, mesti duduk kat lantai urut kaki dia. Siap buat muka cakap nak balik..pastu bawak lah dia shopping kat Billion tu aksesori alat tulis dia, baru ok. Then sambung shopping balik..

Dan hasilnya tema warna baju raya yang tak pernah terfikir atau terlintas di hati. Janji baju ada saiz dan matching, cukup!!! Nak tau warna apa, tunggu raya erkkk..:)


Lepas tu otw balik JB, singgah nak berbuka di Muara Sungai Duyung. Walaupun baru jam 6 petang kami sampai, parking pun hampir penuh, orang pun dah ramai masing2 kat meja.


Dah muak makan siakap, kalini makan kerapu pula..siakap 2 ekor yang beli sehari sebelum Ramadhan pun tak terusik lagi dalam peti haih..


Dah ramai orang.. Yang meja kosong tu dah siap2 org reserved..


Nampaknya kena tunggu lagi 45 minit ni sebelum berbuka di Melaka... Ok, nak menghayati sunset bersama dengan family yang tercinta. Opsss suami saya tengah khusyuk membaca buku "mudahnya menjemput rezeki".. Dari JB dibawanya bersama...

Alhamdulillah, syukur dengan nikmat kurniaan daripadaMU Ya Allah..






Post a Comment