Thursday, July 11, 2013

Rezeki 1 Ramadan..

Alhamdulillah.. Permulaan 1 Ramadan yang sangat baik..


1. Misi roadshow utk menyedekahkan coklat IQ kepada masjid-masjid terlaksana. Untuk mereka yang berbuka dan juga bersahur di masjid. Dimulakan dengan Masjid Al-Hasanah di Bandar Baru Bangi. Lepas ni insyallah masjid-masjid lain pula. 


Kepada penduduk kawasan sekitar, boleh dapatkan coklat IQ secara percuma.


2. Hantar stok kepada stokis Bangi. Yang ni restock coklat IQ pek biasa. Insyallah esok akan hantar coklat IQ versi Edisi Hari Raya pula. Macam tak percaya pula masa hantar stok di pasar Ramadan Bandar Baru Bangi, terjumpalah pulak Mat Yo pemain JDT jalan seiringan dengan kami. Mula2 tak caya tu mat yo, lepas tu tgk beberapa penjual semua laungkan "luaskan kuasamu", pastu ada usha2 tu Mat Yo, jadi benarlah. Ayah damia siap tegur "demo sore ko"?.. Haha


3. Dan yang paling penting dapat berbuka dengan mak. Btw dari Bangi pun dah 6:30 ptg, so kami sampai lewat ke rumah abang saya di PD. Berhenti kejap di tepi jalan, berbuka dalam kereta makan kuih dan minum air. Teruskan perjalanan, dan alhamdulillah masa kami sampai mak tak siap lagi berbuka. Terus duduk makan bersama mak. Hihi..

Opssss, gambar kat atas tu gambar sahur pagi tadi. Bangun2 tgk ada sambal mangga. Wahhh patutlah masa tidur saya terbau-bau ikan kering bakar. Rupa2nya mak bakar ikan kering dan tumbuk utk dijadikan sambal mangga ni. Best best.. Bertambah-tambah sahur pagi tadi..:)

P/s: Ada kawan comper tag dan whatapps saya cerita saya keluar dalam SDK keluaran Ogos.. Huaaaa kat JB tak der lagi majalah tu..

Alhamdulillah, syukur dengn rezekiMu.. 1 Ramadan yang penuh nikmat.

No comments: