Wednesday, July 31, 2013

Sana Sini budak-budak demam

3 hari lepas, Ayyunie demam.. Panasnya cecah lah 38'c.. Tapi 2 hari jer dah ok.. Pakai cool fever, minum ubat yang dibeli farmasi dan tak gi sekolah hari. Alhamdulillah, kejap jer kebah demamnya.


Tup tup, sehari lepas tu, Aleesya pulak demam. Jam 1 pagi Aleesya masuk bilik saya cakap "ibu, aleesya sejuk sangat".. Ingatkan air-cond bilik dia yang sejuk sangat, gi tutup air-cond bilik dia, alih2 tima nak selimutkan dia, rasa badan panas sangat.. Huaaaa, Aleesya demam rupanya.

Dah lah demam hari majlis berbuka puasa tu, nak tak nak angkut jugaklah aleesya dan siap duduk dalam stroller lagi supaya dia senang tido.


Hah, ginilah rupanya. Nasib baik Aleesya tak meragam. Cuma asyik tanya "bila nak balik? Bila nak balik?" Jer.

Semalam bawa dia pergi klinik. Punyalah ramai budak2 demam kat klinik tu. Doktor cakap memang musim demam.

Lepastu cg tadika both Damias call tanya kenapa dah 3 hari tak datang sekolah. Sambil suruh gi ambil homework kat tadika dia. Ayah damia cakap, cg tadika diaorg pun cakap yg ramai budak tak datang sebab demam. Maksudnya betullah musim demam.

Aleesya, ibu doakan supaya Aleesya cepat sembuh ya sayang. Tgk adik, 2 hari jer dah sihat sebab Allah suka kalau kita kuat semangat dan selalu makan ubat. Aleesya pun kena selalu makan ubat ya. Nanti nak balik kampung cam mana kalau demam. Alhamdulillah, pagi ini dah surut sikit panasnya.

Anak2 demam, ibu pun nak demam, sebab tak cukup tido malam gara2 takut demam makin melarat dan anak asyik merengekkan. Anak2 kan ujian kita daripada Allah. Tunaikan lah tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Aminnn...

Post a Comment