Tuesday, July 2, 2013

Kelebihan Surah Al-Waqiah || Janji Allah itu pasti

Cuma tak tahu cepat atau lambat kan.   
Ni pengalaman saya yang paling cepat. Tengahari tadi dah otw nak gi GDEX amik barang yang sampai semalam (tapi tak ada kat rumah). Otw tu call office GDEX, sekali kerani tu kata barang dah bawa keluar serahan kali ke 2 harini. Aikkk?? Call pun tak, takkan nak serahan kali ke 2 kan. Pastu minta no phone driver konon nak cari sendiri barang tu, kerani tak bagi pulak sebab katanya susah. Ok lah. Redha esok kena gi GDEX lagi. Pastu masa iktikaf kat masjid asar tadi, bacalah surah Al-waqiah, tapi dalam hati siap terdetik "mesti rezeki dipermudahkan lepas ni".. Sekali, Allah Maha Besar..keluar jer pintu masjid tgk lori GDEX ada. Terus berhenti tanya barang saya sambil tunjuk kad GDEX. Driver siap senyum cakap, dah 2 kali saya gi rumah akak tak ada, ni pun kebetulan saya berhenti cari rumah org. Alhamdulillah, jimat masa saya nak gi GDEX esok. Terus dapat 1 kotak barangan Dettol bernilai RM500. Wahhh.. Alhamdulillah rezeki berganda harini. Terima Kasih Ya Allah. Btw syukur banyak rezeki tak terjangka dek akal sejak akhir2 ni..:)


Ngam-ngam lori GDEX berhenti depan masjid betul..


Terus transfer barang kat situ jugak..
Berkat depan masjid ni..:)


Barangan Dettol bernilai RM500..
Sempat snap dalam kereta jer tadi..
Balik rumah malam nanti baru selongkar..:)
Alhamdulillah..
Syukur dengan rezeki yang tak disangka-sangka. Semoga dengan rezeki ini Saya dan ayah damia makin bekerja kuat, berusaha dan tak putus-putus berdoa kepadaNYA.

P/S: My wishlist dalam "wish card" yang dibuat bulan DEC 2012 lepas will come true soon!!! Amin
Post a Comment