Sunday, July 14, 2013

Tak pandang lauk lain dah!!!

Sekali sekala dapat makan ulam yang dicelur, memang tak pandang lauk lain dah. Bukan selalu dapat makan cam ni..kalau tak balik kampung atau tak makan bersama dengan mak.. Memang jarang2 sangat dapat merasa makan cam ni.. Almaklum ler, suami saya memang kurang gemar makan celur2 ni unless ulam berdaun seperti ulam raya atau dau selom atau kacang botol.


Petola celur, terung celur dan bendi celur.. Dimakan dengan budu yang ada halia, bawang, limau dan cili dalam tu.. Lepas tu bertambah "kick" dengan sambal mangga ikan kering tu.. Bubuh pula ikan panggang dalam budu tu.. Perghhhh bertambah2 nasi..:)
Post a Comment