Ya Betul, ikhlas ni... Sangat highly recommended!!!
Kenapa saya cakap highly recommended, ok kita tgk dulu gambar2 makanan yang ada pelbagai menu sehingga 80 menu kat bawah ni. Kebetulan saya dan keluarga sampai awal dalam jam 6 petang, tu yang syok snap sana snap sini.. Hihi
Ni bahagian kuih muih..
Ni bahagian puding..
Ni bahagian kerabu.. Macam2 kerabu ada..
Ni dekat stall satu-satu..tak silap bahagian makanan indonesia..
Stall lain pulak..opsss saya tak makan ikan keli..
Keluarga kami sangatlah suka stall ni sebab ada kerang bakar...
Chinese style punya food kat stall lain..
Wahhh kata stall lain pulak!!!
Ni pun kat stall lain.. Memang banyak betul menunya
Aneka sambal, budu, cencalok dan air asam.. Best best!!!
Ni Ayyunie yang tolong snapkan gambar.. Tq my girl!!!
Ni Aleesya pula yang snapkan gambar. As I said, sampai awalkan, so posing2 dulu..
Tepat jam 6:45 petang, setelah tadarus al-quran dibaca live dihadapan para pelanggan, maka itu tandanya makanan dah boleh diambil. Maka berpusu-pusulah orang mengambil makanan.
Nampak tak kat stage tu ada lelaki pakai kopiah putih. Dialah yang bertadarus. Lepas tu jam 7 malam pula akan ada seorang lagi lelaki berzikir live depan kami semua. Dan diriingi azan live juga. Ya Allah sangat tenang hati. Tak melekakan kita langsung utk membazir makanan atau makan sampai kekenyangan sangat. Walaupun menu banyak, tapi kami masih besederhana.
Masing2 dah ambil makanan. Tunggu azan jer ni. Lepas tu sambil makan sambil dengan penyanyi live nyanyi lagu2 ketuhanan dan zikir terapi. Alhamdulillah, tenang jer rasa. Lepas tu berhenti solat seketika. Then sambung makan lagi.. Hihi..
Oh ya ada lagi khemah kat luar utk ABC, goreng2 dan lain2..
Ok kenapa saya sangat highly recommended? Btw kalau bukan bulan puasa pun layan band sambil makan kat sini pun best!!!
1. Harga yang berbaloi utk menu yang banyak. Hanya RM39.90 seorang dewasa dan RM20 utk kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 12 tahun.
2. Ruang solat wanita yang luas siap lengkap telekung solat. Amik air sembahyang pun dalam tu jer. Yang lelaki ada ruang kabin khas utk solat.
3. LIVE!! LIVE.. Tadarus, zikir, azan serta nyanyian ketuhanan. So secara tak langsung kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar. Nak ikut sama dalam hati zikir2 tu pun lagi afdal kan..:) ini yang sangat highly recommended ni sebab restoran ini dapat menambah nilai kepada para pelanggannya..:)
4. Sesuai untuk keluarga. Rasanya rata2 hari yg saya pergi tu memang meja keluarga yang paling ramai. Meja besar. Kerusi besar. So senang citer selesa.
5. Parking pun banyak!!! Tapi siapa sampai awal dia dapat dulu. Kami sampai awal, betul2 depan muka pintu Benafe Village tu kami parking.
So ini hanya review daripada saya sahaja. Happy sebab dapat bawak mak dan sepupu makan2 sebelum balik kelantan. ( malam tadi dah selamat balik). Dan juga reward utk Aleesya yang start berlatih puasa tahun ni. Alhamdulillah, sahur pun senang utk Aleesya, solat 5 waktu pun penuh but sometimes kena remindkan dia juga dan siap pakej solat tarawikh 8 rakaat lagi kat masjid. Keep it up my girl. Semoga istiqamah dan berterusan ya Aleesya.
Dan semestinya setiap kali lepas habis makan nasi waktu sahur, coklat IQ cocodamia tidak dilupakan. Mak (umur 73 tahun ) saya sendiri cakap, makan coklat ni masa sahur, langsung tak terasa lapar bulan puasa. Alhamdulillah mak!!! Tq Allah..
No comments:
Post a Comment