Thursday, August 1, 2013

Dapat bekas jenama Tuppeware dan kek free..



Semalam saat saya menonton cerita Ramadhan yang hilang di TV3 dengan penuh emosinya, ayah damia pun balik kerja dengan membimbit sebuah beg. Ingatkan beli hadiah apa lah utk isterinya yang tercinta. Sekali masa ayah damia hulurkan beg tu dia cakap "mak student darjah 4 bagi".. Buka2 dalamnya, oh ada bekas jenama Tuppeware dan fruit cake perasa cappucino di dalamnya.

Terima kasih.. Jadi cikgu ni walaupun swasta tapi rezekinya memang mudahkan. Nak2 pula bulan Ramadan yang mulia ini. Harini dapat puding koktail, semalam dapat set Mc'D, kelmarin dapat kuih muih, pastu esoknya dapat nasi jagung, lepas tu dapat kek secret recipe, lepas ti dapat topayaki, dan macam2 lah.. Teringat masa saya kecil2 dulu, mak memang mengagungkan seorang guru sampaikan kalau masak apa2 mesti lebih utk diberi kepada cikgu2 yang ajar saya. Tak sangka kini benda tu berbalik kepada saya pula...:)
Post a Comment