Friday, August 2, 2013

~ SEBAK & MENITIS ~ Iftar dan Sumbangan anak-anak Yatim Anjuran Pusat BahasaPelangi dan CocoDamia

Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Illahi..
Sempurna jua Majlis yang julung2 kalinya diadakan kerjasama antara Pusat Bahasa Pelangi dan CocoDamia..
Tenaga kerja sahaja yang bekerjasama, owner atau pengasasnya tetap orang yang sama..:)


Majlis ini diadakan di Mak Jah Cafe, rumah Alumni UTM pada 29hb Julai yang lepas.
Seawal jam 5 petang lagi, AJK2 yang terlibat telah tiba utk sama2 menjayakan Majlis Iftar dan Sumbangan kepada anak-anak yatim ini.
Sedikit ruang diambil utk dijadikan stage serta tempat pelajar2 mengadakan tadarus al-quran.


Hamper2 sumbangan daripada CocoDamia.
Terima kasih kepada Team CocoDamia yang berusaha menyediakan cenderahati serta hamper2 tersebut.


Cenderahati CocoDamia utk setiap tetamu yang hadir pada malam tu.
Selain makan kurma, boleh jua berbuka dengan Coklat IQ yang kurang manis dan lemaknya ini.
Sangat sesuai utk dibawa travel atau ke mana sahaja.
Oh ya, utk AJK2 sekretariat dan lain2, semuanya adalah terdiri daripada pelajar SPM Pusat Bahasa Pelangi.
Latih mereka supaya tahu macam mana nak buat/ handle event.


Tepat jam 6:30 petang, kumpulan Zikir hati dan Tadarus Al-Quran memulakan acara.


Bersama staff CocoDamia!!!
Meja belakang tu utk staff Pusat Bahasa Pelangi. 
Oh tak sempat bergambar dengan staff Pusat Bahasa Pelangi sebab masa ni ramai yang tak datang lagi.
Tu pun ada staff yang berkeluarga tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu..


Sorang dapat 3 ketul Coklat IQ..
Insyallah semoga Coklat IQ meluaskan kebaikannya kepada masyarakat sekeliling..


Jam 6:45 petang, Pasangan Pengerusi Majlis memulakan majlis.
Padan betul ya Matthew (non-muslim) ngan Fatin ni..:)


Ucapan alu-aluan oleh Pengasas Pusat Bahasa Pelangi dan juga CocoDamia..
Apa2 pun nak jugak cakap, saya yang sediakan/tulis teks ucapan tu ok..haha


Ucapan daripada Ketua Pelajar Pusat Bahasa Pelangi, Akmal..
Baru balik Umrah masa cuti sekolah haritu..
Ibu ayahnya pun sangat baik dengan kami walaupun mempunya pusat tuisyen sendiri.
Ilmu harus dikongsi ya tak??


Jam 7 petang, semua boleh mengambil makanan.
Kami beri laluan kepada keluarga anak-anak yatim dulu utk mengambil makanan sempena meraikan hari bersama mereka.


Kat luar pun ada juga kaunter makanan.
Kapasiti tempat melebihi tetamu yang hadir..
Jadi tempat mengambil makanan dibahagi 2 bahagian.


Enak2 makanannya ya..
Alhmdulillah...Syukur dapat berkongsi rezeki dengan pelajar2 saya, staff-staff saya dan juga keluarga2 anak yatim tersebut.


Menu utama nasi beriani, ayam masak merak, beriani daging, dalca, pecuk nenas, papadom dan aneka kuih muih serta buah-buahan.


Happy sangat tengok budak2 gembira.


Laungan azan menandakan waktu berbuka telah tiba.


Keluarga anak-anak yatim yang menjamu makanan.


Para pelajar yang banyak memberi sokongan kepada saya dan keluarga..
Tanpa mereka, siapalah Pusat Bahasa Pelangi setelah 10 tahun beroperasi.


Syukur...


Meja saya dan anak-anak..
Kesian Aleesya demam jer..
Sebab tu tak leh duduk dengan meja2 staffs dan keluarga anak-anak yatim..
Sebab Aleesya tak selesa...
Kejap2 nak tidur, kejap2 nak minum, kejap2 nak duduk atas riba..
Sorry ya kepada semua staffs saya yang baca blog saya ni..
Tak sempat nak beramah mesra sangat ngan uolsss..


Para AJK makan kat luar..
Diaorang kata best sebab boleh refill nasi dan lauk-pauk banyak2...hihi


AJK2 perempuan yang makan kat luar.

*****************************************************************************
Lepas tu semua solat Maghrib berjemaah.
Selesai sahaja solat maghrib berjemaah, acara diteruskan dengan pemberian sumbangan kepada adik-adik yang dijemput khas. 


Untuk pengetahuan semua, anak-anak yatim yang terpilih ni, team Pusat Bahasa Pelangi dan CocoDamia telah membuat lawatan ke rumah mereka terlebih dahulu dan sekaligus memberi surat jemputan kepada mereka.


Sambil memberi sumbangan, sambil memberi sedikit kata-kata semangat buat mereka. Ayah damia siap pesan "jangan buat beli mercun duit ni, buat beli baju raya"


Walaupun nampak sahaja muka kami senyum, tapi sempat kami saling berpandangan dan melihat mata masing2 bergenang air mata..


Senyuman sahaja dihati, tetapi jauh disanubari kami sebak dan terharu.
Sebab kami tahu serba sedikit kisah antara mereka2 ni.
Ada tu yang senasib dengan kisah Delisha masa kecil dalam cerita "Ramadan Yang Hilang"


Namun kadang2 pabila yang besar datang mengambil sumbangan, tersenyum jua dengan keletah mereka yang membuatkan kita hampir ketawa..


Dan sejujurnya, saya memang tak dapat nak menahan genangan air mata itu..
Lalu ia mencucuri membasahi pipi ini..
Sudah ditahan keluarnya, namun kadang2 emosi melebihi segalanya..


Bergambar kenang-kenangan dengan semua keluarga penerima sumbangan wang dan juga hamper CocoDamia. Syukur Alhamdulillah, hasil jualan Barakah Coklat IQ edisi raya, hasil sumbangan para ibu bapa, pelanggan dan tutor serta zakat yang dikeluarkan dari Pusat Bahasa Pelangi dan CocoDamia, sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik sempena Syawal yang bakal menjelma. Sesungguhnya saya dan ayah damia selaku pengasas Pusat Bahasa Pelangi dan CocoDamia bersyukur dan terharu kerana niat utk membantu mereka yang memerlukan telah tercapai. Semoga pada masa-masa akan datang, Allah permudahkan lagi serta perbanyakkan lagi rezeki kami agar kami tak putus-putus dapat membantu orang lain. Yang lebih kita berkongsi, yang kurang kita bahagi-bahagi.

Insyallah pada masa akan datang, semoga Majlis sebegini dapat dilaksanakan lagi dan diberkati.



Dan saya bangga dengan Aleesya..
Walaupun dia demam dan penat, tapi dia masih bermampu bertahan disitu dari jam 5 petang hingga 10 malam..memang langsung tak merengek. Cuma asyik tanya "bila nak balik" tu adalah. Makan pun tak, minum air jer. Bagus anak ibu. Ibu bangga dengan Aleesya.

p/s: Nanti tgk gambar2 guna DSLR pula ya..Ataupun boleh ke Fanpages: Coklat IQ utk melihat gambar2 dari DSLR..Terima kasih Ammar (my student) yang menjadi photographer pada malam itu..:)

No comments: