Saya dah tgk!!!
Hari sabtu lepas..
Jumpa CD kat Pekan Rabu..
Wah wah...Pekan Rabu sekarang dah macam uptown uolss..
Macam2 ada dan sangat havoc..
Eh berbalik kepada tajuk telemovie diatas, saya nampak promo telemovie ni kat astro.
Tayangan perdana pada hari khamis lepas di Astro First Eksklusif..
Hamboiii siap ada Eksklusif lagi tuhh..
Malangnya, sejak 2-3 minggu lepas, Skybox kat rumah saya server down..
Bukan sebab line internet atau apa2 kerosakan pada skybox tersebut, tapi server...huhu..
Dah lah tingkat atas server lain, tingkat bawah pun server lain..means ada 2 skybox..
Survey2 dengan kawan2 yang guna Skybox pun sama...server bermasalah..
So tak dapatlah hari2 layan Astro First lagi..
Tapi bukan main cepat dah ada CDnya ya..
Hari khamis tayangan perdana, sabtu dah ada CD nya...pantas gitu..
Saya pula tak lepaskan peluang beli dan terus tgk dalam kereta..
Ini bukan kisah sambungan Adam dan Hawa ya..
Walaupun pelakon dalam tu 90% adalah pelakon Adam dan Hawa..
Pandai pengarah filem pilih pelakon kan..
Ayyunie cakap "ni kan azie, kenapa ni nama maria pulak" dalam telemovie ni...hihi
Kisah Azman (AA) bercinta dengan Zatul (Nadya Nissa) zaman belajar..
Tak sesaui gitu AA berlakon jadi budak SPM dengan lengannya yang ketak2 itu..
Dah lah berlakon kat Australia juga macam dalam Adam dan Hawa..
Sedih jugaklah kisah ni...
Jahat tau Ammar (Amar Baharin) dalam citer ni..
Rampas kekasih abang sendiri..
Dan Ammar ni lah satu2nya bukan pelakon Adam dan Hawa yang berlakon dalam telemovie ni..
Yang best tu, dah sampai depan rumah pun masing2 tak nak turun..
Rela duduk dalam kereta tgk telemovie ni sampai habis konon..
Last2 Ayyunie nak kencing punya pasal, baru masuk rumah semua..haha
See, sama kan pelakon Adam dan Hawa..
Rozie Rashid jadi mak pula dalam telemovie kalini..
Lepas tu sambung tgk kat TV rumah pulak..
Barulah selesai..
Not bad ceritanya, walaupun endingnya tergantung sikit..
Pagi ahad tu, lepas sahur, tgk2 IG...sekali tgk status isteri AA, Diyana pun berpendapat sama juga yang endingnya tergantung macam tu sahaja..hihi..rata2 pun komen kenapalah Zatul tu tak kahwin dengan Azman kan...apa2 pun not bad cerita ni dan banyak pengajarannya terutama para pelajar sekalian..
Ok lah, yang tak tgk lagi, boleh langgan Astro First Eksklusif...
Kalau tak pun beli CD macam saya jer senang...:)
No comments:
Post a Comment