Saturday, August 3, 2013

From Aloq Setaq with love || Yeayyy langsir raya dah sampai!!!

Bukan orang jer nak beraya ni..
Rumah pun nak beraya juga..
Kereta pun nak beraya juga..
Dapur pun nak beraya juga..
Office pun nak beraya jugakkkk!!!


Alhamdulillah, semalam dah sampai langsir raya saya.. Tempah dengan kakak saya. Masa cuti sekolah haritu kan adik-beradik saya berkumpul ramai2 ngan mak kat PD. Masa tu lah saya bagi ukuran kat kakak saya yang jauh dari Kedah hantar anaknya ke Matrikulasi Kuala Pilah. Hampir 2 bulan tempah dan finally dah sampai ke office saya semalam dengan courier KTM.


Harini baru sempat buka ya. Semalam kotak sampai, staff yang cop dan tandatangan on behalf sebab masa tu saya kat office tuisyen. Pagi tadi gi office CocoDamia pun biarkan dulu kotak2 tu. Dah siap buat coklat IQ utk production lepas raya, baru sempat buka. Wahhh cantik menarik dabommm.. Sama jer warna langsir dengan sebelum ni mesti ada kuning dan gold. Cuma kalini ubah sikit tambah warna coklat sebab perabot kan warna coklat.


Yang day curtain pulak sebelum ni warna peach atau krim. Kalini kasi ubah warna putih. Saya memang 100% serah bulat2 kat kakak saya yang pilih fabrik, design dan juga warna. Cuma saya bagitau konsep sahaja. Alhamdulillah, harap2 fit in dengan rumah saya. Dah beberapa tahun, baru nak tukar langsir baru ya. Tapi kalau day curtain memang dah 2-3 kali tukar. Nigh curtain dan scallop jer baru nak bertukar ni hah.

Apa2 pun setiap kali raya, bukan sahaja duit dihabiskan utk kita kan, banyak lagi aspek2 lain yang perlu difikirkan. Terutamanya kos nak balik dan beraya di kampung. Tak ada 2-3 ribu hengget, memang tak meriahlah raya kan. Siapa yang beraya kampung jauh2 tu, taulah cam mana. Dah tukar duit raya pun seribu hengget, cam mana tu? 

Walaupun mulut dan hati kita sering terucap nak "bersederhana", namun banyak jugak habiskan. Cer kira total uolss keluarkan duit nak raya. Ada org totally keluar sedebuk duit, ada org keluar sikit2 duit tapi ends up banyak juga totallnya kan.

Apa2 terpulang kepada budget masing2 bagaimana berbelanja dengan hemahnya pada raya kali ini. Semoga kita semua dipermudahkan rezeki agar dapat sama2 menikmati dan berbelanja ke Jalan yang diredhai. Aminnn

No comments: