Friday, August 23, 2013

Menyambut kedatangan mertua

Alhamdulillah, ayah dan mak mertua dah selamat sampai dari kelantan pagi tadi. 


Maka gigihlah malam tadi saya masak rendang ayam utk dihidangkan kepada mertua saya. Dah lah balik kerja jam 10:30 malam, singgah pasar mini beli ayam dan barangan runcit, balik2 jer terus masak dan masak. Ayah damia teman half way je sebab dia mengantuk dah.


Malam tadi juga baru rebus nasi impit instant. 


Pagi2 ni, lepas subuh, cepat2 rebus lemang instant pula. Btw ni bukan kali pertama saya guna lemang instant ni. Rasanya not bad! Boleh guna time emergency org nak datang rumah. Hihi


Harini both Damias last exam. Subjek matematik. Tu tok ayah tengah ajar math. Lepas ni tok ayah dan tok ma nak ikut saya gi kilang cocodamia pula.



Post a Comment